Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Puak Umno Haprak Membuli Peserta Khidmat Negara

Alkisah tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), nak ketawa pun ada, nak mengutuk pun ada, tetapi kalau jiwa bersemangat juang pemperjuangkan kebenaran dan keadilan ianya tetap tenang. InsyaAllah, kegeraman di hati akan terserlah bila sampai satu masa nanti.

Kalau kita dengar hujah-hujah dari pak pemimpin Umno haprak, cantik sungguh program ni. program untuk membentuk remaja menjadi insan yang berkarisma lah kunun. Bila tamat latihan nati mereka akan jadi manusia yang berguna untuk Agama dan negara hehehe …. Mula nak muntah kalau ingat hasutan pemimpin umnO haprak nie.

Sebenarnya PLKN nie kalau diolah dengan baik dengan susunan agenda yang ikhlas serta dilatih oleh pegawai-pegawai yang tahu akan buruk-baik, halal-haram mengikut agama pasti ianya akan menghasilkan satu kejayaan yang cemerlang. Tapi apa yang jadi? ….. haruan makan anak adalaaa, melatih peserta menjadi samseng adalaa .. .. peserta yang asalnya pendiam, sekarang dah mula ligat, yang dulunya taat sembahyang sekarang kurang minat …. Dulunya tak suka pakai seluar jean hanya suka pakai baju kurung sahaja, sekarang dah tak minat nak pakai baju kurung. … bukan semuanya macam tu. Soalnya sekarang yang baik dah bertukar sifatnya. Apa tidaknya … apa yang dilatih oleh pegawai PLKN selama ini adalah kosong belaka.

Saya nak cerita pengalaman saya melihat dan bersama dengan peserta PLKN dalam acaran khidmat masyarakat. Pada 24 APRIL 2004, peserta PLKN lebih kurang 80 peserta telah berkunjung ke sebuah kampung di sekita Wilayah Persekutuan, iaitu di Kg. Sg. Udang, Segambut KL. Acara mereka adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat disitu. Jam 9.00 am mereka sampai, dua khemah telah didirikan oleh … entah laa Umno ke Surau ke, tetapi Kanopi kepunyaan surau, mungkin Umno sewa dari surau kut..

Maka juak-juak umno pemimpin laa kununnya turun sama mundar mandir kehulu kehilir mengarah peserta PLKN untuk buat tu buat nie. Yang saya nampak turun ialah mat arip bekas ketua umno cawangan, chaok bekas setiausaha umno tebing kali, entah ada ke tidak lagi kg. Tembing kali, saya rasa kg tebing kali dah pupus ….. dah di tolak oleh jentolak penggali sungai hasil runding cara yang jitu antara umno kg. Tebing kali dengan kotraktor dan DBKL. Ada rumah yang tak patut diroboh, pun ada yang kena roboh … sapa arah ? … man dah (osman saidin) … masa tu dia lah yang menjadi penunjuk arah kepada DBKL. …. Hahaha … nasib ler. Pada hari tersebut orang yang paling kuat saya nampak ialah bekas ketua pemuda umno Kg. Tebing Kali …. Orang panggil dia Pari …. Wah hebat … dia lah mengarahkan peserta PLKN mengorek longkang yang dipenuhi dengan pasir di sepanjang sungai ….. DBKL pun ada juga menyediakan peralatan, lori dan jentolak …. Apa yang dibuatnya … tolong tolak sampah dan angkut sampah di kawasan pembuangan sampah …. Kan dah ada kotraktornya .. Alam flora. Hehehehe … kerja orang tak berfikir …selepas tengah hari mereka pun balik … hehehe ..

Pada 29 April 2004 (khamis) sekali lagi peserta PLKN di bawa ke Kg. Sg. Udang Segambut …. Hari nie agak lama hingga jam 4.00 petang mereka berada disini. Habis sampah ditepi jalan seluruh kampung disapunya … tapi yang hapraknya .. sampah-sampah yang disapu dibuangnya ditepi jalan depan tongsampah ….. eh eh eh … tempat buang sampah ada … tapi dibuangnya merata-rata, sikap yang diterapkan oleh pelatih PLKN lah tu. Kali ini mereka tidak berada di kanopi, peserta semua sisediakan sebuag dewan yang baru, dewan orang ramai umno yang baru (bekas tapak rumah Pak Abu dan Mahmood yang diarah roboh kerana nak gali sungai). Kununnya rumah-rumah tersebut terlibat dan mengganggu projek membuat sungai baru. Penduduk Kg. Sg. Udang tahu sangat ler tentang hal ini.

