Chalabi mahu AS tadbir Iraq
20 April 2003 -
Pemimpin pembangkang Iraq yang disebut-sebut bakal memimpin negara Teluk itu selepas era Saddam Hussein, Ahmad Chalabi, mahu Amerika mentadbir kerajaan Iraq selepas perang.
Beliau berkata kelmarin bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kekurangan kewibawaan dan tidak mampu memimpin pentadbiran baru Iraq.
Dalam sidang akhbar pertama sejak tiba Baghdad, Rabu lalu, Chalabi juga mendakwa tidak mahukan jawatan dalam kerajaan sementara Iraq dan akan menumpukan kepada pembangunan masyarakat sivil.
Askar marin kawal emas RM3.8 bilion
20 April 2003 -
Askar marin Amerika dengan kelengkapan mesingan dan kereta kebal mengawal ketat peti simpanan bank yang menempatkan emas bernilai AS$1 bilion (RM3.8 bilion) kerana bimbang perompak cuba memecahkannya dengan pelancar bom tangan.
Askar marin, Sarjan Jack Coughlin, berkata: “Tempat simpanan emas di Fort Knox (Kentucky, Amerika) pun tidak menerima kawalan ketat sedemikian.”
Beliau berkata demikian pada masa sama bunyi tembakan dilepaskan kedengaran di luar - ketika penembak curi Amerika mematahkan cubaan pencuri bersenjatakan raifal AK-47 yang berkeliaran di kawasan bank itu.
Sekolah di Basra dibuka semula
20 April 2003 -
Guru dan pelajar mula membersihkan kawasan sekolah apabila sekolah di sekitar Basra yang ditutup sejak perang bermula dibuka semula, semalam.
Di Sekolah Menengah al-Marekarzia, hanya kira-kira 100 pelajar daripada 840 orang menghadiri hari pertama persekolahan. Walaupun demikian, guru dan pelajarnya gembira kerana dapat kembali ke situ.
Pengetuanya, Ahmed Sabir, melihat dengan bangga sekumpulan pelajar lelaki menyapu gelas yang pecah dari sebuah kelas yang menjadi sasaran pencuri selepas bandar berkenaan jatuh ke tangan penakluk Britain, awal bulan lalu.
Pakar arkeologi gelar AS ‘penjenayah abad ini’
20 April 2003 -
Pakar arkeologi terkemuka Iraq menuduh pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Iraq sebagai jenayah abad ini kerana gagal melindungi artifak tidak ternilai Iraq daripada dicuri selain memusnahkan kawasan arkeologi ketika melancarkan serangan.
Mereka juga berkata, sebahagian kecil artifak bernilai tinggi yang hilang sudah dikembalikan selepas pemimpin Islam merayu tetapi menafikan laporan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pegawai Iraq terbabit dalam mengatur kecurian itu, lapor Agence France-Presse (AFP).
“Dengan apa yang saya jangka akan berlaku pada kawasan arkeologi dan di muzium, saya boleh katakan serangan ini ialah jenayah abad ini kerana ia memberi kesan kepada warisan kemanusiaan.
Kastam Jordan rampas 42 lukisan curi dari Muzium Kebangsaan
20 April 2003 -
Pegawai Kastam merampas 42 lukisan yang dicuri dari Muzium Kebangsaan Iraq di pos sempadan al-Karama di Jordan, lapor akhbar bahasa Arab, ‘Al-Dustour’ semalam.
Ketua Jabatan Kastam Jordan, Mahmoud Qoteishat dipetik sebagai berkata, lukisan itu dirampas selepas pegawai di sempadan diarah supaya mengambil langkah sepatutnya apabila menjumpai sebarang artifak yang dicuri dari Iraq.
Beliau berkata, ia termasuk artifak dari muzium berkenaan, perpustakaan negara atau apa saja barangan dari negara terbabit.
20 artifak awal Iraq dikembali
20 April 2003 -
Penduduk Baghdad memulangkan 20 khazanah dari koleksi artifak kebangsaan yang menjadi simbol tamadun awal dipercayai selepas mendengar nasihat imam masjid sehingga menyebabkan mereka rasa bersalah.
Ketua Antikuiti Iraq, Jabar Hilil, kelmarin mengutuk kecurian pada Muzium Kebangsaan Iraq sebagai “jenayah abad ini” - sambil mempersoalkan tanggung jawab askar Amerika yang tidak mengawal keadaan ketika kekecohan itu berlaku selepas kerajaan Saddam Hussein dijatuhkan.
Bagaimanapun, Jabar tidak menolak kemungkinan kehilangan itu tidaklah sepenuhnya seperti yang dijangka.
900 tahanan perang Iraq dibebas
20 April 2003 -
Askar bersekutu membebaskan kira-kira 900 tahanan perang Iraq selepas mendapati mereka hanya orang awam yang tidak kena mengena dengan peperangan itu, selepas melakukan pemeriksaan teliti di pusat tahanannya.
Manakala, tahanan lain terutama pegawai kerajaan atau tentera berpangkat tinggi kerajaan Saddam Hussein disoal siasat bagi mendapat maklumat kedudukan pemimpin itu dan mengenai senjata pemusnah.
Jurucakap Pentagon, Mejar Ted Wadsworth, kelmarin berkata, Amerika Syarikat menahan 6,580 tahanan di pusat tahanan yang besar di Umm Qasr.
Askar AS ambil alih kawalan pasukan Marin di Baghdad
20 April 2003 -
Tentera Amerika Syarikat mengambil alih pentadbiran sivil era pasca perang Iraq dari pasukan Marin semalam, mewarisi tugas penuh dengan kekeliruan dan permusuhan awam terhadap mereka.
Mulai subuh, anggota Marin bersenjata lengkap sudah tidak kelihatan dari jalan raya Baghdad dan digantikan sekumpulan askar Divisyen Infantri ke-3 yang berkawal di tepi jalan.
Sebahagian anggota Divisyen Infantri ke-4 juga masuk ke Baghdad manakala unit payung terjun ke-101 kekal di lapangan terbang antarabangsa Saddam.
Pengikut Syiah berarak ke Karbala
20 April 2003 -
Berduyun-duyun pengikut Syiah mula berarak melalui bandar Baghdad menuju ke bandar suci, Karbala dan Najaf yang sememangnya menjadi acara terbesar dalam kalendar Islam untuk berkumpul di sana, bermula Khamis lalu.
Pengikut Syiah dalam jumlah ribuan itu dijangka berhijrah ke kedua-dua bandar berkenaan berjalan kaki beramai-ramai, yang sebelum ini tidak digalakkan pentadbiran Saddam Hussein.
Kira-kira 60 peratus rakyat Iraq adalah pengikut Syiah.
Kelmarin, rakyat Iraq di Baghdad berarak melalui kawasan al-Azameyah selepas sembahyang Jumaat sambil bersorak slogan anti-Amerika dan anti-Saddam.
Jabatan Negara Amerika dakwa tujuh pegawai Iraq ada di Syria
20 April 2003 -
Sekurang-kurangnya tujuh pegawai kanan Iraq berada di Syria termasuk pemimpin nombor lapan dalam senarai paling dikehendaki Washington iaitu Setiausaha Pengawal Republikan, dakwa pegawai pertahanan Amerika semalam.
Setiausaha yang dimaksudkan ialah Kamal Mustapha Abdullah al-Tikriti, kata pegawai itu yang memetik laporan perisikan, lapor akhbar New York Times (NYT).
Sejak beberapa hari lalu, Jabatan Negara Amerika memaklumkan kepada Syria nama pegawai Iraq yang dipercayai ada di negara itu dengan tuntutan supaya mereka diusir.
Perompak bank bermaharajalela
20 April 2003 -
Perompak bank bermaharajalela melakukan rompakan di bank seluruh Baghdad sambil diperhatikan oleh tentera penceroboh tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang perbuatan itu.
Dalam lawatan wartawan The Independent ke 20 bank di bandar raya itu mendapati 15 daripadanya dipecah, dimusnahkan dan dirompak. Malah pintu beberapa bank juga hilang.
Simpanan wang dalam bentuk dolar Amerika, dinar Iraq selain mangkuk tandas dan lampu juga hilang menyebabkan sebahagian penduduk Iraq yang puratanya memperoleh pendapat kurang daripada £2,500 (RM15,000) setahun hilang simpanan seumur hidup mereka.
Sekatan ekonomi ke atas Syria
20 April 2003 -
Amerika Syarikat (AS) ternyata terus mahu `mencari pasal' dengan Syria apabila anggota-anggota Kongresnya mengesyorkan sekatan ekonomi dan diplomatik dikenakan ke atas negara itu yang sejak kebelakangan ini dituduh sebagai negara pelindung pengganas.
Lapan buah negara Islam termasuk enam negara yang berjiran dengan Iraq dalam reaksi segera menolak keras ancaman AS itu pada mesyuarat menteri luar yang berakhir di Riyadh awal pagi ini.
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal dalam ucapan perasmiannya di mesyuarat itu dengan tegas menolak ancaman terbaru terhadap Syria yang hanya akan meningkatkan lagi lingkaran peperangan dan kemarahan.
Minyak Iraq bukan hak penceroboh
20 April 2003 -
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal hari ini berkata, tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) tidak berhak mengeksploitasi sumber minyak Iraq sementara sekatan ekonomi ke atas negara itu hanya perlu ditamatkan apabila Iraq mempunyai kerajaan yang sah.
Putera Saud yang mewakili lapan buah negara Arab termasuk enam jiran Iraq berkata, sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iraq tidak boleh ditarik balik selagi kerajaan baru Iraq belum ditubuhkan.
``Iraq kini masih di bawah tentera penceroboh dan kerana itu, sebarang permohonan agar sekatan ekonomi itu ditarik balik tidak harus dilayan oleh PBB.
Kos bina semula Iraq RM2.2 bilion
20 April 2003 -
Perbelanjaan untuk pembinaan semula Iraq dijangka melibatkan satu jumlah yang besar, daripada AS$20 juta (RM76 juta) bagi beberapa tahun pertama sehingga AS$600 juta (RM2.2 bilion) sepanjang satu dekad akan datang.
Rakyat Iraq lebih banyak perlu diperbetulkan berbanding sisa runtuhan perang itu sendiri.
Rejim Saddam Hussein yang berhutang berbilion dolar perlu dilangsaikan sebelum negara yang ekonominya kucar-kacir itu boleh pulih sepenuhnya.
Parti Buruh bimbang pemeriksa gagal temui senjata pemusnah
20 April 2003 -
Perdana Menteri Britain, Tony Blair kini menghadapi pemberontakan baru dari anggota-anggota Parlimen Parti Buruh yang semakin bimbang bahawa kegagalan untuk menemui senjata pemusnah Iraq akan mengesahkan perang ke atas negara itu adalah tidak sah.
Para anggota Parlimen daripada Parti Buruh mendesak supaya satu siasatan diwujudkan bagi mengenal pasti sama ada agensi perisikan British (MI6) telah memberikan maklumat yang salah kepada para menteri mengenai program senjata pemusnah besar-besaran Iraq.
Desakan itu dibuat ketika 1,000 anggota pasukan pemeriksa senjata tentera penceroboh bersedia untuk membuat pemeriksaan ke atas beratus-ratus kawasan yang disyaki menyimpan senjata pemusnah.
Bush mahu PBB tarik sekatan ekonomi secara berperingkat
20 April 2003 -
Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik sekatan ekonomi terhadap Iraq secara berperingkat-peringkat dan membiarkan PBB mengendalikan program penjualan minyak Iraq buat sementara waktu.
Washington akan meminta Majlis Keselamatan PBB meluluskan tiga atau empat resolusi dalam tempoh beberapa bulan, dan bukan satu resolusi untuk menarik balik sekatan, menurut laporan New York Times hari ini dengan memetik kenyataan pegawai pentadbiran Bush.
Pendekatan baru itu diambil berikutan sambutan dingin daripada Perancis, Rusia dan anggota lain Majlis Keselamatan PBB terhadap seruan AS pada Rabu lalu supaya sekatan ke atas Iraq ditarik balik dan program penjualan `minyak untuk makanan' yang dikendalikan oleh PBB ditamatkan.
