|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Berita seperti inilah yang perlu disiarkan.
Assalamualaikum,
Oleh : Penduduk Marang, Terengganu Darul Iman.
Semoga sihat walafiat rakan senegeri ku, yakni semua wargakerja
Tranungkite.net. Tujuan saya menulis kali ini ialah untuk melahirkan
sokongan terhadap beberapa berita dan surat yang disiarkan oleh
Tranungkite.net baru-baru ini dan nak bercerita sedikit berita mengenai
Derih Jusoh.
Sesungguhnya saya pernah mengkritik bercampur marah terhadap
Tranungkite.net
kerana menyiarkan teks temuramah dengan Prof. Agus yang tidak memberi
faedah
langsung kepada perjuangan Pas. Teks temuramah yang pada saya sia-sia
dan
'perabih pitis' saja untuk disiarkan.
Berita dan surat dari pembaca yang boleh memberikan kesan positif
kepada Pas
ialah dari tulisan Azmi Melaka dengan tajuk 'Pembohongan didalam
pilihanraya
umum ke 11', yang seterusnya pula ialah dari Kangsingh dengan tajuknya
'Azalina salahguna kuasa'.
Sebenarnya ada lagi surat dari pembaca dan berita-berita lain yang
boleh
memberi keuntungan kepada Pas selain dari dua surat diatas, yang
disiarkan
oleh Tranungkite.net tetapi dalam tulisan saya ini saya hanya merujuk
kepada
dua surat tersebut disebabkan ruang dan masa yang terhad.
Saya menyokong penuh surat-surat sedemikian disiarkan oleh Tranungkite.
Surat/berita seperti inilah yang perlu disiarkan selalu oleh
Tranungkite
bukannya temuramah 'bodoh' dengan Prof. Agus itu. Jika ada pihak
merasakan
perlu disiarkan teks temuramah seperti Prof. Agus itu sebagai tanda
keterbukaan maka saya nasihatkan dia supaya belilah akhbar Utusan
Malaysia,
Berita Harian ataupun rajin-rajinlah tengok berita TV3 dan RTM kerana
selalunya ia disiarkan oleh media massa pro-kerajaan itu.
Janganlah berharap nak baca pendapat atau tulisan oleh orang-orang
seperti
Farish A. Noor dan Prof. Agus melalui Tranungkite, Harakahdaily atau
lain-lain laman web yang pro barisan alternatif kerana tulisan mereka
itu
selalunya bersepah di akhbar-akhbar arus perdana. Nak baca sangat, beli
je
suratkhabar RM 1.20. Bukannya mahal pun.
Laman web seperti Tranungkite dan Harakahdaily (termasuk akhbar
Harakah),
sepatutnya tidak ada tempat untuk tulisan mereka itu. Adakah pernah
akhbar
arus perdana atau media massa pro kerajaan menyiarkan temuramah atau
surat
dari pemerhati politik yang cenderung kepada Pas ? Pernah ke ?
Fikir-fikirkanlah wahai semua pendokong barisan alternatif.
Perlu ke kita tunjuk baik dengan menyiarkan tulisan/pendapat mereka
yang
pro-kerajaan islam hadari ini dalam akhbar/media kita ? Adakah dengan
menyiarkan pendapat/tulisan mereka itu maka orang-orang UMNO akan masuk
Pas
kerana mereka melihat Pas itu agak terbuka ?
Kita sebagai pendokong parti Pas perlu bijak. Sebagai orang berpolitik,
buat
apa kita masuk gelanggang politik kalau bukan untuk menang pilihanraya
seterusnya menubuhkan kerajaan islam tulin. Jadi, biarlah
tindakan-tindakan
kita itu kearah mencapai kemenangan dalam pilihanraya. Saya tak fikir
menyiarkan tulisan/pendapat orang-orang seperti Faris A. Noor dan Prof.
Agus
itu akan membuatkan ramai orang menyokong Pas. Bahkan silap-silap
haribulan
ada penyokong Pas yang 'lari'
Maklumat terkini yang saya dapati. Sesungguhnya Deris Jusoh kini
seperti
cacing kepanasan kerana dia perlu memikirkan untuk menunaikan
janji-janji
pilihanraya yang begitu banyak dibuat sebelum pilihanraya umum yang
lalu.
Antaranya mengekalkan pembahagian wang ehsan kepada rakyat sebanyak 300
rial
(ataupun dinaikkan 600 rial) yang tentunya bukan mudah kerana dari mana
dia
nak dapat sumber 'pitis' tersebut kerana tidak ada petunjuk yang
menunjukkan
kerajaan pusat akan membayar balik royalti tersebut ataupun
mengekalkannya
dalam bentuk sekarang iaitu wang ehsan.
'Padan muka Mung Derih Jusoh'.
Sekian.
___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|