|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Peristiwa Berdarah PATTANI ala Memali !! Risikan Malaysia Terlibat ??
PAKLAH Marahkan Peristiwa Berdarah PATTANI!! Bagaimana Dengan MEMALI??
Bermula dari Kebangkitan rakyat Iraq menentang penaklukan tentera Kuffar
di Iraq sejak 8 April lalu, Umat Islam dikejutkan pula dengan pembunuhan
kejam dua Prisdent Hamas Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Aziz rantisi.. setelah
Asia Barat mereka Musnahkan.. agenda Yahudi dan Amerika Beralih ke Asia
tenggara ,kecoh di Ambon sudah berulang kembali dek kerana Perang saudara
... tak habis cerita Ambon, semalam Umat Islam di Asia Tenggara digemparkan
dengan peristiwa berdarah di wilayah Pattani?? Mengapa..?? sepanjang
pengalaman saya rakyat disana hidup Aman damai.. Islam umpama payung rakyat
Thailand disana.. aktiviti Pengajian ala Pondok atau Madrasah menjadi
pilihan utama rakyatnya.. aktiviti Perniagaan tumbuh bak cendawan tumbuh..
malah rakyatnya yang berbilang agama saling menghormati?? Mengapa tiba tiba
seakan akan dengan sekelip mata Wilayah Pattani menjadi sarang dan kem
tentera Militan kononnya?? Umat Islam di Bom didalam Masjid?? Penduduk
terpinga pinga apa yang terjadi?? Siapa bertanggung jawab?? Bila melihatkan
suasana yang berlaku.. maka fikiran saya dibawa mengimbau Peristiwa Berdarah
Memali !! suasana dan situasi yang agak sama.. yang bezanya peristiwa
Pattanni diserang oleh tentera yang dipimpin oleh Kerajaan bukan Islam..
Peristiwa Memali ia diserang oleh tentera yang Kerajaannya.. Kerajaan
Islam..agaknya Islam hadharilah tu..?? Peristiwa Berdarah Memali sehingga
kini masih menjadi sejarah Hitam umat Islam di Malaysia?? Dan cerita
sebenarnya disorok dan menjadi Misteri sehingga kini! Bagaimana yang berlaku
didalam Kes memali..begitu juga yang berlaku dalam Kes Pattani.. Pelajar dan
Penduduk hanya bertahan dengan kayu dan Parang.. tidak ada sebarang senjata
seperti yang dituduh.. begitu juga dalam Kes Memali.. dalam Kes Memali
penduduk kampung dikepung dan diserang dengan kereta Kebal dan senjata
canggih sedangkan penduduk kampung hanya menggunakan Parang dan Buluh
sebagai senjata.. tidak ada senjata langsung ditemui.. ianya berlaku hanya
kerana risikan Jahat UMNO melalui Kementerian dalam Negeri..
Yang ketika itu Menterinya adalah Musa Hitam.. ketika peristiwa itu berlaku
Dr.Mahathir berada diluar Negara, UMNolah sebenarnya tali barut Amerika dan
yahudi..!! mereka mereka cipta tuduhan dan hasil risikan sebagai alasan
untuk menyerang penduduk Memali, sedangkan disitu terkenal sebagai kawasan
pondok dan kawasan pengajian yang dipimpin Ustaz Ibrahim Libya!! Begitu juga
dengan wilayah Pattani terkenal sebagai tempat Ilmu Islam berkembang!!
Berbalik kepada cerita Berdarah Pattani?? Reaksi yang diperoleh pemberita
menunjukkan mereka tidak tahu menahu kewujudan Militan Kononnya?? Sejak dari
Tahun Lepas Pondok dan Madrasah dituding sebagai sarang pengganas!!
Benarkah?? Mengapa Kerajaan Thailand menuding kearah Pondok dan Madrasah..
tetapi bukan kumpulan Mafia(samseng) dan sendiket dadah yang diperanginya
sejak Thaksin memerangi aktiviti dadah setelah menjawat jawatan PM!! Hasil
risikan siapa ..Yahudi atau Amerika?? Ataupun Malaysia berperanan sama?
Adakah anda masih ingat cerita tentera berpedang Al-Arqam yang dikatakan
aktif di Selatan Thailand hasil risikan Siapa?? Apa kesudahan penyiasatan
ini? Dimana bukti? Tidak cukup tuduhan yang dibuat lebih 10 tahun dulu..
sekali lagi pada penghujung tahun lepas, kerajaan Islam Hadhari ini..
melabelkan SAR( sekolah Agama Rakyat) sebagai sarang pengganas?? Hasil
risikan siapa?? Tidakkah dibawah PM yang bernama Dr.Mahathir Mohamad bekas
pemimpin O I see itu… dan ketika tuduhan itu dibuat tahukah kita.. yang
memegang Portfolio yang bertanggungjawab terhadap risikan ini adalah Cucu
Ulama’ Islam Hadhari ini.. iaitu Abdullah Ahmad Badawi !! PM kita sekarang!
Mengapa Paklah yang Lahir dari SAR sanggup menggigit kembali tangan orang
yang memberinya makanan !! Sanggup mereka melabelkan SAR sebagai sarang
pengganas! Sudahkah ada bukti yang ditemui Paklah dan agensi dibawahnya?