Rakyat Iraq mula lapor diri untuk bekerja
20 April 2003 -
Penduduk-penduduk Iraq hari ini mula melaporkan diri untuk kembali bekerja di kedai dan pejabat mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan mengembalikan kesibukan kepada Baghdad.
Kebanyakan kedai di tengah Baghdad masih ditutup tetapi beratus kakitangan awam berkumpul berdekatan bangunan perkhidmatan awam, mencari berita bila mereka boleh bekerja dan di mana akan dibayar.
``Orang Amerika menyuruh kami datang semula Selasa lalu,'' kata seorang wanita di luar bangunan Bandaraya Baghdad yang dikawal oleh tentera AS.
Saddam terus jadi misteri
20 April 2003 -
Nasib Saddam Hussein sama ada sudah terbunuh atau masih hidup terus menjadi misteri lebih-lebih lagi dengan kemunculan dua pita rakaman yang ditayangkan oleh TV Abu Dhabi semalam.
Teori bahawa Saddam terbunuh dalam letupan bom tentera penceroboh pada 7 April lalu menjadi satu tamparan hebat apabila pita video itu menunjukkan beliau masih hidup dua hari selepas tarikh itu.
Audio dan suaranya sama seperti bekas pemimpin Iraq itu.
Polis Iraq tahan Menteri Kewangan
20 April 2003 -
Tentera Amerika Syarikat (AS) menahan Menteri Kewangan rejim Saddam Hussein, Hikmat Ibrahim al-Azzawi di Baghdad selepas beliau ditangkap oleh polis Iraq.
Hikmat yang juga Timbalan Perdana Menteri berada di tangga 45 dalam senarai 55 anggota rejim Saddam yang paling dikehendaki oleh AS.
Beliau kini ditahan oleh askar marin AS, kata Mejar Randi Steffy di Pusat Pemerintah AS di Qatar hari ini.
AS tawar kontrak RM190j latih polis pascaperang
20 April 2003 -
Amerika Syarikat (AS) menawarkan kontrak bernilai AS$50 juta (RM190 juta) kepada sebuah syarikat swasta beribu pejabat di Virginia bagi mengambil penasihat-penasihat yang boleh melatih pasukan polis di era pascaperang Iraq.
``Kami menyerahkan satu kontrak kepada DynCorp International bagi memilih dan menghantar kira-kira 1,000 polis, pegawai undang-undang dan penasihat penjara ke Iraq,'' kata seorang jurucakap Jabatan Negara, Brenda Greenberg.
Nilai kontrak boleh mencapai kira-kira AS$50 juta dalam tahun pertama, katanya.
Tunjuk perasaan anti-AS di Baghdad
15 April 2003 -
Kemarahan rakyat Iraq memuncak semalam berikutan kekacauan di bandar raya itu selepas rejim Saddam Hussein tumbang dan buat pertama kali, penduduk Baghdad menyertai tunjuk perasaan anti-Amerika.
Bantahan itu yang disertai lebih 100 penduduk Iraq diadakan ketika tentera Amerika memulakan usaha mengawal ketenteraman dengan melancarkan operasi mengambil pekerja awam dan keselamatan Iraq bekerja dengan pentadbiran tentera Amerika.
Meskipun jumlah itu kecil, tetapi bantahan itu memperlihatkan sudah ada pihak yang berani berdepan dengan tentera Amerika berikutan kemarahan mereka memuncak disebabkan kekacauan, samun dan ketiadaan bekalan asas seperti api dan air.
Askar galak rakyat ganas: Akhbar
15 April 2003 -
Tentera Amerika menghasut penduduk Iraq supaya melakukan keganasan dan menyamun premis kerajaan, awam dan kedutaan semata-mata untuk menunjukkan imej rakyat bergembira berikutan kerajaan Saddam Hussein jatuh.
Akhbar paling popular Sweden, Dagens Nyheter, semalam melaporkan tindakan itu bertujuan memenuhi jangkaan rakyat Amerika dan masyarakat dunia, kononnya rakyat Iraq menunggu diselamatkan oleh Amerika selain kedatangan tentera mereka ke negara Asia Barat itu akan disambut dengan muzik dan bunga.
Khaled Bayomi dari Malmoe yang menyertai pergerakan keamanan dan menjadi perisai manusia di Iraq berkata, tentera Amerika mengumumkan kepada rakyat Iraq bahawa mereka boleh membawa pulang apa saja barang dalam bangunan itu.
PBB wajib bangunkan semula Iraq
15 April 2003 -
Presiden Russia, Vladimir Putin, Canselor Jerman, Gerhard Schröeder dan Presiden Perancis, Jacques Chirac, sekali lagi menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan fungsi penting membangunkan semula Iraq.
Ketika berunding di Saint Petersburg, ketiga-tiga pemimpin itu yang sejak dari awal membantah serangan ke atas Iraq menegaskan Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya perlu terlebih dulu menangani kekacauan di Iraq selepas rejim Saddam Hussein tumbang.
Menurut undang-undang antarabangsa, tentera Amerika dan sekutunya bertanggungjawab mengembalikan keselamatan dan ketenteraman awam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan tiba, kata Chirac.
Pengawal Republikan berpakat dengan AS
15 April 2003 -
Jeneral Iraq, Amer Hammoudi al-Saadi, bukanlah pegawai kanan tentera pertama Presiden Saddam Hussein yang menyerah diri sekali gus memudahkan misi tentera Amerika Syarikat menguasai negara Teluk itu.
Sebaliknya, jeneral tentera kanan pertama Iraq berbuat demikian ialah Maher Safian al-Tikriti, seorang lagi sepupu Saddam yang mengetuai unit Pengawal Republikan yang ditugaskan mengawal jambatan di Sungai Diyala.
Tentera Amerika tidak menghadapi banyak masalah melintasi jambatan berkenaan selepas Maher memeterai perjanjian sulit dengan tentera khas Amerika termasuk pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Baghdad, lapor satu agensi berita yang rapat dengan sumber risikan Israel, kelmarin.
4 maut kereta sarat bom meletup
15 April 2003 -
Sebuah kereta sarat dengan bahan letupan meletup di timur Afghanistan, membunuh empat orang yang disyaki merancang serangan pengganas, kata pegawai tentera Afghanistan kelmarin.
Juga kelmarin satu letupan kuat menggegarkan ibu negara Afghanistan, Kabul tidak jauh dari Kedutaan Amerika dan kawasan pasukan pengaman antarabangsa yang menjadi sasaran serangan roket minggu lalu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam dua serangan terbabit.
Polis di tempat kejadian berkata letupan kelmarin mungkin disebabkan oleh satu roket di pinggir barat bandar raya itu. Sasaran sebenar belum dipastikan, tetapi ia mengejutkan penduduk kawasan mewah Wazir Akbar Khan, di mana ramai warga asing tinggal.
Balu askar hidup merempat
15 April 2003 -
Ketika tentera Britain dan Amerika Syarikat (AS) mempertaruhkan nyawa menyerang Iraq atas sebab yang mereka sendiri tidak pasti, isteri dan anak-anak tentera terbabit turut berjuang untuk hidup berikutan ketiadaan sumber kewangan tetap untuk menyara mereka.
Akhbar The Mirror menyebut, isteri dan anak-anak 30 tentera Britain yang disahkan mati dalam serangan terhadap Iraq, meminta kerajaan memberikan mereka pampasan sewajarnya bagi mengelakkan mereka menghadapi kemungkinan kebuluran dan tidak mempunyai kediaman.
Salah seorang balu, Annie Lennox, berkata sistem kini yang memberikan balu hanya dua bulan gaji suami sekali gus dan pencen yang sedikit sudah tidak sesuai kerana ia digunakan sejak Perang Dunia Kedua lagi.
Washington ada sampel DNA Saddam, dua anak lelaki
15 April 2003 -
Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa mempunyai sampel DNA Saddam Hussein dan dua anak lelakinya, di mana pakar forensik berharap dapat mengenal pasti sama ada presiden Iraq itu terbunuh ketika pengeboman berlaku di kawasan bangunan kerajaan, baru-baru ini.
Nasib Saddam masih menjadi misteri kepada askar sekutu semalam, walaupun kerajaannya sudah ditumbangkan minggu lalu.
Komander askar sekutu Amerika, Jeneral Tommy Franks, kelmarin mendedahkan penyiasat negaranya mempunyai sampel DNA Saddam.
Wellington haramkan tujuh pertubuhan Islam
15 April 2003 -
New Zealand mengharamkan tujuh pertubuhan Islam termasuk individu dan melabelkannya sebagai pengganas serta melarang sebarang bentuk sokongan untuk mereka.
Perdana Menteri Helen Clark berkata tiada kumpulan terbabit diketahui mempunyai hubungan di New Zealand. "Bagaimanapun, melabelkan individu dan kumpulan berkenaan boleh mencegah rakyat New Zealand daripada bersekongkol dengan mereka," kata Clark dalam kenyataan.
Mereka yang disenaraikan termasuk Gulbuddin Hekmatyar, Stichting Benevolence International Nederland, Lashkar-i-Jhangvi, Ansar al-Islam, Rejimen Khas Islam, Briged Islam Antarabangsa dan Peninjau Riyadus-Salikhin dan Batalion Sabotaj Syuhada Chechnya.
Kenyataan itu menyebutkan Hekmatyar, bekas perdana menteri Afghanistan, kini menjadi panglima perang yang bekerjasama dengan saki baki Taliban di negara itu
Syria sasaran baru AS Selepas tawan kubu terakhir Saddam di Tikrit
15 April 2003 -
Amerika Syarikat (AS) dilaporkan semakin hampir melancarkan perang ke atas Syria atas dakwaan negara itu juga mempunyai senjata pemusnah massa serta memberi perlindungan kepada pemimpin Iraq yang melarikan diri.
Ini berikutan laporan yang mendakwa beribu-ribu pegawai tinggi Saddam Hussein menyeberangi sempadan ke Syria ketika askar AS menumpukan perhatian kepada usaha menawan Tikrit, kampung halaman Saddam, selain Baghdad dan bandar lain di Iraq.
Pegawai kanan itu dilaporkan lari dari wilayah Tikrit, Samarra dan al-Ramadi.
Tujuh askar AS ceritakan kembali pengalaman di Iraq
15 April 2003 -
Ketujuh-tujuh askar AS yang dibebaskan setelah menjadi tahanan perang tentera Iraq menceritakan kembali saat-saat mereka menghampiri maut ketika cuba menceroboh negara itu.
Pengalaman sebahagian daripada tujuh askar AS itu telah diceritakan semula kepada seorang wartawan Knight Ridder yang turut berada dalam sebuah pesawat pengangkut C-130 yang membawa kumpulan tersebut ke Kuwait dari Iraq, semalam.
Salah seorang askar AS itu, Shoshana Johnson mendedahkan kepada wartawan tersebut, mereka telah dipindahkan sebanyak enam kali ketika berada dalam tahanan tentera Iraq.
Enam askar AS cedera dalam serangan bom tangan
15 April 2003 -
Enam askar AS cedera, dua daripada mereka parah apabila pasukan separa tentera Iraq melontarkan bom tangan ke arah mereka di selatan Baghdad, semalam.
Insiden itu menimpa askar-askar Divisyen Udara 101 ketika mereka sedang memindahkan mortar daripada senjata di hadapan perkarangan pejabat Parti Baath di Mahmudiya, kira-kira 25 kilometer ke selatan Baghdad.
Kejadian berlaku apabila sebuah kereta secara tiba-tiba berhenti di hadapan bangunan dengan seorang lelaki keluar lalu melemparkan bom tangan ke arah mereka.
Washington digesa redakan ketegangan di Asia Barat
15 April 2003 -
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana hari ini menggesa Washington mengambil langkah meredakan ketegangan di Asia Barat dengan melonggarkan kenyataan kerasnya mengenai Syria.
Katanya, beliau amat prihatin dengan perkembangan dan ketegangan yang wujud di rantau itu sejak akhir-akhir ini.
``Rantau tersebut telah melalui satu proses yang sukar dan saya fikir ini bukan masanya untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya
Saintis nuklear paling hebat di Iraq serah diri
15 April 2003 -
Seorang saintis nuklear paling hebat di Iraq menyerah diri di negara itu, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) semalam apabila tentera AS memulakan langkah mencari rakyat Iraq yang boleh membantu mengesan senjata pemusnah.
