Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Islam Kita

Jangan terkejut bila puak-puak sekular dan penentang Islam dengan menterjemahkan pelbagai istilah tentang Islam mereka, setelah memberi ruang kepada tokoh sekularist Farish Nor menghina keperibadian Nabi saw, yang kononnya Nabi saw juga manusia seperti kita, maka tetap tidak lari dari salah dan silap katanya, akan bertindak lebih jauh lagi, iaitu sehingga menghina Al Quran, mungkin dengan berhujah bahawa Al Quran tidak dibukukan pada zaman Nabi saw tetapi hanya dibukukan ketika zaman Saidina Usman Affan, maka kemungkinan kesilapannya terlalu banyak pada pemikiran mereka. Ini juga perlu diperhatikan kerana inilah tujuan puak-puak penentang kebenaran Islam itu yang bukan setakat kaum kafir tetapi juga ada di kalangan umat islam sendiri, dan mereka inilah dipergunakan semahunya oleh puak kafir, yahudi dan nasoro untuk berdepan dan melanyak Islam dan mereka lupa betapa Allah swt tidak sekali-kali redha dengan perbuatan jahat ini!!!

ISLAM KITA

Al Quran Sekadar Untuk Bacaan Sahaja
Diri Nabi Muhammad S.A.W Di Sanjung & Di Puji
Menegakkan Negara Islam Mengikut Acuan Kita Sendiri
Laksanakan Islam Mengikut Syariat Negara Akan Mundur Ke belakang
Pengertian Istilah Jihat Membasmi Kemiskinan
Jihat Menentang Kemungkaran Di Tuduh Pelampau & Pengganas
Hukum Kanun Jenayah Syariah Denda Di Bayar Dengan Wang
Penghayatan Dalam Islam Hanya Dalam Ibadat Semata-mata
Soal Shahadah & Akidah Tidak Berapa Penting
Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji Jadi Adat & Ibadat
Hukum Hudud Tak Perlu & Di Anggap Tidak Adil
Matlamat Perjuangan Sebenar Kerana Keperibadian Bangsa
Taat & Setia Hanya Kepada Pemimpin & Tanah Air
Perjuangan Demi Mengharapkan Penerimaan Manusia Sejagat
Bersalam Antara Bukan Mukhrim Halal & Jadi Suatu Kemestian
Berlakon & Pergaulan bebas Halal & Di Beri Galakkan
Judi & Pengusaha Kegiatan Judi Halal & Diberi Lesen
Arak & Pengusaha Kilang Arak Halal & Diberi Lesen
ISA (Tuduh & Tahan Tanpa Bicara) Halal & Di Laksanakan
Aktiviti Rumah Urut Halal & Diberi Lesen
Konset Sensasi Menjana Maksiat Halal & Di Promosikan
Meraikan Perayaan Agama Lain Halal & Diberi Peruntukan
Pertandingan Ratu Cantik Halal & Di Tajakan
Pakaian Tudung Bagi Perempuan Fesyen & Adat Sahaja
Berpakaian Mengikut Cara Nabi Di Anggap Ketingalan Zaman

Sebenarnya hanya inilah Islam yang Umno mampu lakukan. Umpama nasi goreng yang lazat tetapi dalamnya ada daging yang tidak disembelih! Nasi tetap terasa lazat, sembelih atau tidak dagingnya. Sebenarnya Umno sahaja yang tidak mahu memberi peluang kepada orang lain melaksanakan islam dengan lebih cemerlang. Selagi mereka berkuasa... mereka telah 'bersumpah' bahawa Malaysia akan kekal sebagai negara sekular. Rujuk balik ucapan para pembesarnya.

Para pencacai yang tidak tahu menahu tentang perjuangan Umno itu akan terus menerus mengatakan islam di Malaysia telah 'sempurna'. Mereka melihat ada masjid, ada surau, ada sekolah dan menara zakat, ada tabung haji... dll. Apa lagi yang tak kena? Sekadar itulah yang mereka mampu fikirkan.Mereka tidak berani 'menyingkap' tirai kezaliman Umno sepanjang zaman!!!

Teringat Konsep Tapai dan ragi... Apa bezanya seketul tapai ubi kayu dengan seketul ubi kayu rebus? Pada zahirnya kelihatan sama saja tetapi di dalamnya dah hancur/rosak/lembik pada tapai. Pihak sekular ni gunakan ragi untuk menapai umat melayu Islam di negara kita. Akan lahirlah satu generasi melayu yang mengaku islam tetapi akhlak tidak mencerminkan ianya islam. Akan lahir generasi melayu yang menentang islam. Kita sudah banyak lihak berapa banyak orang melayu memohon tukar agama/murtad. Cuba dapatkan angka daripada JAKIM, berapa banyak borang permohonan yang mereka terima setiap tahun??? Apakah tindakan pihak kerajaan membendung gejala ini dengan denda RM3000.00 mencukupi??? Inilah silap kita semua sebagai rakyat biasa tersalah pilih pemimpin. Sama-samalah kita belajar ilmu agama, pertahankan nilai agama islam dalam diri, keluarga dan negara amnya.

