Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ummah di hina kerana tiada bantuan dari MAHAKUASA keRAJAan dari LANGIT

Saya ingin menyangkal dakwaan PUM yang ummah sekarang di hina kerana tiada kuasa politik islam.

Mengikut sejarah yang saya baca,

Ummah dulu di mulia bukan kerana kekuatan ekonomi mereka,bukan kerana kekuatan teknologi mereka, bukan kerana kekuatan politik islam mereka. Mereka di muliakan kerana Maha pemilik segala Kerajaan di langit dan bumi bersama mereka.

Mengikut sejarah bilangan para sahabat nabi SAW adalah kecil saja.sekitar 124,000 orang berbanding penduduk dunia pada masa itu ,bilangan mereka yang kecil mustahil boleh mendapat kuasa cara undi majoriti.

Mereka buat kerja NABI SAW. iaitu Dakwah. 3 hari mereka dakwah kalau tak mahu pilihan kedua ialah bayar jizyah supaya orang islam dapat bermuamalat dan muasyarat dengan orang kafir, juga proses dakwah akan berlaku. Perang adlah jalan yang terakhir , itu mereka tidak akan perang selagi mereka tidak lihat tanda pintu langit terbuka .malaikat akan turun membantu mereka.Kerana apa kerana mereka serba kekurangan dari segi kecanggihan teknologi perang berbanding dengan orang kafir harbi.Seperti Nabi ,mereka ada perasaan kesian pada semua orang, takkira kafir atau tidak.

Untuk orang kafir dakwah mereka kepada ISLAM. UNTUK yang dah ISLAM dakwah mereka kepada IMAN. Walhasil

ALLAH SWT ISLAH mereka. Mereka jadi orang yang taat kepada segala perintah ALLAH dan RASUL dan KETUA NEGARA MEREKA tanpa mengira agama yang di anutinya.

Akhlak mereka dicemburui dan perbuatan mereka jadi teladan dan ikutan.

Umat hari macammana?. Musibah hari ini berlaku atas umat islam di biarkan terjadi oleh ALLAH bukan kerana allah sudah tiada kuasa untuk halanginya dengan nizam ghaibiah nya . Kalau semua penduduk bumi ini nak hinakan satu orang , Kalau ALLAH SWT nak muliakannya tetap kehinaan tak akan berlaku begitu juga sebaliknya.Kan banyak kisah dalam quran yang menyatakan kejadian yang benar benar telah berlaku dulu.bukan cerita dongeng untuk kita baca saja tapi kena yakin.Kisah sepupu Nabi MUSA , iaitu Qarun nak hinakan musa dengan fitnah zina tapi takjadi dengan izin ALLAH. Kisah Yusuf di fitnahkan dengan zulekha tak jadi dan macam macam lagilah ustaz PUM lebih arif dari saya.

Semua musibah ini jadi dengan izin dari ALLAH untuk betulkan yakin umat ini kepada semata mata kepada ALLAH dan buat kerja kearah menguatkan keyakinan itu. Selagi umat ini yakin walau pun satu peratus dengan suara ramai mereka akan di muliakan selagi itulah ALLAH akan hantar kerajaan yang zalim untuk gagalkan mereka.Nuh AS hanya ada pengikut +_85 orang,anak isteri nya sendiri yakin dengan orang orang lebih ramai tak ikut bapanya itulah yang betul.Apa jadi mereka yang ramai semuanya di hancurkan oleh siapa? tak lain dari kuasa ALLAH saja dengan air.AIR juga di gunakan untuk gagalkan firaun dengan bala tenteranya.Apakah nabi MUSA BODOH kerana tidak pulang ke ISTANA Firauan untuk ambil alih kuasa pemerintahan?.Kan dia di besarkan dalam istana sebagai anak angkat FIRAUN?.Dia tidak bodoh kerana itu bukan perintah allah untuk ambil alih kuasa politik. Patutnya inilah peluang terbaik untuk sebarkan ISLAM melalui kerajaan islam bila FIRAUN sudah mati kan.

Percaya lah selagi umat yakin dengan hanya ILMU mereka mereka akan di muliakan ALLAH akan jadi mereka takabur dengan ilmu mereka.Lihat apa dah jadi pada AZAZIL , ketua malaikat yang dihina oleh ALLaH SWT jadi syaitan.

Semua musibah ini adalah peringatan dari ALLAH. APA yang berlaku semasa dulu dalam tamadun Baghdad sedang berulang.

Wallahuaklam Songkok Rendah





___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)