Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sokongan Untuk Webmaster Tranung Kite.

Oleh : Orang Teganu

Assalamu`alaikum! Tahniah kepada anda yang istiqomah menguruskan laman ini. Tidak banyak laman web pro reformasi yang gagah sentiasa dikemaskinikan.

Sebagai warga Terengganu saya bangga dengan anda, walaupun nama laman ini Tranung Kite Dot Net tetapi menjadi sumber untuk para reformis dimana sahaja mereka berada.

Sebelum ini kita membaca pandangan SOKONG PAS SOKMO dari Dungun dan SALAH SEORANG PENDUDUK MARANG yang mencadangkan supaya bahan-bahan didalam laman ini biarlah bertepatan dengan namanya.

Saya bersetuju dengan jawapan anda (webmaster). Sebagai tambahan suka saya menyatakan bahawa laman ini terbukti telah berjaya dengan nama dan konsep yang telah dipakai. Oleh itu tidak perlulah ia diubah secara yang radikal.

Kepada saudara-saudara saya yang telah saya sebutkan suka saya menyatakan bahawa bahan yang ada didalam laman ini bergantung kepada kita sebenarnya. Terserah kepada kita menghantar bahan yanga akan dimuatkan didalam laman ini.

Kalau kita suka peratus yang tinggi untuk perkembangan di Dungun,Marang maupun Terengganu termuat didalam laman ini,maka tanggungjawab kitalah menyediakan bahan-bahan itu. Pendapat saya ini berasaskan pengalaman saya sendiri telah berpuluh artikel saya hantarkan hampir100% webmaster menyiarkannya. Saya percaya saudara webmaster tidak pun mengenali siapa saya.

Adakah saudara webmaster dibayar dengan kerja-kerja yang beliau lakukan? Saya percaya bayaran yang diterima (kalau ada) tidak setimpal dengan pengorbanan masa yang beliau lakukan. Ini sangat penting disedari oleh kita semua. Oleh itu rajinkan diri anda menghantar berita dan bahan untuk kemudahan webmaster laman ini.

Saya percaya untuk makan minum beliau terpaksa buat kerja lain. Menguruskan laman ini hanyalah sebagai kerja sampingan atas kesedaran dan pengorbanan beliau untuk melihat keadaan yang lebih baik bagi ummat ini dimasa akan datang InsyaAllah.

Jangan kita samakan beliau dengan para wartawan media arus perdana yang dibayar gaji secukupnya untuk mempersembahkan apa saja yang dianggap mempunyai nilai berita. Adalah tidak adil kepada kita menuntut itu dan ini kepada beliau dengan segala kekurangan yang ada.

Akhir sekali kepada kita semua sama-samalah memahami realiti,marilah kita memberi sokongan yang sesuai untuk laman ini dan untuk saudara webmaster sekali lagi saya ucap tahniah kepada anda.

Terima Kasih.





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)