Umno akan gunakan Ayat 'Tiada paksaan dalam agama' untuk menutup kelemahan mereka mentadbir Agama Islam di Malaysia.Maka sesiapa pun boleh menukar agamanya pada bila-bila masa... Islam kat Malaysia nie macam GADIS bertudung tapi PAKAI BAJU Lengan pendek & SELUAR KETAT!!!... Islam setengah-setengah! Nampak macam ubi, tetapi dah jadi tapai rupanya.

Apa yang dikatakan adalah realiti. Mungkin anda tidak suka keadaan tersebut. Tapi itulah sebenarnya 'Islam dalam realiti', Islam sebagaimana yang mampu dilaksanakan oleh orang-orang Islam (khasnya Melayu) di negara ini. Mungkin anda mahu mengubah keadaan tersebut. Tapi apa yang diamalkan selama bertahun-tahun itu bukannya mudah hendak diubah. Kita boleh mengharapkan terlaksananya satu sistem Islam yang ideal, di mana hukum Islam dilaksanakan, dan negara ini akan bersih daripada maksiat, atau bersifat maksiat sifar. Tapi ini mungkin hanya khayalan atau utopia sahaja. Atau boleh wujud dalam mimpi sahaja. Dunia di mana-mana pun, dan pada zaman bila pun, memang tidak pernah sempurna.

Yang sebenarnya apa yang berlaku sekarang pun sudah bagus. Negara aman. Umat Islam boleh beribadat hingga ke paras yang maksima. Maksiat ada. Tapi itu sudah adat dunia. Mungkin lebih baik kita bersyukur kepada Allah.

Jangan pula kita lupa apa jadi dengan artis-artis tempatan yang kebanyakannya menyokong umno/bn... Ada yang kena tangkap bersama minuman keras di The Ship sedikit masa dulu, ada yang kena tangkap basah dengan pembesar negara, ada yang gambarnya emmm... dan terpaksa jumpa dengan Tok Mat... Ada sorang lagi tu dari kumpulan KKRRUU (yang sedaranya orang kuat UMNO di Pahang) posing bersama teman wanita. Mula-mula kata bukan gambar mereka. Pas tu kata gambar muka mereka telah di 'paste' pada badan orang lain... eee tak malu betoi. Inilah orang-orang yang bakal memimpin negara Islam Malaysia...

IKIM adapun tak berfungsi cegah maksiat pemimpin umno dengan artis. IKIM ni sebenarnya IKLIM... ialah iklim jaga paras nafsu pemimpin umno. Kalau pemimpin umno sebut pasal Islam... depa lagi bising... betul kata TG Nik Aziz... macam terompah kayu...lagi bising dari tuan mereka. Bila time pemimpin umno kutuk Islam... simamat dalam ikim ni... senyaaap membisu... ibarat tikus dah jatuh dalam guni beras. Bila time pemimpin PAS/BA kutuk pemimpin umno... simamat dalam ikim sibuk... bising kata PAS/BA macam-macam. Bila time pemimpin umno kutuk hukum Allah...lagi senyaplah mamat-mamat ikim tu... dan purak-purak tak tahu... dan purak-purak tak dengar... macam bertelingakan kuali!!!

Ya... Hadhari boleh kata Tun Dr Mahathir. Hadhari itu adalah satu politikal strategi untuk mempengaruhi orang ramai supaya menyokong umno dalam pilihan raya. Fokusnya kepada modernasi dan kemajuan mengikut realiti semasa. Sebenarnya,ia lebih mencerminkan pimpinan saya bukannya Pak Lah. Seperti yang saudara-saudara perhatikan sekarang Pak Lah lebih menumpukan pemikiran dia kepada perkara remeh-temeh(trivial many) bukan vital few. Ini tidak sejajar dengar konsep hadhari itu sendiri. Saya akan cuba membantu seboleh mungkin tapi Pak Lah kenalah tahu untuk merealisasikan apa yang dikatakan walaupun dengan membuat unpopular decisions at time. This, he has to learn. Saudara-saudara sekelian, perhatikan move saya dalam mengendalikan orang Israel sekarang. Kita kena jadi Hadhari. Itulah masa depan kita. But Pak Lah... a man who does not lead. Just watch him! We can find so many good people around but good leader is rare.

