Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Akhirnya Mahathir akui temui pemimpin Israel

BELANG Tun Dr. Mahathir Mohamad akhir terbongkar juga apabila beliau mengesahkan bahawa semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah bertemu dengan mendiang Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin di sebuah hotel di Paris.

Dalam wawancaranya dengan wartawan TV Israil,Channel 10, Guy Sharett pada 06 April 2004 di Kuala Lumpur Tun Dr. Mahathir mengesahkan beliau pernah menemui Perdana Menteri Yahudi itu di sebuah hotel di Paris. Berita pertemuan dua Perdana Menteri itu telah disiarkan di Israel selepas kejadian itu tetapi dinafikan oleh Dr. Mahathir sekembalinya ke Malaysia.

Beliau berjaya meyakinkan orang ramai dengan mengggunakan sentimen kebencian umum tentang Yahudi betapa bangsa itu tidak boleh dipercayai, seolah-olah siaran media Israel itu tidak berasas.

PAS yang meragui kejujurannya selama menjadi Perdana Menteri Malaysia mengesyaki pertemuan itu memang berlaku memandangkan beliau tergamak melakukan apa saja sekalipun yang tidak patut dilakukan oleh orang Malaysia termasuk pemimpin-pemimpinnya.

Sikap lunaknya terhadap regim haram Israel itu sukar diterima akal kedua-dua perdana menteri tidak bertemu apabila kedua-duanya menginap di hotel yang sama pada ketika yang sama. Sukar diterima kejadian itu satu kebetulan.

Setelah berbelas tahun rakyat Malaysia dibohongi, malah ia telah dilupai oleh umum apa lagi secara rasmi beliau bukan lagi pemimpin negara, maka beliau sendiri membongkar pembohongannya itu.

Samada pegakuan itu tersasul, disengaja atau terpaksa, ia adalah masalahnya, tetapi ia tetap mendedahkan belang tidak bermoral seorang Perdana Menteri yang tidak peka akan aspira rakyat, bangsa dan agamanya.

Beliau sanggup membohongi rakyat yang menyokongnya dan ketika yang sama membakul sampahkan keyakinan dan pendirian bangsa Malaysia atas isu Israel dan Palastin.

Kesanggupannya membohongi bangsa Malaysia dan menemui pemimpin entiti dan negara yang tidak diakui oleh negara adalah satu penghinaan kepada negara dan rakyat, suatu perbuatan yang tidak layak dilakukan oleh ketua kerajaan Malaysia.

Perbuatan tidak melayakkan dirinya menjadi Perdana Menteri dan pemimpin Malaysia.

Dewan Ulama PAS kesal dengan kejadian dan amat dukacita mengenangkan rakyat seluruhnya telah dibohongi oleh Perdana Menterinya ketika itu.

UMNO mesti merasa malu beroleh pemimpin demikian moralnya.

Dewan Ulama PAS Pusat, Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, Kuala Lumpur





___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)