Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Saranan Buat Ulama, Pendakwah & Umat Islam

Assalamu'alaikum,

Kita semua sekarang sudah memasuki era Akhir Zaman di mana Islam adalah menjadi satu perkara yang tidak disenangi oleh kebanyakan manusia serta dianggap pelik, asing dan dagang. Keadaan ini menjadi lebih dasyat apabila yang memegang kuasa pentadbiran negara umat Islam sendiri turut sama tidak menyenangi Islam sejati dan cuba memesongkan tanggapan dan kefahaman sebenar umat Islam tentang Islam hakiki. Lebih dasyat lagi apabila terdapatnya satu pakatan besar sedunia di dalam usaha melenyapkan Islam sebenar ini sama ada disedari atau tanpa disedari. Sesungguhnya Tuhan tidak rugi apa-apa jika makhluknya sendiri memusuhiNya, dan ketawa terbahak-bahaklah Iblis Laknatullah Alaih bersama kuncu-kuncunya dari kalangan Jin dan Manusia walaupun mereka tidak mendapat keuntungan apa-apa pun.

Umat Islam di hari ini dilemahkan dengan bermacam-macam cara. Mereka tidak dapat dihapuskan dengan cara peperangan kerana bilangan yang ramai beserta qualiti Islam, Iman dan Ihsan yang mantap, maka mereka dilemahkan dulu dengan pelbagai kaedah, teori dan pelaksanaan secara berperingkat yang memakan masa ratusan tahun. Mereka dipecahbelahkan dengan kaedah provokasi pelbagai teori dan idealogi. Mereka dilalaikan dengan seribu satu macam keseronokan duniawi semata-mata sehinggakan tanpa disedari ramai sebahagian besar keseronokan duniawi itu merupakan jalan-jalan ke neraka jahanam (wal 'iyaza billah). Mereka dilemahkan dengan kesibukan urusan kehidupan dunia bagi mencari sebanyak-banyaknya kekayaan bumi ini yang semakin uzur dan tua. Kebanyakan kaedah pengajian Islam hari ini turut dipergunakan dengan tujuan melemahkan umat Islam itu sendiri. Paling menyedihkan, di hari ini betapa ramainya bilangan umat Islam serata dunia yang kita bangga-banggakan tetapi berapakan tahap qualiti yang ada pada setiap individu Islam itu sendiri? Berapa ramai para hafiz dan di kalangan para hafiz itu berapa ramaikan pula mampu mentafsir Al-Quran? Berapa ramai yang mampu membaca Al-Quran dan berapa ramaikan yang mampu membaca itu sudi dan asyik untuk membacanya setiap hari? Banyak lagi persoalan tentang ini, seperti berapa ramaikah dari kalangan umat Islam yang mendirikan solat fardu, solat sunat, puasa dan lain-lain. Namun persoalan utamanya di sini, berapa ramaikah di kalangan umat Islam hari ini yang benar-benar faham dengan Islam sebenar, beramal dengannya dan memperjuangkan kedaulatannya di muka bumi Allah ini?

Oleh yang demikian, ayuhlah para ulama, ayuhlah para pendakwah dan umat Islam. Marilah kita bangkit mencari redha Allah. Kita sebarkan fahaman sebenar Islam kepada semua kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka kita kasih dan sayang kepada yang Allah kasih dan sayang. Dan kita benci kepada apa yang Allah murka.

Perbincangan dan percangan rapi lagi tersusun perlu kita bincangkan. Para pendakwah dan ulama Islam hari ini, penerangan kepada seluruh umat secara bertulis mungkin boleh dibuat secara ringkas dan padat tetapi berterusan bagi menarik minat kumpulan sasar. Penerangan secara lisan (langsung atau rakaman) sesuai dibuat secara ringkas atau lebih panjang. Mungkin dewasa ini, kita sesuai berdakwah kepada mereka yang tersilap jalan menggunakan kaedah memperkenalkan Allah (Ma'rifatullah) dan surah-surah Makiyyah.

Biarpun kita tidak diberi peluang membuka stesen TV & Radio sendiri (yang mungkin mendapat sambutan hangat nombor 1 para penonton & pendengar), kita gunakanlah pelbagai kaedah lain, rakaman kuliah, rakaman temubual seperti forum & diskusi, rakaman syarahan, rakaman dokumentari, risalah-risalah untuk diedar atau ditampal dan lain-lain lagi kaedah konvensiobal dan baru yang halal. Sekian, terima kasih.

Akhukum fil Islam,
Wamad.





___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)