Saintis berkenaan, Jaffar Al-Jaffar menyerah diri beberapa hari lalu, kata pegawai yang enggan dikenali nama.
Penyerahan diri Jaffar diikuti oleh Ketua Penasihat Sains Saddam, Leftenan Jeneral, Amir Saadi yang turut menyerah diri pada Sabtu lalu dengan bantuan rangkaian televisyen Jerman, ZDF.
Howard cadang Iraq ikut sistem pemerintahan Australia
15 April 2003 -
Perdana Menteri Australia, John Howard mencadangkan supaya kerajaan Iraq yang bakal dibentuk dapat menerima pakai sistem pemerintahan Kerajaan Persekutuan ala negara itu bagi membolehkan masalah etnik dan perbezaan wilayah diatasi.
Ketika memberi ucaptama semasa merasmikan Persidangan Undang-Undang Komanwel di Melbourne, Howard berkata, terdapat beberapa persamaan antara situasi yang berlaku di Iraq dengan di Australia.
``Apabila negara anda mempunyai beberapa etnik utama dan wilayah yang berbeza-beza, sistem pemerintahan kerajaan persekutuan adalah satu-satunya cara yang dapat menyatukan kesemua itu,'' katanya.
Rakyat Iraq sendiri akan pilih kerajaan - Powell
15 April 2003 -
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Colin Powell berkata, rakyat Iraq akan memilih sendiri kerajaan mereka secara demokrasi menerusi pilihan raya dan menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa Washington akan melantik kerajaan boneka di negara itu.
``AS tidak pernah melantik sesiapapun untuk menjadi pemimpin Iraq atau menjadi pemimpin bagi kerajaan sementara,'' kata Powell kepada BBC.
``Kami percaya rakyat Iraq akan melakukan perkara sedemikian. Kami tidak terlibat dalam urusan menentukan siapa presiden Iraq,'' katanya lagi.
2,000 anggota polis Baghdad lapor diri
15 April 2003 -
Kira-kira 2,000 anggota polis Baghdad melaporkan diri untuk bertugas hari ini dalam usaha untuk memulihkan semula undang-undang dan keamanan di ibu negara Iraq yang dipenuhi dengan kejadian mencuri selepas tumbangnya kerajaan Presiden Saddam Hussein.
Tentera Amerika Syarikat menguasai bandar itu minggu lepas selepas melakukan pengeboman selama dua minggu ke atas Baghdad, tetapi tidak mampu untuk mengatasi keadaan kucar-kacir yang mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan penduduk.
Beratus-ratus penduduk Iraq mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel Palestine hari ini, pangkalan wartawan asing di Baghdad, untuk merungut kurangnya tahap keselamatan di bandar itu.
Bank Dunia hantar kumpulan teknikal
15 April 2003 -
Bank Dunia semalam berkata, ia akan menghantar kumpulan teknikal ke Iraq untuk membuat penilaian mengenai tugas membangunkan semula ekonomi.
Bagaimanapun, berita tersebut menimbulkan kritikan bahawa mesyuarat selama seminggu institusi itu terlalu memberi perhatian ke atas Iraq dan telah menyisihkan negara-negara miskin.
Selepas seminggu perbahasan, Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn berkata, para pemegang saham institusi itu memutuskan pada mesyuarat jawatankuasa bahawa Bank Dunia perlu menghantar kumpulan bantuan teknikal ke Iraq untuk menilai tugas membina semula ekonomi.
Jawatankuasa laksana tugas pemulihan ditubuh
15 April 2003 -
Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengadakan perjumpaan dengan anggota-anggota kabilah Kirkuk, pemimpin agama dan politik bagi membincangkan cara untuk mengembalikan keamanan serta ketenteraman di sebahagian besar kawasan di Iraq sejak rejim pimpinan Saddam Hussein ditumbangkan.
Pertemuan itu juga bertujuan untuk mencari jalan memulihkan semula bekalan elektrik air dan gas yang terganggu sejak kekalahan pasukan tentera Iraq.
Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk membentuk jawatankuasa yang disertai 18 anggota untuk melaksanakan perkhidmatan keselamatan dan tugas-tugas pemulihan, kata Mohamed Amin Abdulhailim Chamchali, Ketua Persatuan Ulama yang berfahaman Sunnah.
5 wartawan JMTM mahu pulang secara sukarela
15 April 2003 -
Lima wartawan dan seorang pegawai Pasukan Bersama Media Malaysia (JMTM) yang membuat liputan peperangan di Iraq hari ini membuat keputusan untuk pulang secara sukarela ke tanah air.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata, mereka terdiri daripada tiga wartawan dan seorang pegawai yang kini berada di Baghdad manakala dua lagi wartawan masih berada di Amman, Jordan.
``Mereka telah menyatakan hasrat tersebut melalui Ketua JMTM, Datuk Ahmad A. Talib hari ini.
Kubu terakhir dikepung Pertempuran di kampung Saddam akhiri perang
14 April 2003 -
Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) semalam dilaporkan sudah menghampiri bandar Tikrit, kubu kuat terakhir Saddam Hussein selepas berjaya bergerak pantas ke utara dari Baghdad.
Jurucakap Markas Pemerintah Tentera AS di Qatar menyatakan pasukan khas Peninjau Pertama Marin bergerak ke utara di sepanjang lebuh raya 1 dari Samara, kira-kira 60 kilometer dari Tikrit.
Lt Mark Kitchens berkata, anggota Marin itu sudah berada di pinggir bandar Tikrit, tetapi beliau enggan menyatakan sama ada tentera itu sudah memasuki pusat bandar berkenaan.
Duta Iraq ke PBB tiba di Syria
14 April 2003 -
Duta Iraq ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Aldouri tiba di Syria semalam dari New York, kata saksi.
Aldouri, pegawai Iraq yang pertama yang mengaku kerajaan Presiden Saddam Hussein ditewaskan berkata, beliau meninggalkan Amerika Syarikat (AS) kerana enggan mewakili negaranya yang berada di bawah jajahan AS-Britain.
Beliau tidak bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Damsyik tetapi berkata kepada Reuters di New York kelmarin bahawa beliau ke Syria bagi mendapatkan maklumat mengenai keluarganya.
Isu peranan PBB tingkat keraguan niat sebenar AS
14 April 2003 -
Isu peranan PBB selepas perang berakhir di Iraq boleh mencetuskan perpecahan baru di peringkat antarabangsa selain meningkatkan keraguan berhubung niat sebenar Amerika Syarikat (AS).
Negara-negara yang membantah perang yang diketuai AS di Iraq iaitu Perancis, Rusia dan Jerman kini menuntut agar PBB diberi tugas mengendalikan pascaperang di Iraq.
Bagaimanapun, segelintir pakar menyatakan bahawa PBB tidak mempunyai maksud untuk menerajui negara seperti Iraq tetapi boleh membantu memberikan kesahihan yang diperlukan kepada sebuah kerajaan baru.
Bantahan penjajahan AS di Teluk semakin menular
14 April 2003 -
Sejak Baghdad jatuh ke tangan penceroboh pada awal minggu ini, tunjuk perasaan di seluruh dunia yang sebelum ini bermatlamat membantah perang di Iraq telah mula bertukar kepada membantah penjajahan di negara Teluk itu.
Walaupun perang di negara itu dikatakan hampir tamat, demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia khususnya di Amerika Syarikat, London, Paris dan beberapa buah negara Asia terus diadakan.
Di AS, sekurang-kurangnya 10,000 orang mengadakan protes di tengah Washington bagi membantah penaklukan oleh negara kuasa besar itu ke atas Iraq.
Dewan Perwakilan AS luluskan RM304b
14 April 2003 -
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan rang undang-undang yang memperuntukkan hampir AS$80 bilion (RM304 bilion) untuk membiayai kempen perang AS di Iraq dan pembangunan semula negara itu.
Presiden George W. Bush dijangka menandatangani rang undang-undang tersebut yang diluluskan oleh Senat lewat kelmarin selepas kompromi dicapai antara Dewan Perwakilan dengan Senat berhubung dua versi berasingan.
Digugurkan daripada teks rang undang-undang itu ialah pindaan yang menyekat syarikat-syarikat dari Perancis, Jerman, Rusia dan Syria daripada terlibat dalam sebarang kontrak pembangunan semula yang ditawarkan oleh AS.
Filipina tarik balik imuniti kakitangan Kedutaan Iraq
14 April 2003 -
Filipina menarik balik keistimewaan dan imuniti diplomatik ke atas kakitangan Kedutaan Iraq di sini dan mengarahkan kesemua pegawai perhubungan luar Filipina membekukan segala hubungan dengan mereka, lapor satu sumber hari ini.
Sumber Jabatan Perhubungan Luar Filipina itu berkata, kakitangan kedutaan Iraq `tidak akan dijemput menghadiri majlis rasmi atau diplomatik' dan kad pengenalan diplomatik serta nombor pendaftaran kereta mereka tidak akan diperbaharui.
Bagaimanapun, Setiausaha Luar, Blas Ople berkata, kakitangan Kedutaan Iraq tidak akan dihantar pulang memandangkan situasi di negara mereka masih belum stabil.
Australia akan biaya pelarian kembali ke Iraq
14 April 2003 -
Australia akan membayar tambang penerbangan dan memberi bantuan tunai untuk menggalakkan pelarian Iraq yang kini berada di negara itu pulang ke negara asal mereka, kata Menteri Imigresen, Philip Ruddock.
Menurutnya, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, John Howard mengenai pakej tersebut untuk menggalakkan rakyat Iraq yang melarikan diri ke Australia dan telah mempunyai visa pelarian, pulang ke Iraq sewaktu proses pembinaan semula negara itu.
Kata beliau, pihaknya menganggar kira-kira 4,200 rakyat Iraq yang berada di negara itu layak menerima pakej berkenaan.
G7 sokong resolusi bangunkan semula Iraq
14 April 2003 -
Menteri-menteri Kewangan Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Menteri Kewangan Kanada, John Manley telah bersetuju untuk menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangunkan semula Iraq.
Sekiranya resolusi itu diluluskan, ia akan memberi laluan kepada Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memberikan bantuan kewangan.
Amerika Syarikat (AS) menegaskan, resolusi baru tidak perlu untuk kedua-dua agensi pinjaman antarabangsa itu untuk memainkan peranan dalam pembangunan semula Iraq.
Kempen pulihkan pasukan polis Iraq
14 April 2003 -
Tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini memulakan tugas berat untuk memulihkan keadaan di Iraq dengan melancarkan kempen membina semula pasukan polis dan jabatan tenaga elektrik.
Beratus-ratus kereta membanjiri pusat bandar Baghdad sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas paling buruk sejak perang meletus lebih tiga minggu lalu.
Penduduk tempatan beratur untuk mendapatkan pekerjaan berikutan kejatuhan rejim Saddam Hussein.
SARS diisytihar merebak ke AS, UK
14 April 2003 -
Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) merupakan negara yang baru disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kelompok negara yang mempunyai jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS).
Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata, penambahan dua negara terbabit menjadikan kelompok negara yang mempunyai jangkitan SARS kepada lapan buah negara berbanding enam sebelum ini.
Beliau berkata, jangkitan SARS di dua negara terbabit adalah bersifat tempatan iaitu ia disebarkan oleh penduduk negara itu sendiri yang sebelum ini dikatakan pernah melawat enam negara yang mempunyai jangkitan SARS.
Perang mulut Syria - AS tingkatkan ketegangan
14 April 2003 -
Ketegangan antara Syria dan Amerika Syarikat (AS) kini meningkat apabila kedua-dua negara saling terlibat dalam perang mulut berhubung dakwaan susulan Washington kononnya Damsyik memberi perlindungan kepada Presiden Saddam Hussein dan para pengikutnya.
Ketika Menteri Luar Syria, Farouq Al-Shara menegaskan tuduhan AS itu sebagai tidak berasas, Setiausaha Negara AS, Colin Powell dalam kenyataannya di London terus mendesak Damsyik supaya berhenti daripada memberi perlindungan kepada rejim Saddam.
