Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Masa Untuk Menuai

Anwar Musa bukan main garang lagi, ditengkingnya pengerusi semasa persidangan DUN negeri Kelantan. Kito nok bagi sepenggal jah weh, nok tengok setagho mano sangat gak puok-puok lapar kuaso ni. Adun Barisan Nasional (BN) Kelantan naik berang apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Dato’ Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan setiap wakil rakyat tidak mempermainkan lafaz ikrar taat setia kepada Sultan.

“Lafaz taat setia kepada raja adalah perkara serius dan ia tidak boleh dipermain-mainkan. Jangan pula di dalam Dewan lain dan di luar pula lain,” katanya selepas 11 wakil rakyat kerajaan selesai mengangkat sumpah pada persidangan khas DUN.

Sebelum pilihanraya BN/Umno dalam pelancaran Gelombang Biru di Parlimen Dungun, banyak yang menjadi mangsa kegelojohanya - termasuk burung merpati yang di"spray warna biru " ramai burung yang mati. Selepas pilihanraya seekor lembu dibungkus dengan bendera UMNO... ape nak jadi dengan BN / UMNO. Mereka sudah terlanjur, sudah menzalimi, akan terus zalim...

Sehari dua ini, harga barang naik, kita cukup gembira sebab kita banyak wang, gaji sekitar RM80K setahun, minyak hanya naik sekitar 2 sen, predict RM10 seliter, minyak masak juga dah naik, dari sekitar RM2.00 sebelum ini, dinaikkan kepada RM2.50, kenaikan sedikit je, RM0.50 je, diesel pun naik agak mendadak juga, baguslah tu. Itulah hadiah paling istimewa di atas sokongan mereka-mereka yang sewaktu, yang mengomel tak tentu hala tu, puak-puak jkkk dan kemas dan juga puak-puak pemalas, terutama yang telah dicucuk hidung sejak sekian lama. Kalau boleh, petrol dinaikkan RM20 seliter, baru sedap berbelanja, beras dinaikkan sehingga RM50 untuk 5 kilo bagi beras super tempatan yang dicampur dengan siam punya, baru sedap berbelanja!!! tak gitu kawan seumno ku sekalian? padan muka pembangkang, kan? Tulah yang komplen orang Melayu bila barang naik, Orang cina tak komplen pasal dia berniaga tak rugi, beli mahal jual mesti mahal. Pasal tu dia suka pangkah BN( Balang Naik oooo). Melayu, India, Kadazan, Iban dll dapat buat komplen je. Mana kerajaan kita nak layan golongan tak berwang macam kita ni!!! Fikir-fikirlah untuk 5 tahun lagi... biarkan orang suka barang naik je pilih BN.

Tolong buka mata... Kedai orang Melayu aje yang susah nak jumpa di pekan dan bandar. Bukan kedai orang Cina aje, kedai orang India pun bersepah. Itu sebabnya jangan bagi Kelantan kat BN perintah, kalau la di Kelantan, tak mustahil bila bn perintah, tokey-tokey bukan melayu yang dijemput, melayu hanya dipanggil untuk berbangga sahaja dengan pembangunan kononnya! macam KLCC, KLIA, Putrajaya, Siberjaya, Danga Bay, Bandar Baru Nilai, Bandar Sungai Buaya, Subang Jaya dan banyak lagi di negeri-negeri di pantai barat terutama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak. Semuanya tu, melayu majoriti wooo... sesetengah Melayu memang dah buta... buta hati, buta perasaan, buta mata, dah gelap diselaputi wang RM 20, kain pelakat, payong cap dacing, pen cap dacing. Sekarang konon marah-marah, lima tahun nanti cap itu juga jadi buah hati... bilalah Melayu nak sedar?

Pemimpin umno sememangnya liabiliti kepada rakyat... seperti Tun Dr Mahathir, walaupun dah menjadi bekas pm... dia jadi penasihat petronas dan proton... jadi semua yang dia suruh ternyata diikuti oleh pengarah-pengarah kedua badan tersebut. Dia suruh beri projek RM2B kepada scomi... di mana anak PM sekarang menjadi orang kuat scomi... ini memang tak adil dan jelas BPR tak siasat kenapa diberi projek kepada scomi dengan tiba-tiba?

Tun Dr Mahathir biarkan perwaja rugi berbilion ringgit... ni liabiliti ditanggung rakyat, bukan saja itu projek empangan bakun... berapa lagi kerugian yang dianggarkan berjuta-jhuta duit rakyat... rakyat bayar cukai dan kenaikan cukai...