Islam tidak menyuruh umatnya berpecah belah. Islam menyuruh umatnya bersatu padu berpandukan Al Quran dan Sunnah. Nabi Muhammad SAW dalam amanat terakhirnya, beliau bersabda, 'umat islam tidak akan berpecah-belah selagi mereka merujuk pada Al Quran dan Sunnahku". Sekarang ini perpecahan adalah disebabkan ada orang-orang islam macam anda yang mempunyai konsep islam yang berbeza, contohnya hadhari? Kenapa ada hadhari? Kenapa tidak syumul. Kemapa tidak a way of life? Kalau hadhari itu betul kenapa, banyak kerja-kerja yang dilakukan dan laksanakan oleh pemimpin umno (baru) tidak mencerminkan suruhan Allah SWT dan sunnah?

Oleh itu untuk mengelakkan perpecahan marilah kita semua berpegang pada tali Allah SWT dan sunnah. Kalau Allah SWT kata hudud itu wajib, maka wajiblah ia. Bukan memberi bermacam alasan, zalimlah, kalau hudud dilaksanakan ramai orang melayu kudung tangan, batu jalan habihlah, dll. Pemimpin Islam apakah ini? Inilah hadhari? Jelas jauh menyimpang dari nas dan sunnah. Jangan takut laksanakan Islam sepenuhnya kita saaangat setuju, laksanakan Islam sepenuhnya!!!

Yang kita tahu Islam yang dibawa oleh Rasullah saw ialah islam yang ada hukum-hakam di dalamnya, kekuatan islam ialah pada hukum-hakamnya bukan dok nyanyi Islam hari hari tapi tak ambil hukum-hakamnya, Apa yang ada pada Islam selain dari hukum-hakamnya, ketawadok atau ketakwaan seseorang itu kepada Allah ialah apabila ia taat kepada perintah dan hukum-hakam Allah, Kalau tak taat dan patuh kepada hukum-hakam Allah usah dok buai le. Kegemilangan di zaman Rasullah saw ialah apabila Rasullah saw dapat mentadbirkan negara mengikut hukum Allah dan pemimpin yang taatkan Allah dan takut kepada Allah semata-mata. Apakah Islam hadari yang ada pada hari ini pemimpinnya Taat dan takut kepada hukum-hakam Allah???

Cara yang salah memandang Islam? Islam hanya hukum hakam? Betapa sempitnya Islam anda? Rasanya sudah banyak kali ditegaskan ruang lingkup Islam itu adalah luas: meliputi ubudiyah, muamalah, munakahat, dan sebagainya. Tapi apabila perbicangan tentang Islma difokuskan kepada hukum hakam sahaja, nampaklah Islam itu begitu rigid, sempit dan jumud. Ini mungkin pendekatan yang salah untuk memandang dan memahami Islam. Ubahlah cara berfikir anda. Khabarnya ikut hodori maju! tak ikut tak maju! ikut hodorilah, baru maju!!!

Sejak lebih 1400 tahun, tak pernah ada Islam digandingkan dengan perkataan majmuk atau apa-apa, tetapi kini ada pula yang nak gandingkan agama itu dengan sesuatu yang baru. Kalau dikatakan masyarakat madani, masyarakat hodori, itu maknanya nak wujudkan atau nak perbaikan ke atas sesuatu masyarakat ikut konsep yang disebutkan.

Ini ISLAM HODORI ni, nak modify agamakah ni? kalau tidak, apa sebab mahu digandingkan hodori itu dengan agama, ayat 3 : al maidah, Allah swt sudah endorsed yang ISLAM itu adalah sudah sempurna, sudah mencakupi kesemua elemen kehidupan di dunia mahupun di akhirat, garis panduan dan prinsip tentang kehidupan sudah termaktub, mengapa perlu dimodify lagi? Ini bakal membawa FITNAH QUBRA ke atas agama Allah swt terutama di kalangan kaum kafir sebab di kalangan mereka sudah ada yang berkata, mengapa ISLAM itu banyak versi? Versi yang dibawa NABI saw itu tak betulkah? Inilah padahnya bila buat sesuatu ikut selera nafsu dan bukan selera Al Quran dan Sunnah Nabi.

Kepada teman-teman seagama yang sayangkan ISLAM sebagai pegangan hidup, bimbinglah anak-anak kalian kepada keredhaanNya, jangan tinggalkan Al Quran dan Hadis sebagai pedoman hidup kerana itu akan ditanya malaikat, apakah kitab rujukanmu di alam barzakh nanti. Jika tolak Al Quran dan Hadis sebagai pegangan hidup, maka jawablah sendiri di alam kubur sebelum ke alam yang baqa iaitu akhirat.

setelah hadari
tak lama lagi ada islam khairy
ada islam nepotisme
sebab dia ketua khazanah





___________________________
Terbitan : 8 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)