Oleh kerana tuduhan AS bahawa negaranya membantu Saddam adalah tidak berasas, beliau menambah, pihaknya mencabar Washington supaya membuktikan tuduhan itu.
Konvoi Malaysia diserang
14 April 2003 -
Konvoi sukarelawan Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) dan wartawan Malaysia diserang semalam dalam satu peristiwa yang berpunca daripada `salah sangka', menyebabkan dua pembantu rakyat asing terbunuh.
Presiden Mercy, Datuk Dr. Jemilah Mahmood dan Dr. Baba Deani cedera di punggung terkena tembakan dalam serangan itu dan dirawat di Hospital Al-Sassam di sini. Kesemua mereka, termasuk para wartawan Malaysia yang menyertai konvoi tersebut bagaimanapun sekarang dilaporkan selamat.
Dua yang terbunuh itu ialah seorang ahli kimia Iraq, Husin, dan pemandu sebuah daripada dua kenderaan konvoi tersebut, Vohan, rakyat Syria.
Washington, London hantar pasukan pemeriksa senjata ke Iraq secara rahsia
13 April 2003 -
Washington dan London telah menghantar pasukan pemeriksa senjata ke Iraq secara rahsia bagi mencari senjata pemusnah besar-besaran yang kononnya dibangunkan oleh kerajaan rejim Presiden Saddam Hussein, lapor The Guardian hari ini.
Akhbar berkenaan menyifatkan tindakan Washington dan London itu sebagai membelakangkan kredibiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pasukan pemeriksa tersebut dikatakan telah pun berada di Kuwait seminggu sebelum Iraq diserang pada 20 Mac lalu.
Kolonel ceritakan detik-detik kejatuhan Pengawal Republik Iraq
13 April 2003 -
Seorang kolonel dalam Pengawal Republik Iraq menceritakan bahawa pasukan elit itu tidak mendapat panduan daripada pusat pemerintah mereka semasa perang dan kekuatan mereka hancur akibat pengeboman AS.
Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) hari ini, kolonel yang tidak disiarkan namanya itu memberi gambaran jelas mengenai serangan hebat ke atas unit 600 anggota pimpinannya, bilangan mereka yang terbunuh serta bagaimana dan mengapa askar elit itu meninggalkan kedudukan masing-masing.
Katanya, askar tidak dipaksa bertempur, malah ramai antara mereka pulang ke rumah masing-masing secara diam-diam apabila mereka menyedari mereka tidak mungkin dapat menandingi kekuatan tentera penceroboh
Bush desak Syria tutup pintu masuk kepada pengikut Saddam
13 April 2003 -
Presiden AS, George W. Bush semalam mendesak Syria menutup sempadan negara itu kepada pengikut Saddam Hussein yang melarikan diri dan menyerahkan mereka yang telah berlindung di negara itu.
``Kita menjangkakan mereka melakukan setiap perkara yang boleh bagi menghalang orang yang sepatutnya ditangkap melarikan diri,'' katanya selepas bermesyuarat buat pertama kali di dua kawasan hospital ketenteraan dengan tentera-tentera AS yang cedera di Iraq.
Saintis senjata biologi Iraq dipercayai larikan diri ke Syria
13 April 2003 -
Beberapa saintis terkemuka Iraq dalam bidang senjata biologi dipercayai melarikan diri ke Syria, lapor Washington Post hari ini dengan memetik kenyataan beberapa pegawai kerajaan AS.
Antara mereka yang dikatakan telah menyeberangi sempadan Iraq ke Syria ialah Dr. Huda Salih Mahdi Ammash, seorang saintis wanita yang dikenali sebagai `Puan Antraks' di kalangan pegawai perisikan AS dan Rihab Taha yang diberi gelaran `Dr. Kuman.'
Laporan perisikan menunjukkan salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali telah mencari perlindungan di ibu negara Syria, Damsyik, menurut laporan Post.
AS percaya Saddam sudah terbunuh
13 April 2003 -
Nasib Saddam Hussein masih belum jelas, tetapi para pegawai Amerika Syarikat (AS) kini lebih cenderung kepada pandangan bahawa bekas Presiden Iraq itu sudah meninggal dunia.
Agensi perisikan AS telah memintas komunikasi atau `perbualan' oleh rakyat Iraq yang menganggotai kerajaan Saddam mengatakan bahawa mereka percaya Saddam sudah terbunuh.
Bagaimanapun, pegawai mengingatkan bahawa perbualan itu sendiri bukan bukti muktamad.
AS beri kontrak RM30.4j untuk pembinaan semula Iraq
13 April 2003 -
Amerika Syarikat semalam memberikan kontrak bernilai hampir AS$8 juta (RM30.4 juta) bagi menggalakkan pembabitan rakyat Iraq khususnya wanita dalam pembinaan semula pascaperang dan kerajaan tempatan.
Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) berkata, pihaknya memberikan wang kepada Institut Kajian Segi Tiga Carolina Utara (RTI) sebagai sebahagian usaha jangka panjang untuk menggalakkan pemulihan lebih cepat dan cekap dalam perkhidmatan awam kepada Iraq.
Menurut USAID, firma itu akan membentuk program-program tertentu bagi meningkatkan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan keupayaan pentadbir tempatan untuk menerajui perkhidmatan seperti air, kesihatan dan kebersihan awam selain dalam bidang ekonomi.
Dua sukarelawan yang hilang didapati dalam keadaan selamat
13 April 2003 -
Dua orang sukarelawan agensi bantuan kemanusiaan yang hilang dalam rusuhan di Baghdad sejak 2 April lalu, didapati berada dalam keadaan selamat.
Kedua-dua mereka, Francois Calas, 44, seorang rakyat Perancis yang juga ketua misi dan Ibrahim Younis, 31, dari Sudan, merupakan sebahagian daripada enam orang ahli sebuah kumpulan sukarelawan yang dikenali sebagai `Doktor Tanpa Sempadan'.
Mereka berkhidmat di sebuah hospital di al-Kindi, yang terletak di timur laut Baghdad.
Walaupun rejim Saddam tumbang, perang masih berterusan - Bush
13 April 2003 -
Presiden AS, George W. Bush semalam berkata, Saddam Hussein tidak lagi berkuasa di Iraq, tetapi pada masa sama perang masih berterusan.
``Keutamaan kempen ini ialah membebaskan rakyat Iraq daripada sebarang penindasan dan kekejaman Saddam dan rejimnya.
``Ia bukan sahaja bertujuan membebaskan rakyat Iraq, tetapi memastikan negara itu bebas daripada pembangunan program senjata pemusnah besar-besaran,'' katanya kepada pemberita di sini.
Aldouri enggan wakili Iraq di bawah AS, Britain
13 April 2003 -
Duta Iraq ke PBB, Mohammed Aldouri menegaskan, beliau meninggalkan New York kerana enggan mewakili negaranya di bawah pendudukan AS dan Britain.
Mohammed merupakan pegawai tinggi Iraq pertama yang mengakui kejatuhan kerajaan Presiden Saddam Hussein di tanah airnya berkata, beliau bercadang ke Paris seterusnya ke Damsyik bagi mengetahui keadaan keluarganya.
``Saya pulang kerana tidak fikir untuk mewakili kerajaan yang menceroboh Iraq, membunuh, memusnahkan dan menghapuskan apa sesuka hati,'' katanya kepada stesen televisyen, Al-Arabiya
Serangan dekat Syria untuk lindungi Israel
13 April 2003 -
Tindakan tentera penceroboh melancarkan serangan ke atas kedudukan pertahanan tentera Iraq berhampiran dengan sempadan Syria dipercayai dilakukan bagi melindungi Israel daripada sebarang ancaman serangan.
Anggota-anggota tentera pasukan khas dan pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) yang mendapat sokongan tentera Britain dan Australia dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas bandar Al-Qaim sejak beberapa hari lalu.
Para pegawai AS mendedahkan, serangan itu dilancarkan dengan tujuan menghalang sebarang cubaan Presiden Saddam Hussein dan para pegawai kanannya melarikan diri ke Syria setelah rejimnya ditumbangkan Rabu lepas.
AS, Britain `mereka-reka' bukti halal serangan - Blix
13 April 2003 -
Ketua pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hans Blix mendakwa, perang ke atas Iraq telah dirancang lebih awal sebelum bom pertama tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) digugurkan di Baghdad pada 20 Mac lalu.
Dalam satu kenyataan yang mengecam AS dan Britain, Blix juga menuduh pemimpin kedua-dua negara itu `mereka-reka' bukti mengenai program senjata pemusnah besar-besaran Iraq untuk menghalalkan tindakan ketenteraan ke atas negara itu.
``Terdapat bukti menunjukkan bahawa perang ke atas Iraq ini dirancang lebih awal. Kadangkala ia menimbulkan keraguan berhubung tindakan terhadap pemeriksaan senjata,'' katanya kepada sebuah akhbar harian Sepanyol, El Pais.
Seluruh Iraq semakin gawat
13 April 2003 -
Keadaan semakin gawat di seluruh Iraq sejak kejatuhan rejim Saddam Hussein apabila tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat (AS) tidak berupaya mencegah pelbagai insiden jenayah yang semakin menjadi-jadi di Baghdad, Mosul, Najaf dan bandar-bandar besar yang lain.
Persatuan Palang Merah, agensi-agensi bantuan dan rakyat Iraq merayu kepada AS supaya menunaikan kewajipannya menurut Konvensyen Geneva dan melindungi keselamatan penduduk awam.
Bagaimanapun seorang komander kanan AS berkata: ``Kami tidak pernah pada bila-bila masa pun menganggap kami akan memainkan peranan sebagai pasukan polis.''
CNN, BBC, NBC sembunyi kenyataan
12 April 2003 -
HOSPITAL di Baghdad kelam kabut dan bingit dengan jeritan dan tangisan mangsa perang yang diusung ke wad kecemasan. Ada yang sudah mati, tangan dan kaki terputus, manakala lantai hospital dibasahi darah.
Doktor sedaya upaya menyelamatkan mangsa tetapi kecederaan di kepala dan dada menyebabkan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan. Ini menunjukkan betapa hebat dan kejam peluru dan bom tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat.
Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy), Datuk Dr Jemilah Mahmood yang mengetuai rombongan membawa bekalan ubat-ubatan, tidak dapat menahan sebak ketika melihat jeritan mangsa perang terutama kanak-kanak.
Istana lambang keagungan Saddam musnah
12 April 2003 -
BEBERAPA istana yang menjadi lambang keagungan Presiden Saddam Hussein turut menjadi sasaran utama tentera penceroboh kerana dipercayai kompleks istana itu menjadi pusat penyimpanan senjata, dokumen rahsia dan kubu pertahanannya.
Sejak tamat Perang Teluk kira-kira 12 tahun lalu, Saddam dilaporkan mengarah dan meneruskan projek pembinaan istana untuk diisi koleksi asing dan antik terbaik - daripada paip emas sehinggalah kepada marmar terbaik Eropah dan juga lampu gantung kristal yang dipercayai diperoleh melalui kaedah penyeludupan.
Antara ciri penting istana itu ialah kemudahan kawalan keselamatan yang ketat bagi mempertahankan rejim berkenaan daripada orang-orangnya, taman yang luas dan memerlukan jumlah air yang banyak, juga air terjun canggih dan beberapa binaan air yang menggunakan pam serta infrastruktur lain.
12 wartawan terbunuh
12 April 2003 -
Namun, tindakan tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat bermula 20 Mac lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 wartawan terbunuh dan beberapa lagi cedera, sehingga Khamis lalu akibat serangan dan tersilap tembak, berbanding hanya empat yang terbunuh sepanjang Perang Teluk, 12 tahun lalu.
Kematian pertama, menyaksikan jurukamera Australia Broadcasting Corporation (ABC), Paul Moran, menjadi mangsa bom kereta di Bandar Khurmal dekat Utara Iraq, 22 Mac lalu. Pegawai Kurdish yang menjaga kawasan terbabit, menyalahkan kumpulan Ansar Al-Islam bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Pada hari yang sama, wartawan Independent Television News (ITN), Terry Lloyd, terbunuh selepas terperangkap ketika pertempuran menuju ke Basra, selatan Iraq pada 22 Mac lalu. Dua krewnya iaitu jurukamera Fred Nerac dari Perancis dan Hussein Osman dari Lubnan, masih hilang selepas kejadian.