Di bawah kepimpinan umno... rakyat asyik kena bayar kenaikan cukai, tol dan harga barangan seperti petrol dan diesel... ini semuanya liabiliti kepada rakyat... rakyat kena tanggung... bila tanggung bermakna liabilitilah.

Bila PAS/BA perintah Terengganu... cukai pintu hapus... tol hapus... ini mengurangkan liabiliti... dan rakyat lega tapi umno sememangnya liabiliti kepada rakyat sebab tak pernah turunkan cukai melainkan naik dan membebankan rakyat dan kehadiran mereka adalah liabiliti kepada rakyat juga.

Umno/bn juga bertanggungjawab terhadap semua salahlaku terhadap rakyat semasa memerintah!!! Semua pemimpin umno termasuk Tun Dr Mahathir akan disoal siasat oleh malaikat Allah nanti... sebab BPR dan Polis tak main peranan dalam dunia dan badan autoriti lain hanya senyap membisu... sebab umno/bn berkuasa. Walaupun umno/bn berkuasa tak bermakna pandai memerintah negara... tapi malangnya bertan-tan kes-kes jenayah tak dapat diselesaikan... di bawah pemerintahan umno/bn penuh dengan slogan... terbilang... gemilang... dan masih membilang kes-kes yang tak dapat diselesaikan... tanyalah Polis, atau peguam yang terbabit... mereka akan ceritakan... jika mereka jujur dan telus untuk menceritakan kelemahan demi kelemahan kerajaan bawah umno/bn.

Ini adalah salah satu dari "nikmat" terhadap pemimpin umno yang hanya pandai berceramah sana sini... seminar dan ekspo sana sini... di dalam dan di luar negara... kunun menjual Malaysia tapi... kes-kes dalam negara belum dapat diselesaikan juga. Pemimpin PAS/BA berceramah memberi kesedaran kepada rakyat agar jangan terpedaya dengan pemimpin umno... nah sekarang ada juga rakyat yang suka dengan perdayaan pemimpin umno... rasakanlah!!!

Allah telah melantik manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Manusia yang berilmu amat faham akan kandungan Al Quran dan Hadis... di mana mereka amat takut akan seksaan Allah. Sesiapa yang berkuasa ... dan memerintah negara semestinya berkuasa atas apa saja maksiat yang dilakukan oleh rakyat di bawah mereka sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "...Kamu bertanggungjawab kepada siapa yang kamu pimpin..." Umno tak boleh menafikan apa yang rakyat lakukan... adalah hasil dari kepimpinan umno... bila umno taja maksiat.. .maka rakyat akan ikut melakukan maksiat dan bila umno beri lesen kepada judi dan arak... rakyat akan turut main judi dan minum arak... tak kira rakyat itu beragama Islam atau bukan. Semuanya pemimpin umno akan kena tanggung!!! Kebanyakkan program atau perancangan umno... seperti konsert sureheboh dan konset import luar negara kunun untuk rakyat jelata adalah bukti jelas amar mungkar.

Ceramah PAS/BA untuk menyedarkan rakyat agar bersama berjuang untuk Islam... disekat juga... adalah jelas nahi makruf. Menangkap DS Anwar dan fitnah DS Anwar... kerana DS Anwar mendedahkan penyelewengan Tun Dr Mahathir... adalah jelas AMAR MUNGKAR NAHI MAKRUF. Menangkap rakyat dan menfitnah kunun wujud KMM, JI dan sebagainya... adalah jelas untuk mengabui mata rakyat dari mengetahui pendedahan penyelewengan pemimpin umno... adalah jelas nahi makruf.

Islam itu adalah lengkap. Islam itu Addin... politik adalah sebahagian dari komponen dalam hidup manusia atas muka bumi ini... Muamalat... munakahat... muna...cuma takrifan dan kefahaman Islam tentang politik itu mungkin berlainan dalam ISlam. Kalau kamu cuba pisahkan politik dengan Islam... cuba kamu bayangkan jika berkempen, berdebat, meraih undi... bagi projek sana sini... jika kamu kata Agama Islam tak bule campor skali... slamber jer ler... buat konsert maksiat masa ader ceramah politik... merasuah pengundi... menipu semasa mengundi... Islam larang semua tuh... dalam Islam tak bule sume tuh... tapi ingat, kamu sedang berpolitik tuh...so macam maner kamu nak pisahkan? cuba kamu jawab...





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)