Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sokongan terhadap tulisan saudara Mursyid

Oleh : utuh karya jaya

Saya menyalin tulisan saudara Mursyid di laman web Tranungkite pada 30/4/2004 dengan rasa bangga kerana ada juga insan yang akhirnya mahu meluangkan masa untuk menegur kepincangan yang di lakukan oleh Harakah mahupun Harakahdaili.net

Sekalipun selama ini saya cukup lama memendam rasa dengan membaca tulisan yang menyempitkan ajaran dan menghina islam dalam banyak artikel yang mengaku saying dan beragama Islam.Saya meresakan mereka ini sebenarnya kaum munafik seperti apa yang terdapat dalam sejarah kerajaan Islam Madinah

Cuma mungkin saya tidak kesungguhan untuk menjawap hujah-hujah mereka sehinggalah membaca tulisan saudara Mrusyid.Sekalipun saya tidak mempunyai pendidikan formal yang dapata di banggakan tetapi hujah-hujan golongan perosak islam ini tidaklah sukar di jawap.

Bagi saya dari tulisan mereka kita dapat menilai akan kecetakan pemahaman mereka terhadap manusia dan dunia ini seterusnya yang di maksudkan kesyumulan islam itu sendiri.

Manusia perosak ini sebenarnya hanya tahu memuntahkan hafalan mereka melalui media massa tetapi mereka tidak langsung faham .Mereka arif memuntahkan hafalan mereka dari pelajaran mereka terhadap peradaban barat dan sejarah dunia yang di karang oleh barat tetapi mereka lupa memahami kenapa sejarah mesti di fahami hanya dari pandangan barat.Kenapa kita tidak membaca pula sejarah dari pandanga Islam agar kita dapat memahami nilai dan pengertian sejarah itu sendiri.Kenapa kita tidak cuba memahami kenapa ada jurang kemanusiaan atau asasi sebagai manusia dalam sejarah yang di sogokkan oleh barat sekalipun kita mengunakan teori pemahaman sejarah barat untuk memahami pemahaman sejarah mereka.Kita terlalu mengagungkan barat hingga ianya menjadi semacam sumbar ikutan yang membuta tulis sebenarnya

Sebagai contoh dalam kes saudara Faris A.Nor,beliau arif memuntahkan hafalan mereka tentang sejarah tamadun manusia dari pandangan barat untuk di menilai dan menghentam islam tetapi beliau lupa sepanjang sejarah itu manusia tetap manusia belum pun ada perubahan kepada pancaindera yang di berikan oleh Allah swt.Namun pemahaman barat menunjukkan percahangahan manusia di setiap zaman di ketegorikannya.Walhal adakah perilaku manusia boleh terlepas dari kadar kejadian manusia seperti contohnya tangan untuk memegang dan sebagainya.Adakah tangan telah bertukar fungsi untuk melihat pula di zaman ini. Dan cuba pula saudara Faris A.Nor memahami bagaimana islam memahami sejarah itu,dengan penegasan bahawa islam itu bermula dari Adam di ciptakan kemudian kejadian berkembang mengikut pergembangan manusia itu sendiri dimana hukum-hakam islam turut berkembang menurut perkembangan populasi manusia di muka bumi ini.Kemudaian setelah perkembanhan itu menjadi komplek menuju kepada klimaks kejadian dunia iaini akhir zaman maka Rsulullah s.a.w di wafatkan sebagai membuktikan dan menunjukkan bahawa segala persoalan manusia telah di jawap oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran dan melalui sunnah rasul-Nya.

Penerangan ini juga menjawap kononya undang-undang islam seperti yang Rasulullah laksanakan di kerajaan Islam Madinah sudah 1400 lebih ketinggalan zaman.Pendapat yang di hujahkan oleh mantan perdana menteri kita.Pertanyaan saya kepada beliau, adakah manusia di Madinah 1400 lebih di madinah itu lain dari islam yang ada hari ini ?.Adahkan islam hari ini yang mengunakan mata untuk melihat sebenarnya di zaman itu berfungsi sebagai lidah atau kaki ?.Maksud saya mudah sebagai contoh dalam hukum memakai pakaian berlengan yang lebih panjang dari lengan kita hukumnya makruh.Yang di jatuhkan hukuman di sini bukan kepada baju yang berlengan panjang itu tetapi kepada manusia yang ada lengan.Sedangkan baju itu bila di pakai oleh orang yang memiliki lengan lebih panjang dari lenggan baju itu makan hukum menjadi gugur.Jadi hukum itu jatuh kepada manusia.Hukum syarie itu terlaksanakan utamananya kepada manusia.Daging kinzir adakah haram kalau di letakkan di tenggah jalan yang tidak pernah di gunakan manusia.Ia hanya termasuk dalam hukum kalau ianya berkaitan langsung dengan manusia terutama orang islam kerena kinzir hanya di haramkan untuk orang islam.