Sifat kemanusiaan askar Iraq selamatkan nyawa Jessica
12 April 2003 -
Namun, Prebet Jessica Lynch, 19, tidak bernasib baik kerana ditawan tentera Iraq selepas konvoinya tersesat dalam satu pergerakan di selatan Iraq.
Dia terkurung sembilan hari sebagai tawanan perang. Setiap hari dia membayangkan dirinya dikasari dan nyawanya terancam tetapi dia bernasib baik kerana tentera Iraq tidak sezalim itu.
Lynch hanyalah seorang gadis muda yang tidak wajar berperang. Akhirnya, tentera Amerika dapat menyelamatkannya di sebuah hospital di Nasiriyah, dipercayai dengan bantuan orang Iraq sendiri.
Mayat busuk bergelimpangan
12 April 2003 -
Mayat mangsa peperangan yang sudah berbau dan berulat dalam kereta adalah antara pemandangan awal yang disaksikan sembilan anggota Pasukan Media Bersama Malaysia (JMTM) setiba mereka di ibu kota Iraq, pagi kelmarin.
Sekurang-kurangnya dua mayat masih dalam kereta awam ditinggalkan begitu saja tanpa dikebumikan. Lebih memilukan, salah satu mayat adalah wanita bertudung di tempat duduk pemandu sebuah kereta BMW.
Selain itu, deretan kereta kebal, trak dan kenderaan yang musnah terbakar serta bangunan yang dibom dan masih berasap sejak peperangan bermula 23 hari lalu turut menyambut mereka yang tiba bersama konvoi lebih 70 kenderaan mengandungi lebih 200 wakil media dari seluruh dunia.
Khazanah Iraq berusia beribu-ribu tahun dicuri
12 April 2003 -
Beratus-ratus penduduk membentuk pasukan kawalan bersenjata bagi menyekat kegiatan mencuri yang semakin berleluasa di ibu negara Iraq ini sejak tiga hari lalu, selepas tentera Amerika Syarikat menguasai kota yang didiami lima juta orang itu.
Pengawal sukarela terbabit yang bersenjatakan raifal AK-47 dilaporkan membelasah mereka yang ditangkap mencuri, selain mengadakan sekatan jalan bagi membendung keadaan huru-hara berikutan tiada tindakan diambil tentera penceroboh untuk menghentikannya.
Pencuri bukan saja memecah masuk pejabat kerajaan dan rumah mewah pegawai kerajaan Iraq yang sudah ditinggalkan, malah Muzium Arkeologi Baghdad turut menjadi sasaran apabila banyak khazanahnya berusia beribu-ribu tahun dicuri.
Menteri Luar Sweden sokong kejatuhan Saddam
11 April 2003 -
Menteri Luar Sweden, Anna Lindh semalam menyambut baik kejatuhan rejim Saddam Hussein tetapi menegaskan pemeriksaan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga mampu melakukan yang sama.
Lindh yang mengulangi pendirian Sweden bahawa peperangan tanpa mandat PBB menyalahi undang-undang antarabangsa akan menyebabkan keadaan tidak stabil di Timur Tengah.
“Sekarang ini memang mudah untuk merasa gembira kerana perang sudah berakhir dan Saddam sudah tiada, tetapi kemungkinan memakan masa beberapa tahun lagi sebelum kita dapat menilai apa yang telah berlaku di situ,” katanya.
Penduduk selatan Iraq enggan patuhi Amerika
11 April 2003 -
Hasrat Amerika Syarikat (AS) untuk melantik calon pilihan mereka menjadi pemimpin di Iraq bagi menggantikan kerajaan Presiden Saddam Hussein tidak semudah jangkaan kerana penduduk di beberapa bandaraya di selatan Iraq secara terang berkata, mereka tidak akan mematuhi dan mengalah kepada peraturan komander tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih pentadbiran.
Agensi berita Iran melaporkan, penduduk Iraq mahu negara itu diperintah rakyat tempatan dan tidak akan mematuhi arahan pemerintah luar yang dilantik terutama jika calon itu pegawai tentera AS seperti Jeneral (B) Jay Garner.
Mayat reput terbiar di tepi jalan raya
11 April 2003 -
Mayat dan kereta terbakar bersepah di jalanan bandar al-Dora yang bersebelahan Baghdad, lapor seorang jurukamera AFP.
Mayat makin reput itu termasuk mayat kanak-kanak dibiarkan di jalan antara al-Dora dengan lapangan terbang, yang dikawal askar Amerika.
Menurut jurukamera itu, mayat itu ditanam di sepanjang jalan oleh sukarelawan.
Tentera Amerika di tempat kejadian mendakwa pejuang Fedayeen Saddam menyerang konvoi askar sekutu yang membalas serangan sehingga menyebabkan kematian orang awam.
700 mayat askar AS dalam kontena dingin
11 April 2003 -
Seorang jururawat hospital besar Kuwait mendakwa menyaksikan 700 mayat askar Amerika Syarikat dan Britain yang dibungkus dalam plastik dan diletakkan dalam kontena dingin beku bergerak.
Wanita itu yang menulis surat kepada perkhidmatan berita Jihad Unspun berkata, keadaan hospital itu menjadi tidak menentu sejak lima hari lalu yang menyaksikan satu kawasan khas ditutup dan diletakkan dengan kontena berkenaan.
Jihad Unspun mendakwa laporan kehadiran mayat tentera Amerika dan Britain itu turut dilaporkan di London dan Pakistan, menyebabkan ia mempercayai kenyataan jururawat dalam surat diterima semalam.
INC bantah CIA hina Chalabi
11 April 2003 -
Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan berbalah dengan Pentagon berhubung perlantikan pemimpin yang bakal mengetuai pentadbiran baru Iraq apabila CIA mengeluarkan laporan mendakwa pemimpin pilihan Pentagon, Ahmad Chalabi, tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan kerana dia tidak disukai kebanyakan penduduk negara itu.
United Press International (UPI) melaporkan, dalam laporan sulit yang diedarkan secara meluas di kalangan pegawai Amerika Syarikat (AS), CIA berpendapat Chalabi dan pemimpin Majlis Revolusi Islam berpangkalan di Tehran, Mohammed Baqr al-Hakim, hanya mempunyai segelintir kecil penyokong di kalangan penduduk Iraq.
Bagaimanapun, pengkritik mempersoalkan motif laporan CIA itu.
Menteri Luar Iran dakwa AS lakukan kesilapan strategik
11 April 2003 -
Amerika Syarikat melakukan kesilapan strategik dengan meletakkan pentadbiran yang diketuainya sendiri di Iraq, kata Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi.
“Sekalipun pentadbiran itu hanya singkat, keputusan ini akan dilihat sebagai memalukan Iraq,” kata akhbar Perancis, Le Monde, yang memetik Kharrazi sebagai berkata dalam satu wawancara yang disiarkan semalam.
“Pemindahan kuasa dan pembentukan kerajaan baru sementara mestilah dilakukan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang dilihat di Afghanistan,” katanya lagi.
Masih banyak kawasan belum dikuasai
11 April 2003 -
Amerika Syarikat menerima padah tersendiri selepas melancarkan serangan ke atas Iraq apabila gerakan menambah anggota baru tentera darat dan Marin di seluruh negara itu mendapat sambutan dingin di kalangan rakyatnya.
Stesen televisyen ABCNews melaporkan, sejurus selepas serangan ke atas Iraq dilancarkan pada 20 Mac lalu, tentera darat dan Marin menayangkan iklan terbaru yang memaparkan nilai patriotik, kerja berpasukan dan tanggung jawab untuk menarik perhatian golongan muda Amerika.
Bagaimanapun, anggota tentera yang terbabit dalam kempen itu mengakui serangan itu tidak menaikkan semangat atau minat di kalangan generasi muda menyertai pasukan itu.
Kempen media Bush, Blair
11 April 2003 -
Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, melancarkan kempen media besar-besaran dengan memberitahu penduduk Iraq bahawa negara mereka akan bebas tidak lama lagi.
Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata askar Amerika dan Britain adalah rakan dan ‘pembebas’ bukan penakluk.
Mereka membuat kenyataan itu secara serentak ketika berunding Ireland Utara dan ia akan disiarkan kemudian di Iraq oleh tentera Amerika.
Menteri Luar Iran dakwa AS lakukan kesilapan strategik
11 April 2003 -
Amerika Syarikat melakukan kesilapan strategik dengan meletakkan pentadbiran yang diketuainya sendiri di Iraq, kata Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi.
“Sekalipun pentadbiran itu hanya singkat, keputusan ini akan dilihat sebagai memalukan Iraq,” kata akhbar Perancis, Le Monde, yang memetik Kharrazi sebagai berkata dalam satu wawancara yang disiarkan semalam.
“Pemindahan kuasa dan pembentukan kerajaan baru sementara mestilah dilakukan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang dilihat di Afghanistan,” katanya lagi.
Bush, Blair terkeluar dari ajaran Kristian
11 April 2003 -
Pemimpin gereja di tempat suci penganut Kristian menganggap Presiden George W Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair sudah terkeluar dari ajaran Kristian kerana melakukan jenayah perang di Iraq.
Oleh itu, mereka berpendapat, perbuatan Bush dan Blair itu bermakna mereka tidak boleh memasuki gereja paling suci di sini iaitu Gereja Nativity.
Agensi berita Qatar melaporkan, paderi Panatirus berkata, tiada sesiapa antara Bush, Blair, Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld dan Setiausaha Pertahanan Britain, Jack Straw dibenarkan menjejakkan kaki ke gereja berkenaan kerana tindakan ganas mereka terhadap Iraq.
Ketiadaan Pengawal Republikan risaukan tentera penceroboh
11 April 2003 -
Pemimpin tentera Amerika Syarikat kini tertanya-tanya apakah Pengawal Republikan Iraq benar-benar lenyap atau sedang berkumpul semula untuk bertempur lagi ketika tentera mereka memasuki Baghdad dengan mudah.
Kebimbangan awal mengenai operasi menawan Baghdad bakal menyaksikan pertempuran dari rumah ke rumah serta peperangan kimia meleset apabila tentera AS dengan mudah menawan ibu negara Iraq itu.
“Di manakah akar Iraq?” soal Korporal Marin, Nate Decavelle, sambil menguap kebosanan ketika memasuki bandar raya itu.
Dunia beri pandangan berbeza
11 April 2003 -
Dunia memberikan reaksi berbeza berhubung dakwaan rejim Presiden Saddam Hussein di Iraq sudah berakhir berikutan askar sekutu menawan ibu negara Baghdad tanpa tentangan sengit, semalam.
Ada negara yang merasa lega kerana Baghdad jatuh tanpa pertumpahan darah serius dengan perasaan itu bercampur aduk dengan rasa sangsi terhadap Amerika Syarikat di kalangan negara Eropah dan Asia.
Selain itu, negara Arab di Timur Tengah menyatakan rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu serta bimbang sama ada Presiden George W Bush bakal meneruskan tindakan ketenteraan terhadap negara lain dengan dakwaan ia memiliki senjata pemusnah yang banyak.
Penduduk lari harta orang kanan Saddam
11 April 2003 -
Rakyat Iraq yang ditemani askar Marin Amerika Syarikat dilaporkan menceroboh dan melarikan barangan daripada rumah pegawai kanan kerajaan Saddam Hussein, termasuk anak lelakinya, Uday yang terletak di Baghdad.
Kumpulan penduduk itu turut memecah masuk dan melakukan perbuatan sama di kedutaan Jerman dan Pusat Kebudayaan Perancis, lapor jurugambar agensi berita AFP yang menyaksikan kejadian itu.
Di kawasan Jadria dan Hay Babel di tebing Sungai Tigris yang menempatkan barisan villa mewah Timbalan Perdana Menteri Tareq Aziz; anak perempuan Saddam Hala, adik tiri presiden Iraq itu Watban dan jeneral tentera, turut menjadi sasaran penduduk itu.
Haram bantu gabenor Amerika: Mufti
11 April 2003 -
Umat Islam diharamkan menerima atau berurusan dalam apa juga bentuk dengan sebarang gabenor asing yang ditubuhkan oleh tentera Anglo-Amerika yang menakluk Iraq selepas perang tamat, kata Mufti Mesir, Ahmad Al-Tayyib, semalam.
