|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Ilmu Berdebat Dr. al-Quranul Karim
ISU : Manusia telah kami jadikannya daripada sperma , maka bilanya dia (lelaki) telah menentang terang – terangan, pula mencampakkan kami ( menumbuk / memukul meja ) , pula melupakan penciptaannya, katanya : (soalannya berbunyi)
“Siapa yang dapat menumbuhkan daging – daging sedemikannnya ia TULANG – TULANG BERSERAKAN ??”
.:JAWAPAN:.
ANALISIS KALI PERTAMA
PEMBUKAAN HUJJAH
· KATAKANLAH : MENGHIDUPTUMBUHKANNYA Yang Maha Berkehendakkannya seawal ketika (once a time), pula dia dengan hasilcipta-Nya Maha Mengetahui.
ISI I : analogi untuk menimbulkan ketakutan terhadap Neraka
· YANG telah menjadikan daripada pohon hijau itu API , maka kemudiannya daripadanya kamu berdiang.
ISI II : analogi untuk memberi peringatan
· ADAKAH demikian tidak sekali – kali yang telah menciptakan langit- langit dan muka – muka bumi dengan “ketentuukuran” (bi Qa~dirin)seperti ke atas diciptakan kamu semua..?
ISI III : “BACK – FIRE” di PENGGULUNGAN untuk dirasakan kekerdilan di sisi Tuhan dan membersihkan semula nama Tuhan sambil memaklumkan kuasa dan kehendak Tuhan.
· BAHKAN ! Dan Dia Pencipta yang telah menciptakan lagi Maha Mengetahui. Maha Suci siapa yang urusan - Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu hanya dengan mengatakan “KUN” maka menjadilah.
PENUTUP : tasbih serta mengagongkan Tuhan
· Mahasuci yang dengan tangannya menguasai setiap sesuatu dan kepada – Nyalah kamu dikembalikan .
ANALISIS KALI KEDUA
( KAEDAH SATU ISI SATU PERENGGAN )
PERENGGAN PEMBUKAAN : MENJAWAB SIAPA ?
KATAKAN : *menghidupkannya Yang Maha Berkehendakkannya seawal waktu.Dan Dia Maha Pencipta Makhluk & Yang Maha Mengetahui.
*memulakan dengan hanya satu perkataan bagi kesinambungan kepada soalan, kemudian terus menyebut nama dan sifat Tuhan :Yang Maha Berkehendak, Maha Pencipta (al-Khaliq) dan Maha Mengetahui (al – Aliim)
ISI 1 ; PERENGGAN II : MENJAWAB BAGAIMANA ?
*dengan cara yang sama spt menumbuhkan pohon hijau daripada ranting terpatah (teori kebangkitan semula)
ISI 2 ; PERENGGAN III : MEMBERI TAKUT : API !!?
*sebagaimana kamu bakarkan kayu untuk berdiang panaskan badan, Tuhan lebih drp itu dan mudah sekali bagi-Nya untuk membakar kita.
*menyamakan org. yg. bertanya dengan pokok yang tiada akal(sindiran tajam)
ISI 3 ; PERENGGAN IV
(PENGGULUNGAN) : PERTANYAAN BALAS
*Adakah sekali-kali tidak??yang telah menciptakan langit dan bumi …
:"BACK-FIRE" DAN PENEGASAN
* BAHKAN !DEMI …Dia Maha Pencipta Makhluk malah Maha Mengetahui ,……Maha Berkehendak (Kun Fa yaKun) iaitu menegaskan semula nama – sifat Tuhan yang telah disebut pada perenggan awal.
PENUTUP & KESIMPULAN:
* Ucapan tasbih seraya menyimpulkan :- Tuhan berkuasa mutlak di tangannya sambilnya menambahkan lagi satu nama iaitu al – Malik ( MaLaKaatu ), Dia Maha Menguasai segala sesuatu, dan akhir sekali mengingatkan bahawa kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.
-wallahu a’lam-
-umar sadiq-
___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|