Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Melayu Bersatu Di bawah PAS

Assalamu'alaikum semua,

Di kesempatan ini saya mengucap tahniah dan syabas kepada saudara Farhan Abdullah seorang pendakwah bebas yang menyampaikan "Cerita 21:Kisah Benar Saya". Marilah sama-sama kita memperjuang dan menyampaikan Islam sebenarnya kepada semua.

Menerusi siaran Berita Perdana TV1 semalam (30 April 2004), jika tidak silap pendengaran telinga ini, ada seorang Timbalan Menteri memberikan ucapan kepada peserta PLKN. Ada sedikit macam bau politiklah dalam ucapan tu, sedangkan PLKN ni dulunya diwar-warkan sebagai agenda negara dan bukan agenda politik. Sungguh tidak patut beliau menyatakan dalam majlis tersebut bahawa perpaduan Melayu tidak akan wujud dengan gabungan UMNO dan PAS, sebaliknya perpaduan hanya akan wujud apabila PAS sudah tiada lagi. Nampaknya PLKN sudah jadi medan bagi agenda politik.

Sekali fikir, betul jugalah sebahagian dari kenyataan Timbalan Menteri berkenaan, sebab PAS adalah untuk menyatupadukan orang-orang Islam dari pelbagai latarbelakang tanpa memberi ancaman pula kepada yang bukan beragama Islam. Adapun mereka yang tak suka dengan Islam (anti Islam) tentulah merasa sakit dengan PAS ibarat orang sedang sakit jasadnya diberikan makanan baik-baik dan lazat-lazat pun tak ada selera, dan apabila sakit jiwanya, makanan berkhasiat kepada jiwa itu pun jadi tak sedap. Perlu juga diingat, orang Melayu moden sekarang ni pun sudah ada yang tidak lagi beragama Islam samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi, ada yang berpura-pura, ada yang terbabas dari landasan, dan dibimbangkan kalau-kalau sudah ada yang termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah (na'uzubillahi min zalik).

Bertenanglah semua kita, mungkin juga tatkala ini, jurucakap serta penceramah-penceramah UMNO/BN sedang merancang satu agenda provokasi terhadap para pendokong serta penyokong PAS. Orang PAS diharap jangan jadi macam mereka dan mesti bijak menilai ucapan-ucapan dan kata-kata mereka secara berhikmah.

Tapi dua kali fikir, macam mereka tak puas hati benar dengan PAS yer, kalau macam tu, biarlah BN sahaja jadi parti yang sah di segi undang-undang negara. Teruklah macam ni. Apa kata kalau teruk sangat dah orang Melayu tak boleh bersatu selagi adanya PAS dalam Malaysia ni, kita buat dua kawasan di negara ni, sebahagian untuk UMNO/BN dan sebahagian untuk PAS dan dua-dua bahagian dapat keistimewaan yang sama rata dipersetujui oleh kedua-kedua bahagian terbabit. Lepas tu, beri kebebasan pada rakyat buat pilihan nak duduk di bawah pentadbiran mana yang dia suka. Amacam? Bukan nak buat lawak tapi sekadar sembang-sembang.

Satu perkara lagi berkenaan undang-undang rimba, baru-baru ni berita sekumpulan gajah merosakkan kebun petani di Kelantan. Sekali fikir tindakan gajah sedemikian rupa adalah kerana mereka menggunapakai undang-undang rimba, kita sebagai manusia janganlah ikut undang-undang rimba. Bukankah kita ni ada akal dan fikiran, tambahan pulak Allah bagi rahmat Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama undang-undang kita. Bersabarlah petani-petani di sana, mudah-mudahan Allah memberi kebaikan pada anda semua. Kalau ditembak gajah-gajah tu, tak tahulah apa pulak halnya nanti. Sama-samalah kita pakat fikir.

Wamad.





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)