“Serangan Amerika, Britain dan sekutunya terhadap Iraq adalah batal dan tidak sah. Oleh itu ia adalah satu penaklukan terhadap sebuah negara merdeka dan berdaulat.
“Ia jelas bercanggah dengan undang-undang antarabangsa kerana mengakibatkan beratus-ratus orang terbunuh dan beribu kanak-kanak serta wanita cedera,” katanya kepada agensi berita Qatar.
Syria didakwa bantu pegawai Iraq lari
11 April 2003 -
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat melemparkan tuduhan terbaru ke atas Syria yang didakwanya bersubahat membantu pegawai kanan Iraq lari ke Damsyik, selain terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Baghdad.
Donald Rumsfeld sebelum ini menuduh Syria, negara jiran Iraq, membantu Saddam Hussein dengan bantuan kelengkapan tentera, termasuk teropong penglihatan waktu malam.
“Ada pegawai kanan kerajaan Saddam keluar dari Iraq ke Syria. Malah, Syria masih terus menghulurkan bantuan ketenteraannya ke Iraq. Bagi kami, ini perbuatan yang tidak membantu langsung.
Askar Amerika geledah masjid
11 April 2003 -
Askar Amerika Syarikat (AS) menggeledah sebuah masjid di Baghdad yang dipercayai tempat Presiden Saddam Hussein mengadakan mesyuarat dengan pemimpin kanannya, selepas pertempuran meletus dengan penyokong pemimpin itu, semalam.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan Saddam bersembunyi di masjid itu. Pertempuran berlangsung lebih empat jam menyaksikan seorang askar AS maut dan lebih 20 lagi cedera.
“Apabila anggota Marin tiba dekat masjid itu, mereka menunggu selama sejam sebelum cuba masuk dan menghadapi tembakan bertalu-talu dan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan diserang pelancar roket,” lapor agensi berita Agence France Presse (AFP).
Wartawan Al-Jazeera diusir buat liputan
11 April 2003 -
Rakyat Iraq yang bermastautin di AS bertindak membantah kehadiran para wartawan stesen penyiaran berita Al-Jazeera ketika mereka membuat perarakan bagi meraikan kejatuhan Baghdad ke tangan tentera penceroboh semalam.
Mereka mendakwa stesen penyiaran berita Arab itu memperlihatkan sokongannya terhadap kerajaan rejim Presiden Saddam di dalam setiap liputan yang disiarkan sejak Baghdad diserang oleh tentera penceroboh pada 20 Mac lepas
Penduduk ragui kemampuan pemimpin pilihan Britain
11 April 2003 -
Hasrat Britain untuk meletakkan ketua puak sebagai pemimpin sementara mentadbir Basra menerima pelbagai reaksi di sini dengan kebanyakan penduduk meragui kemampuan tokoh terbabit untuk menyatukan bandar kedua terbesar di Iraq itu.
Sungguhpun ketibaan tentera Britain yang menguasai bandar dengan 1.5 juta penduduk itu dialu-alukan, tetapi sesetengah anggota masyarakatnya percaya langkah tentera penceroboh meletakkan pemimpin puak di bandar itu mengundang masalah pada masa depan.
``Pemimpin-pemimpin puak itu pernah membantu Presiden Saddam Hussein dan diberikan wang beribu dolar sebelum peperangan dan kini mereka berkhidmat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
AS gagal tingkatkan tahap kawalan keselamatan
11 April 2003 -
Seorang pemimpin pembangkang Iraq menuduh Amerika Syarikat (AS) gagal untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dan mengurangkan krisis kemanusiaan di negara yang musnah akibat perang itu.
Ahmad Chalabi, pemimpin Kongres Kebangsaan Iraq (INC) menuntut penjelasan mengapa Jay Garner, seorang jeneral bersara AS yang telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai pentadbiran sementara di Iraq tidak melaksanakan tanggungjawab untuk memulihkan keselamatan, bekalan air dan elektrik di negara itu.
``Di mana Jeneral Garner sekarang,'' kata Ahmad dalam temuramah dengan CNN dari pangkalannya di Nasiriyah, selatan Iraq.
Turki gesa PBB diberi peranan utama bangunkan semula Iraq
11 April 2003 -
Kerajaan Turki hari ini menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diberikan peranan utama membangunkan semula Iraq selepas perang bagi memastikan hasil sumber-sumber aslinya dapat dimanfaatkan oleh penduduk negara itu.
``PBB perlu memainkan peranan proaktif bagi memastikan proses demokrasi dan pembangunan semula Iraq dapat dilaksanakan serta menjamin kedaulatan wilayah negara itu dan menjaga sumber-sumber aslinya untuk rakyatnya,'' kata Perdana Menterinya, Recep Tayyip Erdogan.
Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ankara dari Belgrade setelah menghadiri satu sidang kemuncak yang disertai oleh para pemimpin negara Balkan
Kedutaan Iraq di Jepun masih teruskan aktiviti
11 April 2003 -
Kedutaan Iraq di Jepun meneruskan aktiviti seperti biasa malah kerajaan Jepun terus mengiktiraf kuasa usaha Iraq walaupun rejim Presiden Saddam Hussein telah tumbang, menurut pegawai kedutaan dan kerajaan hari ini.
Kuasa usaha sementara Kedutaan Iraq, Qasim Abdulbaqi Shakir Al Rammah mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Luar selama satu jam, tetapi pihak kedutaan atau kerajaan enggan mendedahkan apa yang dibincangkan.
Qasim memberitahu agensi berita Jiji ketika dalam perjalanan untuk mesyuarat itu, beliau tidak dapat menghubungi kerajaan Iraq sejak Baghdad jatuh kepada tentera penceroboh.
Duta akui kerajaan Saddam digulingkan
11 April 2003 -
Duta Iraq ke PBB, Mohammed Al-Douri mengisytiharkan bahawa kerajaan Presiden Saddam Hussein telah digulingkan oleh tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dengan menganggap `semuanya sudah berakhir.'
Justeru, pengakuan itu menjadikan beliau adalah pegawai rasmi Saddam yang pertama mengakui kekalahan Iraq kepada tentera penceroboh tersebut.
Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan `permainan telah tamat' itu semalam, beliau berkata: ``Perang.''
Firma Britain desak kerajaan bantu dapat kontrak di Iraq
11 April 2003 -
Syarikat-syarikat Britain mendesak kerajaan supaya membantu mereka mendapatkan kontrak utama pembinaan semula Iraq.
Berikutan kejatuhan rejim Iraq di tengah Baghdad, Biro Pakar Perunding dan Pembinaan Britain (BCCB) yang mewakili 300 firma utama bertemu para pegawai Whitehall mengenai kebimbangan mereka itu.
Perdana Menteri Tony Blair telah menafikan dakwaan bahawa syarikat Amerika Syarikat (AS) akan mengaut keuntungan daripada perang itu dengan mendapat kerja-kerja pembinaan yang bernilai tinggi itu.
Nasib Saddam masih misteri
11 April 2003 -
Kehilangan para pemimpin dan pegawai atasan Iraq secara tiba-tiba semalam, menimbulkan misteri dan membingungkan pasukan pengintip tentera Amerika Syarikat (AS) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang ditugaskan untuk memantau pergerakan mereka.
Hampir kesemua pemimpin ini dapat menghilangkan diri setelah kerajaan rejim Saddam Hussein tumbang dan Baghdad dikuasai oleh tentera penceroboh yang diketuai oleh AS semalam.
Pasukan CIA dan pasukan operasi khas tentera yang memburu pucuk pimpinan Iraq mendapati bahawa para pemimpin Parti Baath, para pemimpin Pengawal Republik, tentera dan pegawai tinggi kerajaan tidak berada di pejabat masing-masing semalam, menurut laporan Washington Post hari ini
Dunia Arab terkejut, malu lihat rejim Saddam tumbang
11 April 2003 -
Dunia Arab terkejut apabila melihat Baghdad tumbang begitu mudah dan penduduk Iraq meraikan kejatuhan rejim itu dengan meruntuhkan patung Presiden Saddam Hussein.
Gelagat penduduk Iraq mengalu-alukan kedatangan tentera penceroboh yang disiarkan secara langsung di kebanyakan negara semalam, menimbulkan rasa malu dan bingung di dunia Arab malahan ada yang rasa cemburu.
Penduduk Palestin yang menonton siaran stesen satelit Al-Jazeera dan Abu Dhabi terperanjat menyaksikan patung Saddam diruntuhkan di pusat bandar Baghdad selepas tumbangnya rejim Saddam.
Mullah Omar minta umat Islam tentang kuasa asing
8 April 2003 -
Pemimpin kanan Taliban, Mullah Mohammad Omar yang masih gagal dikesan Amerika Syarikat, mengeluarkan kenyataan terbaru meminta semua umat Islam Afghanistan terus bangkit menentang kuasa asing dan berikrar serangan gerila ke atas tentera asing itu akan bertambah selepas ini.
Sebuah perkhidmatan media Pakistan, melaporkan, Omar dalam pita rakaman yang diedarkan dekat Kandahar itu turut mengesahkan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup dan berkeadaan sihat.
“Beliau kini memimpin pertubuhan itu dari satu tempat rahsia yang tidak boleh dikesan askar Amerika dan kerajaan boneka Afghanistan.
Tiga istana Saddam ditawan
8 April 2003 -
Tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan kilat ke tengah-tengah Baghdad hari ini dan menawan tiga istana termasuk istana utama Presiden Saddam Hussein di tebing Sungai Tigris.
Sebagai simbol kejayaan mereka, tentera AS memacakkan bendera negara kuasa besar itu di ketiga-tiga istana tersebut dan menurunkan semua gambar serta patung Saddam yang menghiasi istana berkenaan.
Pegawai AS berkata, serangan hari ini bukan serangan habis-habisan untuk menawan Baghdad tetapi untuk menunjukkan kepada rejim Saddam bahawa tentera AS boleh memasuki ibu kota dengan sesuka hati pada bila-bila masa.
5 juta penduduk Baghdad hadapi krisis kesihatan
8 April 2003 -
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran kira-kira lima juta penduduk Baghdad bakal menghadapi krisis kesihatan kerana semua hospital di sini dipenuhi mangsa yang cedera akibat perang.
Jurucakap WHO, Fadela Chaib berkata, agensi itu menjangkakan krisis kesihatan di ibu kota Iraq itu semakin buruk dalam waktu terdekat.
Menurutnya, serangan bom yang bertalu-talu oleh tentera penceroboh menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kemalangan jiwa di kalangan penduduk awam.
Demonstrasi terus meletus seluruh dunia
8 April 2003 -
Ketika tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menawan kota Baghdad hari ini, demonstrasi membantah peperangan terus meletus di kebanyakan negara di seluruh dunia.
Di London, enam wanita sanggup berbogel dalam satu protes sebagai menyatakan kemarahan mereka dengan perang di Iraq.
Enam wanita itu berbogel dalam satu tunjuk perasaan di Northwood, kira-kira 170 kilometer ke utara London yang turut disertai oleh lebih 200 orang yang lain.
Operasi tentera AS merupakan `pertunjukan kekuatan'
8 April 2003 -
Operasi tentera Amerika Syarikat (AS) yang berjalan sekarang di Baghdad merupakan `pertunjukan kekuatan' untuk menyampaikan mesej jelas kepada rejim Iraq tetapi tidak semestinya menjadi `pertempuran untuk menguasai Baghdad' seperti yang dijangkakan, menurut Pentagon hari ini.
``Operasi ini untuk menunjukkan kekuatan dan dirancang untuk memperlihatkan keazaman AS dan kehadiran askar AS dengan lebih jelas,'' kata seorang jurucakap Pentagon kepada pemberita.
Ramai rakyat Britain tidak sokong AS tadbir Iraq
8 April 2003 -
Rancangan Washington untuk menjalankan pentadbiran selepas perang tamat di Iraq hampir tidak mendapat sokongan daripada orang awam Britain, menurut satu kaji selidik yang disiarkan hari ini.