Tahukah kita atas asas apakah Perdana Menteri Thailand menuding Pondok dan
Madrasah di Selatan Thailand menjadi sarang pengganas? Semua tuduhan ini
diambil bulat bulat dari Ucapan Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Islam
Hadhari iaitu Najib Tun Razak yang juga memegang jawatan sebagai Menteri
Pertahanan sebelum Pilihanraya 2004? Apakah wajar Pemimpin Islam Hadhari ini
menuduh SAR sebagai sarang Pengganas! Dan akhirnya dari ucapan beliau ia
dijadikan Asas kepada tuduhan Kerajaan Thailand bahawa Pondok dan Madrasah
adalah sarang pengganas!! Besarnya jasa Najib dalam pertupahan darah
terbesar Umat Islam diselatan Thailand? Ingat kamu Najib..!! Ingat kamu
Dr.Mahathir.. Ingat kamu Paklah.. setiap ucapan dan tindakan kamu telah
menjadikan Bumi Pattani dibasahi darah Para Syuhada’ !! Ingat kamu yang
menyokong UMNO.. atas sokongan kamu kepada Islam Hadhari UMNO inilah
menjadikan darah Pelajar agama pondok dan Madrasah mengalir hasil dari
fitnah pemimpin kamu !! apakah pemimpin UMNO ini tidak merasa bersalah
langsung? Apa beza kamu wahai pemimpin UMNO dengan Pemimpin Amerika dan
Yahudi.. Risikan kamu semua Fitnah semata mata.. risikan kamu hanya mahu
dijadikan sebab untuk menyerang tempat agama Islam berkembang!! Amerika juga
mengatakan Sekolah Agama tempat Militan dilahirkan .. begitu juga UMNO..
Amerika juga menyerang Masjid di Iraq kerana dikatakan menjadi tempat
menghasut kepada keganasan.. begitu juga UMNO!! Jadi apa bezanya.. benarlah
kata Dato’ Nik Aziz.. UMNO proxy Yahudi? Ingat !! risikan Amerika Yahudi
mahupun Proxy yahudi di Malaysia selalu tersasar,tujuannya hanya mahu
menyerang agama Islam.. Bush juga mereka cipta isu senjata Kimia di Iraq,
malah Abdullan Badawi dimalaysia mereka cipta isu Molotov cocktail dan
Pelbagai jenis senjata..jadi Apa Beza??
Hari ini dalam Muka hadapan berita Minguan Isu kebal,Taksub dan Tok Guru
dimainkan sekali lagi.. di Thailand pun isu ini tidak timbul.. mengapa ianya
ditulis ? Apakah wartawan penulis Zulkifli Md Ali penulis Upahan UMNO..??
kini saya beri amaran Kepada PAS!! Semboyan Fitnah UMNO kini hampir
bermula.. saya sering memberi amaran kepada PAS!! PAS Cuma ada dua Pilihan
samada PAS menyerang kerajaan UMNO atas peristiwa memali.. ataupun UMNO yang
akan menyerang PAS kerana mahu dikaitkan dengan Memali?? Dalam Tulisan
Zulkifli Md Ali isu Taksub, Tok Guru dan Kebal digunakan untuk menyamai
peristiwa memali..Mengapa?? lalu dalam tulisannya tak pasai pasai kononya
menemu bual orang Pattani yang mengaku dengan menghantar anak belajar
inggeris di Malaysia anaknya akan lebih Baik berbanding belajar di Madrasah
dan pondok..Apa kaitan isu ini dengan kejadian Berdarah Pattani? Apakah
Malaysia terlibat dalam kejadian dan risikan tentera Thailand?? Tujuan
mereka mahu menakutkan Pelajar kita yang ramai belajar disana? Apakah kita
masih ingat bagaimana 5 tentera kita ditangkap di Thailand.. Atas tujuan apa
mereka masuk kesempadan Thailand sehingga kononnya hilang arah tuju.. hairan
jugak bila tentera boleh tersesat…pakaian mereka bukan pakaian Tentera??
Mengapa isu ini senyap?? Malah Tentera yang ditangkap itu apa tujuannya
mereka kesana sehinggakan Pihak berkuasa Thailand tidak dimaklumkan?
Dalam perkara kebal ,Taksub dan Tok Guru ini telah digunakan UMNO dalam
banyak kes Fitnah antaranya cerita Memali dan Kes Sauk Bukit Jenalik? Belum
lagi kisahnya tentang cerita pergaduahan pelajar kita di Jordan .juga
dikaitkan dengan taksub.. belum lagi termasuk cerita Pelajar kita melalui
cerita dongeng Wan Norhayati menceritakan mereka dilatih di Markaz PAS
dengan memegang senjata? Dimana hilang kes ini?? Ingat UMNO sudah lama mahu
menghapuskan PAS ..pelbagai Fitnah telah dilakukan tanpa rasa bersalah,
mereka jangan dianggap Kawan.. UMNO jenis pengkhianat kepada persahabatan!!
Berhati hati dengan Fitnah mereka!!
Lawan tetap Lawan
Reformis Muda
___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|