Sambil peserta duduk-duduk tak tahu nak buat apa selepas makan tengah hari dalam dewan, … ketua turus umno yang kaki klentong tebing kali … si Chaok mengarahkan peserta mengecatkan di dinding dewan dengan lambang bendera umno dan bendera Malaysia …. Hehehe .. kunun nak buat kenangan laa tu.

Itu laa hapraknya umno nie, peserta PLKN dijadikannya hamba abdi untuk sapu sampah dikampung dan mengecat lambing parti, kununnya khidmat masyarakat laa kunun. Kalau itu laa yang nak diterap kepada peserta … tak payahler nak masuk kem latihan. Program khidmat masyarak nie kununya anjuran Persatuan Penduduk Kampung Sg. Undang laa … mereka ada menyebar surat mengatakan program gontong royong akan diadakan bersama dengan pelatih PLKN. Tetapi mana orang kampung yang ikut serta? Hahahaha .. macamana orang kampung nak ada .. dibuatnya hari orang bekerja, itu laaa hapraknya. Kalau program tu anjuran Persatuan penduduk kampung …. Sejak bila pula Kg. Sg. Undang nie ada Persatuan? … saya dah hampir 25 tahun duk situ tak pernah dengar pun. Apanak heran … semua tu rekaan si umno haprak laa .. kunun nak tutup program itu bukan anjuran parti politik umno … heh … sorry laa beb orang kampung semua tahu.

Yang saya heran … si Chaok nie dah tak duduk di kg tu lagi, dia dah duduk di Tmn sejahtera (bini tua), rumah bini muda …. Hehehe .. semua orang tau hang memang kecuh laa, hari tu dalam bulan puasa, hang bersama dengan Pari … top top hang benarkan pengembala lembu menyimpan lembu korban dekat kg tu tanpa berbincang dengan penduduk kampung, bau busuk tahi lembu masuk dalam rumah orang kampung hang peduli apa.Tetapi penduduk nie baik, bila dibayar dengan seekor lembu untuk dijadikan korban akan diserahkan kepada surau, semua diam. Dasar orang melayu memang macam tu, dapat je RM50.00 dan sehelai kain pelikat semua boleh. Kalau hang nak kata hang masih teringin nak datang ke Kg Sg Udang datang laa sebagai tetamu, hang bukan lagi penduduk disitu. Hang jangan laa nak jadi kununnya hang lah “important man” bagi penduduk disitu … Apsal? … penduduk Tmn Sejahtera tak nak lantik hang jadi ketua umno kat situ ke? ….. sorry .. mengutuk sikit saja nak bagi hang tau, kalau tidak hang tak tau.

Berbalik tentang PLKN, kalau lah nak sangat panggil mereka masuk kampung ke, atau nak buat khidmat masyarakat, biarlah ada perancangan yang khusus untuk mereka. Rancangkan satu program kepimpinan dikampung atau ditempat mereka berkhidmat, agar mereka didedah dengan bentuk kepimpinan.

Bertapa daifnya program ini, membiarkan peserta melepak merata-rata tanpa ada tujuan. Sekali fikir PLKN macamlah satu program untuk melatih remaja supaya sedar betapa seronoknya berpeleseran, berkumpul, melepak dan berteriak, bersorak dan ber… ber…

Untuk ibu bapa, kalau nak benarkan anak mengikuti PLKN, fikirlah 100 kali atau berkali-kali … biarlah bayar saman pun jangan laa hantar selagi program ini tidak diubah modulnya. Sebab program PLKN ini sebenarnya, saja nak bagi remaja mengenali umno dan menjadi haprak umno nanti.

Dari semaun segambut Dalam





___________________________
Terbitan : 1 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)