Majoriti responden menyokong pendirian Perdana Menteri Britain, Tony Blair bahawa pentadbiran mesti dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh peralihan sebelum rakyat Iraq mentadbir sendiri negara mereka.
Pendirian Blair itu tidak menyokong sama sekali Iraq ditadbir oleh Amerika Syarikat (AS).
Peristiwa di Baghdad hampir sama Beirut ditakluk Israel
8 April 2003 -
Peristiwa yang berlaku di Baghdad sekarang mengimbau insiden penaklukan Beirut, Lebanon oleh Israel 21 tahun lalu, menurut stesen televisyen satelit Al-Jazeera.
``Keadaannya hampir sama,'' kata Elias Atallah ketika ditemu bual oleh stesen berbahasa Arab itu.
Pada tahun 1982, Elias bertanggungjawab dengan sebuah kumpulan yang mempertahankan Beirut daripada penaklukan Israel.
Pada tahun itu, Israel menakluki Lebanon untuk menghapuskan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan melakukan serangan udara bertubi-tubi, disusuli pula tembakan kereta kebal dan bedilan dari arah laut.
400 separa tentera didakwa dibunuh
8 April 2003 -
Tentera Amerika Syarikat mendakwa membunuh kira-kira 400 askar separa tentera dalam pertempuran selama dua hari di bandar Karbala, kata jurucakap pasukan Divisyen Operasi Udara Ke-101, Mejar Hugh Cate kepada AFP semalam.
Cate berkata, Briged Divisyen Kedua menawan bandar suci Syiah semalam selepas menewaskan kira-kira 500 askar yang setia kepada Presiden Saddam Hussein.
``Pasukan itu menyerang bagi mengalahkan pasukan separa tentera dan menawan bandar itu.
``Dan mereka berjaya melakukannya
AS perlu berada di Iraq dua tahun
8 April 2003 -
Pemimpin pembangkang di Iraq membayangkan tentera penceroboh, Amerika Syarikat (AS) perlu terus berada di negara Teluk itu sekurang-kurangnya selama dua tahun selepas menggulingkan Presiden Saddam Hussein.
Pemimpin utama Kongres Kebangsaan Iraq (INC), Ahmad Chalabi ketika diwawancara oleh stesen televisyen, CBS melalui program 60 Minutes berkata, tentera penceroboh perlu kekal di negaranya sehingga pilihan raya diadakan dan kerajaan demokrasi mula memerintah.
``Saya belum bersedia untuk memberi satu tempoh tetapi kami jangka perlembagaan dapat dirangka dalam tempoh dua tahun,'' ujarnya dalam rakaman Khamis lalu di sebuah kawasan yang dikawal oleh puak Kurdis di timur laut Iraq.
Iraq masih kuasai penuh dua kementerian
8 April 2003 -
Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar di Baghdad masih dikuasai sepenuhnya oleh rejim Iraq yang menempatkan askar-askar Pengawal Republik bersenjata lengkap dalam kedudukan bersiap sedia untuk bertempur di serata kawasan berkenaan.
Kementerian Luar hanya terletak beberapa ratus meter dari salah satu pintu pagar utama Istana Presiden yang menurut tentera Amerika Syarikat (AS) telah diduduki oleh mereka.
Wartawan Reuters, Khaled Yacoub Oweis berkata, unit-unit Pengawal Republik yang masing-masing membawa enam bom tangan pelancar roket bertaburan di seluruh kawasan pentadbiran yang meliputi kedua-dua kementerian.
Pos-pos pemeriksaan diwujud di pintu masuk ke Baghdad
8 April 2003 -
Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, pos-pos pemeriksaan telah diwujudkan di semua pintu masuk ke Baghdad bagi menghalang pergerakan tentera Iraq, tetapi orang awam masih dibenarkan untuk keluar dan memasuki ibu kota itu dengan bebas.
``Saya ingin memberitahu apa yang kami laksanakan di Baghdad ketika mengepung ibu kota itu ialah kami mempunyai pos-pos pemeriksaan di semua pintu masuk utama dan keluar bandar raya tersebut,'' kata jurucakap Pusat Pemerintah AS, Mejar Rumi Nielson-Green kepada berita televisyen, Fox News.
Tiga amaran bom beberapa jam sebelum ketibaan Bush, Blair
8 April 2003 -
Tiga amaran bom dilaporkan di sini beberapa jam sebelum ketibaan ketua negara penceroboh, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair bagi membincangkan isu Iraq.
Amaran pertama membabitkan lapangan terbang antarabangsa Belfast, iaitu lokasi pesawat Bush tiba pada pukul 6 petang (1 pagi waktu Malaysia) dan pesawatnya berlepas selepas pemeriksaan dijalankan.
Dua amaran lagi adalah di Lapangan Terbang Bandar bagi penerbangan domestik dan di laluan utama antara lapangan terbang antarabangsa dengan bandar yang kini dikawal oleh polis.
Pengeboman konvoi diplomat Rusia ancam hubungan
8 April 2003 -
Insiden pengeboman konvoi diplomat Rusia di Baghdad semalam yang masih belum jelas tetapi dilaporkan membimbangkan dan boleh mengancam hubungan antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS).
Setiausaha Negara AS Colin Powell yang cuba menenangkan Rusia, menyatakan rakan sejawatnya, Igor Ivanov bahawa siasatan sedang dijalankan.
Penasihat Keselamatan Negara AS, Condoleezza Rice pula kini berada di Moscow untuk memperbaiki hubungan tegang dengan Rusia.
30 askar AS terbunuh dalam serangan Pengawal Republikan
8 April 2003 -
Seramai 30 askar Amerika Syarikat maut dan 50 cedera dalam pertempuran dengan tiga batalion Pengawal Republikan di lapangan terbang antarabangsa Saddam, semalam.
Sekurang-kurangnya empat kereta kebal, empat kereta perisai dan sebuah helikopter tentera penceroboh itu musnah, lapor agensi perisikan tentera Russia, GRU lewat malam tadi.
Tentera Iraq pula kehilangan 20 kereta kebal, 10 kereta perisai dan kira-kira 200 anggotanya terbunuh dan 300 lagi cedera.
Tentera Amerika juga terus mendapat tentangan hebat Pengawal Republikan Iraq di sekitar Baghdad hingga askar penceroboh gagal merempuh pertahanan askar elit Iraq itu di Sungai Diyala.
Pesawat AS bom rakan, cebisan daging bertaburan
7 April 2003 -
Wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC), John Simpson menyaksikan mayat bergelimpangan serta cebisan daging manusia bertaburan, setelah sebuah pesawat perang Amerika Syarikat (AS) mengebom konvoi yang membawa pasukan khas AS dan militia Kurdis.
``Bom yang digugurkan oleh sebuah pesawat perang AS itu jatuh kira-kira empat meter sahaja dari tempat saya berdiri,'' kata Simpson, Pengarang Hal Ehwal Dunia BBC yang menyertai konvoi askar-askar AS berkenaan.
Sumber-sumber hospital Kurdis menyatakan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh iaitu 18 militia Kurdis dan empat askar AS.
Tentera penceroboh diberi tentangan hebat
7 April 2003 -
Tentera Penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat (AS) hari ini berhadapan dengan tentangan hebat daripada anggota-anggota separa tentera Iraq di Karbala.
Divisyen Payung Terjun ke-101 AS melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar suci penduduk Syiah itu ketika pejuang-pejuang Iraq mengambil kedudukan di atas bumbung di jalan raya yang sempit untuk menyerang balas tentera penceroboh dengan pelancar roket dan rifel.
Helikopter Blackhawk, Chinook dan Apache berulang-alik menghantar tentera-tentera penceroboh di luar bandar Karbala.
Saddam seru rakyat Iraq pertahan kota Baghdad
7 April 2003 -
Presiden Saddam Hussein muncul di kaca televisyen sekali lagi lewat semalam selepas menyeru rakyat Iraq supaya mempertahankan Baghdad dengan menyerang tentera penceroboh di seluruh negara.
Saddam tampil di televisyen ketika tentera Amerika Syarikat (AS) memasuki ibu kota untuk kali pertama dan berundur semula selepas pertempuran sengit dengan askar Iraq.
Televisyen kerajaan menunjukkan Saddam mempengerusikan mesyuarat dengan para penasihat tertinggi politik dan tentera termasuk dua anak lelaki beliau, Uday dan Qusay.
Bantahan dunia terhadap perang terus memuncak
7 April 2003 -
Kebangkitan masyarakat di seluruh dunia menentang perang di Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) masih memuncak walaupun ramai yang berpendapat konflik di negara Teluk itu kini semakin menuju penamatnya setelah melewati minggu ketiga.
Suara penunjuk perasaan masih jelas dan lantang kedengaran di AS, Britain dan Indonesia manakala demonstrasi besar-besaran juga tetap berlaku di Sepanyol, Denmark dan Croatia.
Di Oakland, California misalnya, tunjuk perasaan besar-besaran berterusan untuk minggu ketiga dengan beribu-ribu aktivis antiperang berarak sambil melaung-laungkan slogan anti-Presiden AS, George W. Bush.
Imam dilucut taraf warganegara kerana sokongan kepada Saddam
7 April 2003 -
Britain melucutkan taraf kewarganegaraan imam Abu Hamza Al-Masri kerana menyokong serangan 11 September 2001 dan diharamkan berceramah di sebuah masjid di sini, kata Setiausaha Dalam Negeri, David Blunkett, semalam.
Blunkett berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Abu Hamza yang mendapat status kewarganegaraan setelah berkahwin dengan wanita Britain.
Abu Hamza merupakan orang pertama menjadi sasaran di bawah langkah-langkah baru yang tujuannya menghantar pulang pendatang yang ungkapan atau tindakan mereka menimbulkan masalah besar kepada kepentingan Britain.
Aktivis keamanan AS cedera parah ditembak askar Israel
7 April 2003 -
Seorang aktivis keamanan rakyat Amerika Syarikat (AS) yang bertindak sebagai perisai manusia di Tebing Barat, cedera parah semalam apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya.
Brian Avery, 24, dari Albuquerque, New Mexico, mendengar bunyi tembakan dan bergegas keluar dari pangsapuri yang didiaminya di Jenin untuk menyiasat dan ketika itu, sebuah kereta perisai berada berhampiran beliau, kata Tobias Karlsson, rakan sekumpulan dari Sweden.
Kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan menyokong rakyat Palestin-Pergerakan Bersatu Antarabangsa.
Monopoli minyak akan ditamatkan
7 April 2003 -
Pihak pembangkang Iraq merancang untuk menamatkan monopoli negara itu ke atas minyak dengan membuka peluang kepada syarikat antarabangsa untuk memainkan peranan utama dalam industri tersebut selepas kejatuhan Saddam Hussein, kata pemimpin pembangkang yang kini berada dalam buangan.
``Kami akan memecahkan monopoli minyak,'' kata Dara Attar, konsultan minyak Iraq yang berketurunan Kurdis kepada AFP, dua hari selepas mesyuarat tersebut yang diadakan di London.
``Kerajaan itu nanti akan menjadi sebuah negara persekutuan, oleh itu sistem ekonomi akan berbeza.
Larangan perjalanan dikuatkuasakan di Baghdad
7 April 2003 -
Stesen televisyen Iraq berkata, pihak berkuasa negara itu menguatkuasakan larangan perjalanan di Baghdad dari pukul 6 petang hingga 6 pagi mulai malam ini berikutan tentera penceroboh semakin menghampiri ibu negara Iraq itu.
``Telah ditetapkan bahawa akan diadakan larangan pergerakan kenderaan dan orang awam dari dan ke Baghdad antara 6 petang hingga 6 pagi sehingga diberitahu kelak,'' kata seorang juruhebah stesen televisyen berkenaan.
Sebaik sebelum pengumuman dibuat, koresponden Reuters di tengah Baghdad mendengar bunyi artileri sengit dari kawasan luar bahagian barat bandar itu.
Tentera AS kuasai kedudukan di barat, utara dan selatan
7 April 2003 -
Askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang dibantu pesawat-pesawat perang menguasai hampir semua kedudukan dalam usaha mereka mengepung ibu kota Baghdad kecuali sebelah timur, yang dijangka dikuasai pasukan marin tidak lama lagi.