Justru islam itu syumul kerana ianya sentiasa sebati dengan kejadian manusia, tindak-tanduk manusia hinggalah masuk ke kubur barulah manusia terlepas dari hukum syarie melainkan orang yang menguburkan jenazah itu tadi.Sebagai manusia yang meresakan dirinya berilmu takkan perkara mudah ini mereka tidak boleh fahami.Asik ego dengan keilmuan mereka untuk menghentam Islam sedangkan mereka tidak faham.

Namun yang paling tertarik marah dengan tulisan Faris A.Nor ialah menenai persoalan bikin ,kewangan dan pelancongan.Disini memperlihatkan kejahilan beliauy bila cuba berkata pasal islam.Kalau hujah beliau mahu di guna pakai bererti hujah saya kemudian ini boleh di guna pakai di negara ini.

Misalnya kalau kita mahu mengabaikan hukum kerena kemenangan pilihanraya dan keuntungan banyak benda kita boleh abaikan untuk mengaut keuntungan dan lebih maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kenapa kita selalu memengubal akta untuk menyekat kejadian jenayah sedangkan banyak kejadian jenayah memberi infak positif kepada negara kalau kita mahu dan berani melihat perkara positifnya.Misalnya kejadian mencuri atau lebih jelas lagi merompak.Pernahkah kita terfikir bagaimana kejadian jenayah ini telah mengundang kebaikan,keuntungan dengan pelaburan yang besar masuk kedalam negara kita dari negara asing.Penjenayah-penjenayah ini telah memberi sumber pendapatan kepada ratusan ribu pegawai keselamatan,jaga dan sebagainya untuk mengekang penjenayah ini.Bagaimana dengan sumber pendapatan kepada para hakim,intelektual yang mengubal undang-undang yang mendapat langsung sumber pendapatan dari penjenayah ini.Tidak sumbangan mereka lebih besar berbanding dengan kejadian rompakan yang berlaku di negara kita.Tidakkah pula mereka yang mati dalam kejadian rompakan itu sebagai persaingan sihat agar tidak lalai dengan latihan kegergasan kemahiran agar dapat menghadapi apapun juga setuasi yang mungkin berlaku.Penjenayah di sini berfungsi penguji dan penghykum kelalaian.

Bagaimana dengan jenayah ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat teknologi sekuriti di negara kita.Berapa banyak syarikat besar dan berinovatif dan keterhadapan dalam teknologi ini dengan adanya penjenayah ini.Apakah kita mahu menafikan sumbangan mereka kalau kita mengikut kepincangan pemikiran Faris A.Nor.

Dalam bab rogol misalnya pula kenapa kita mengadakan hukuman berat ke atas perogol sedangkan perogol secara logikannya dapat membendung masalah social muda-mudi dewasa in.Dengan kelonggaran perogol di dalam negara kita mungkin muda mudi tidak suka berpeleseran kesana kemari kerana mereka akan rasa tidak selamat bila mereka di luar dengan berpakaian tidak senonoh mereka akan besar kemungkinan menjadi mangsa rogol bunuh. Dan banyak lagi benda boleh kita abaikan kalau kita mengikut pemikiran kolot atau zaman tamadun jahiliah yang cuba di terapkan oleh Farish A.Nor dalam pemikiran islam.

Saya ingin mencelah pula di sini dengan persoalan yang sudah lama di timbulkan oleh masayarakat termasuk di war-warkan di television mengenai orang bertudung pun kena rogol.Hujah ini sebenarnya terkeluar kalau kita gagal memahami setuasi yang ada akan diri kita sebagai manusia.Kejadian rogol keatas wanita bertudung adalah impak langsung dari pakai menjolok mata pada hari ini.Ini kerana apa bila manusia melihat perkara yang dapat merangsang nafsunya, nafsu itu tidak akan sepontah terlepas untuk melakukannya seperti apa yang terlintas di khyalannya ketika itu.Tetapi akan datang semula secara agak menekan dan mendorong jika suasana dan peluang lebih besar untuk melakukannya tersedia.Persoalan pakaian menjadi agak kecil bila ruang dan peluang lebih besar.Kerana perogol selalunya melakukannya dalam pengaruh nafsu yang membuak-buak.Perogol tidak melakukan perogolan ketika di sedang berfikir.Ada orang merogol ketika dia sedang berfikir menyelesaikan masalah matematik atau negara.Begitu juga ketika menonton vcd lucah atau filem lucah adakah kita akan sepontan merogol television yang menayangkan aksi lucah itu.Atau kita langsung merogol orang yang melihat bersama-sama kita.Tentu tidak, kerana syaitan tidaklah bodoh seperti kita. Syaitan akan mengimiginasikan apa yang kita lihat dari filem lucah itu dan mendorong kita melakukannya jika ruang dan peluang lebih besar untuk dapat melakukannya.Tentu tidak ada dalam dunia ini kejadian rogol di lakukan di tengah pusat membeli-belah yang di penuhi orang.Persoalan pakaian dan usia menjadi kecil dan dapat di atasi oleh dorongan nafsu.itu yang perlu kita fahami bukan berhujah macam burung kakaktua tapi tidak faham dengan butir kata-kata yang di sebut.

Berbalik kepada tulisan Farish A.Nor.Jadi bersoalan bikin harus di lihat dari persoalan hukum bukan keuntungan.Apa sangat keuntungan kalau di fikirkan dengan pelancongan kalau kita mahu keuntungan dari sector lain dengan melonggarkan akta mengenai penjenaya yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.Persoaln menang pilihanraya juga harus bukan di ukur cetek dengan kemenangan kemudian memiliki jawatan,memegang kuasa mengaut keuntungan tetapi ukur mengikut undang-undang syarie.Kerana apa yang kita nak di akhirat iaini syurga dan balasan baik kena usaha di dunia bukan masa dalam kubur.Baik buruk atau balasan pahala pula di tentukan oleh pencipta manusia itu bukan kita.Justru jelasnya syarat untuk mendapatkan ganjaran dari perbuatan baik kita di dunia ilaha mengikut garis panduan pencipta.Kalau tidak kita tidak pernah lebih baik dari manusia barat dari segi keilmuan mahupun kemajuan dunia.Lagi pun sebagai logik mudah untuk Farish A.Nor,Universiti mana yang mahu meneriman anda sebagai pelajar kalau syarat penerimaan pengambilan pelajar universiti tersebut kita tukar kepada ikut kepala otak kita sendiri.Begitu juga kalau hendak masuk syurga dan mendapat keredahan Allah s.w.t.Kena ikut syarat yang di turunkan oleh Allah s.w.t.Kalau kata soal keimana hanya Allah s.w.t yang tentukan bererti Al-guran dan as-Sunnah tidak ada fungsinyalah.Persoalan Ini harus di tangani semasa kita di dunia lagi kalau dah di kubur dan kita hidup dengan menentang hukum Islam tidak timbul persoalan keimanan Alllah s.w.t yang tentukan.

Saya terpaksa simpulkan di sini bahawa untuk memahami nas-nas agama kenalah belajar dari sumber utama pengetahuan agama iaini Al-Quran dan As-sunnah.Untuk memahami sumber ini pula kenalah berguru dengan guru yang mengamalkan ilmunya dan berpegang teguh dengan tali Allah s.w.t.Ilmu agama tidak boleh di pelajari dengan fikir-fikir sedangkan ilmu dunia boleh di kuasai walaupun tidak berguru.Lagipun saudara Faris kena faham islam tidak keluar daripada kepala otak otak.Jadi jangan cuba main fikir-fikir bila memperkatakan soal hukum agama.Kalau ada bentuk kepercayaan yang muncul dari pemikiran manusia semata-mata itu tidak di namakan agama tetapi fahaman.

Teori tentang ketuhanan yang keluar dari kepala otak kita bukan nas agama.Justru bagaimana hendak manusia memikirkan penciptanya kalau kemampuan akal manusia sekadar berkisar dalam kepala otaknya yang berpunca dari sokongan deria pendengaran,pengelihatan dan sedikit dengan rasa.Bayangkan atau cuba beri saya contoh apa benda yang saudara Farish dapat fikirkan dalam khayalan terhebat saudara benda yang saudar tidak pernah dengar mahupun lihat juga rasakan.Di situlah kemampuan akal manusia bagaiman hendak berargumentasi mengenai tuhan yang tidak pernah saudara kenalai dengan pancaindera mahupun teknologi termaju akan dating.

Belum kita katakana bagaimana islam melihat dan telah ada teknologi yang di katakana tenaga tampa jirim namun kerena ramai intelektrual islam hari ini berkiblatkan kemajuan barat mereka tidak sedar dan di beri kesedaran mengenai banyak perkara jauh lebih maju dari kemajuan dan kecanggihan teknologi yang masa mendatang.

Sebaiknya saudara Farish mengunakan kecenderungannya dengan kelilmuan mengenali tuhan yang menciptakan alam ini bukan tuhan yang menciptakan manusia barat dan timur mengikut reaksi pemahaman banyak intelektual islam yang mendapat pendidikan barat.Kalau saudara jujur mahu memahami persoalan kehidupan manusia dan alam ini saudara akan temu bila anda berada dalam islam dan berkata mengenai islam mengikut panduan al-quran dan as-sunnah.Bukan mahu berhujah mengenai islam tetapi berada di luar system yang islam gariskan.jangan ingat bila kita mengaku kita islam maka semua pendapat dan pandangan kita adakah islam.

Senang fikirlah kalau barat atau manusia penjajah ada sistem untuk di ikuti kenapa islam pula tidak ada system.Kenapa hendak di perlekehkan system islam walhal ianya di adakan sebati dengan kejadian manusia itu sendiri.

Kesimpulannya saya ingin bertanya dengan saudara Farish A.Nor,mana teknologi atau temuan baru tidak di adakanbagi menampun kekurangan,kerakusan dan memenuhi kepuasan manusia atau sebagai alat Bantu manusia menjalani kehidupan di dunia ini sebelum sebelum menemui ajal.Apa benda di cipta kemudian tidak di pandang,dengar, di sentuh dan sebagainya kemudian di katakan sebagai satu perkembangan teknologi,pemikiran sebagainya oleh manusia.Walhal ianya langsung tidak berguna kepada mana-mana orgen kecil manusia sekalipun.Fikirkan





___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)