Sehingga lewat malam ini, askar-askar AS dilaporkan menguasai kedudukan di sebelah barat, utara dan selatan Baghdad.
Jurucakap tentera darat AS, Mejar Ross Coffman berkata, askar-askar dari Divisyen Infantri Ketiga kini mengambil kedudukan di bahagian barat Baghdad dan menunggu pasukan marin AS menguasai kedudukan di sebelah timur.
PBB perlu ketuai pembinaan semula Iraq selepas pentadbiran sementara
7 April 2003 -
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengetuai pembinaan semula Iraq apabila pentadbiran sementara tentera selesai menjalankan tugas selepas perang di negara itu, kata Menteri Kabinet Britain, Peter Hain hari ini.
``Paling penting PBB perlu mengetuai pembangunan semula Iraq selepas pentadbiran sementara dan perkara ini penting kepada Britain dan Kesatuan Eropah (EU),'' kata Hain kepada The Sunday Telegraph.
Ujar beliau, langkah itu akan membuka ruang kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Iraq yang besar daripada EU.
Tentera wanita AS pertama terbunuh
7 April 2003 -
Lori Ann Piestewa, 23, adalah tentera wanita Amerika Syarikat (AS) yang pertama terbunuh dalam operasi pencerobohan ke atas Iraq, kata Pentagon, semalam.
Beliau yang berketurunan suku Hopi Indian, berkhidmat dengan Kompeni Penyelenggaraan ke-507 yang berpangkalan di Fort Bliss, Texas.
Piestewa adalah salah seorang daripada anggota konvoi yang diserang hendap oleh tentera Iraq pada 23 Mac lalu berdekatan bandar Nasiriyah.
Terlalu awal untuk isytihar kemenangan - Howard
7 April 2003 -
Perdana Menteri Australia, John Howard hari ini mengakui terlalu awal untuk tentera penceroboh mengisytiharkan kemenangan di Iraq walaupun tentera di negara itu dilihat tidak mampu memberi tentangan kepada mereka, yang kini berada di Baghdad.
Sambil bersetuju dengan kenyataan Amerika Syarikat (AS) bahawa adalah tidak relevan lagi sama ada Presiden Iraq, Saddam Hussein itu hidup atau mati, Howard berkata, kejayaan dalam perang tidak hanya bergantung kepada membawa pemimpin diktator Iraq itu ke muka pengadilan.
Sedia pertahan Baghdad
7 April 2003 -
Penduduk Iraq di ibu kota Baghdad, membabitkan semua peringkat umur memulakan persediaan perang selepas tentera Amerika Syarikat masuk ke bandar itu kelmarin.
Askar Iraq disertai militia Fedayeen, anggota Parti Baath, belia dan remaja mengambil kedudukan masing-masing di seluruh kota itu, lapor stesen televisyen Britain, Sky News.
Ibu Pejabat Tentera Amerika di Qatar mendakwa, tenteranya masuk ke tengah Baghdad buat kali pertama kelmarin. Tetapi, askar itu segera keluar menuju lapangan terbang, lapor Sky News
Mangsa anggap Blair, Bush manusia kejam
7 April 2003 -
Rakyat Iraq mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat dan Britain yang kononnya mahu memberi bantuan kemanusiaan dan menzahirkan rasa simpati sedangkan orang awam terus menjadi mangsa serangan mereka.
Mereka mempersoalkan apakah Presiden Amerika George W Bush dan Perdana Menteri Tony Blair, mempunyai sifat perikemanusiaan berikutan tindakannya mengarahkan tentera menyerang Iraq, menyaksikan orang awam yang menjadi mangsa.
Seorang lelaki tua yang menangis di depan keranda anak perempuannya, menyuarakan kebenciannya terhadap tentera Amerika dan Britain. Isterinya dan seorang lagi anak perempuan duduk di tempat kotor di luar rumah mayat dalam keadaan terkejut dan sedih yang amat sangat.
Amerika dinasihat bekerjasama dengan PBB
7 April 2003 -
Amerika tidak boleh mengambil tanggungjawab secara bersendirian untuk membangunkan semula Iraq selepas perang, tetapi sepatutnya membabitkan negara sekutunya serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata dua senator Amerika, semalam.
Dua senator itu, yang menulis dalam Washington Post iaitu anggota Demokrat, Joseph Biden dan Republikan, Chuck Hagel, memberikan lima alasan kenapa perlunya pembabitan masyarakat antarabangsa dalam pembangunan semula Iraq selepas perang.
Mereka yang turut menganggotai Jawatankuasa Senat Perhubungan Antarabangsa, berkata pertimbangan pertama yang perlu diambil bagi pembangunan semula ekonomi Iraq dengan Amerika tidak boleh membiarkan bebanan ekonomi yang dianggarkan antara US$20 dan US$25 bilion untuk tempoh 10 tahun atas tanggunggan sendiri.
Bekas jeneral pro-Israel tadbir Iraq
7 April 2003 -
Amerika Syarikat merancang untuk menubuhkan peringkat pertama pentadbiran sivil menguruskan Iraq selepas perang di bandar pelabuhan Umm Qasr, selatan negara itu, seawal-awalnya esok.
Seorang pegawai Amerika yang enggan namanya disiarkan ketika ditemuramah Reuters berkata ahli Jabatan Pembangunan Semula dan Bantuan Kemanusiaan Pentagon (OHRA) dijadualkan memulakan operasi di pelabuhan itu seawal esok.
OHRA menjadi tumpuan kontroversi antarabangsa apabila Washington dikritik kerana melantik diri sendiri mengetuai usaha pembangunan semula Iraq dan bukannya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
112 bilion tong minyak belum diusik
7 April 2003 -
Pusat Kajian Tenaga Global (CGES) yang berpusat di London menganggarkan, Iraq masih mempunyai 11 peratus simpanan minyak dunia dengan 112 bilion tong minyak masih tidak terusik di dalam buminya.
Ia masih mempunyai 2,000 telaga minyak yang mengepam kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari dari 15 kawasan utama di utara, selatan dan timur Iraq.
Kapasiti sebenar telaga minyak berkenaan dianggarkan lebih tinggi iaitu kira-kira 2.8 juta tong sehari.
Iraq mempunyai 12 kilang penapisan minyak dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 677,000 tong sehari, yang terbesar adalah Bassora terletak di selatan dan Baiji di utara yang masing-masing boleh mengeluarkan 170,000 dan 150,000 tong sehari.
Tantawi restui perjuangan sukarelawan Islam di Iraq
7 April 2003 -
Ulama terkenal Mesir yang mengutuk pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya di Iraq serta menyifatkan ia sebagai tindakan pengganas, merestui pemergian sukarelawan Islam ke Iraq untuk membantu rakyat negara itu menghalau penjajah.
Sheikh Mohamed Sayyed Tantawi berkata, sesiapa saja yang menyerang orang lain, menumpahkan darah, merosakkan negara orang dan menjatuhkan maruah orang lain adalah pengganas.
Tantawi, bagaimanapun berkata pencerobohan terhadap Iraq bukan satu perang salib terhadap Islam kerana banyak negara dan pemimpin Kristian termasuk Pope John Paul II, menentang serangan itu.
Tantawi juga menjelaskan serangan berani mati dibenarkan mengikut undang-undang Islam bagi menentang pencerobohan.
Howard ramal perang makan masa
7 April 2003 -
Masih terlalu awal untuk mengatakan perang sampai ke penghujungnya walaupun askar Amerika dan sekutunya sudah sampai ke Baghdad, kata Perdana Menteri Australia, John Howard.
“Kempen perang berjalan dengan baik dan rakyat Iraq tidak menunjukkan apa-apa tanda tentangan ketenteraan sistematik. Namun, berkemungkinan ia berlanjutan untuk sedikit masa lagi,” katanya kepada saluran televisyen Channel Seven.
Australia mempunyai 2,000 pasukan tentera di teluk yang bergabung dengan Amerika Syarikat dan Britain dan Howard baru-baru ini menghadapi soalan bertubi-tubi bertanyakan bilakah mereka akan pulang.
12 mati, pesawat AS bom tentera sendiri
7 April 2003 -
Sebuah pesawat Amerika mengebom pasukan komando Amerika dan penduduk awam Kurdis yang sedang berkonvoi di utara Iraq menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, kata seorang wartawan BBC yang menyaksi kejadian itu.
Wartawan berkenaan John Simpson, pengarang hal ehwal dunia BBC memberitahu televisyen:” Saya mengira 10 hingga 12 mayat tentera Amerika.”
“Ini satu pemandangan dari neraka di sini. Kenderaan terbakar dan mayat bergelimpangan di sana sini,” tambahnya.
“Mereka menembak orang mereka sendiri. Mereka juga membunuh ramai penduduk awam. Saya hanya dapat melihat mayat itu dan ini sangat memilukan,” kata Simpson kepada televisyen BBC.
Akhbar ingatkan Bush padah jika perang berlanjutan
7 April 2003 -
Rancangan membina semula Iraq kemungkinan memerlukan puluhan ribu pekerja separuh masa, tentera orang awam dalam Pengawal Kebangsaan dan pelbagai anggota simpanan ketenteraan.
Tentera simpanan biasanya berkhidmat ketika peperangan. Tetapi, pada dekad lalu, mereka berulang kali dipanggil untuk misi yang biasanya memerlukan perpindahan jangka panjang di luar negara.
Sistem berkenaan mempunyai manfaat, kedua-duanya adalah dari segi kecekapan kos dan mengekalkan kemasukan orang awam ketika berlaku krisis kebangsaan. Tetapi, pergantungan lebih terhadap tentera simpanan untuk perkhidmatan lebih masa, menjurus kepada meningkatnya masalah yang timbul.
Bekas pegawai cemuh pelan perang Amerika
7 April 2003 -
Pelan perang Amerika Syarikat di Iraq dicemuh lagi apabila dianggap tidak berkesan memandangkan kegagalan tentera penceroboh menawan lebih dari satu atau dua bandar di negara Teluk itu walaupun sudah masuk minggu ketiga serangan.
Selain itu, wujud anggapan bahawa mesej diplomatnya juga tidak boleh dipercayai.
Walaupun Setiausaha Negara Amerika, Colin Powell kerap kali menegaskan tenteranya berjaya mengawal Iraq, bekas pegawai Kongres, Joseph Cirincione tidak bersetuju dengan kenyataannya.
Pengawal Ali Kimia maut diserang askar AS
7 April 2003 -
Beberapa pengawal peribadi orang kanan Presiden Saddam Hussein, Ali Hassam al-Majid atau lebih dikenali sebagai “Ali Kimia” disahkan terbunuh dalam serangan pesawat tentera bersekutu tetapi nasib Ali masih tidak diketahui, kata pegawai Pusat Pemerintahan Tentera Amerika semalam.
Pegawai itu berkata mayat mereka yang dikenal pasti itu ditemui di bawah runtuhan rumah Ali Hassan yang musnah dalam serangan udara terbabit.
Pemimpin Iraq itu mendapat gelaran Ali Kimia kerana tindakannya mengarahkan serangan gas beracun yang membunuh beribu rakyat Kurdis pada 1988.
Tentera penceroboh terdedah strok haba
6 April 2003 -
SUDAH lebih dua minggu bumi Iraq menjadi sasaran tentera Amerika Syarikat dan sekutunya. Pertempuran sengit itu yang berpanjangan sekarang turut mengancam kesihatan dan nyawa tentera penceroboh di gurun yang kontang dan gersang itu.
Tentera Amerika dan Britain terdedah kepada ancaman dan komplikasi hipertermia iaitu keadaan apabila suhu badan seseorang menjadi terlalu tinggi sehingga melebihi 40 Celsius akibat cuaca panas terik dan kering, terutama di padang pasir.
Amerika guna media untuk halalkan peperangan
6 April 2003 -
Liputan akhbar berkaitan perang harus mengikut acuan dan kaca mata Amerika. Itulah gambaran sebenar kebebasan akhbar yang selama ini dilaungkan Amerika kononnya hanya Washington saja mengamalkan kebebasan media mutlak.
Pencerobohan ke atas Iraq yang sudah masuk hari ke-17 menyaksikan bagaimana Amerika memperalat dan menggunakan wartawan, khususnya Cable News Network (CNN), ABC News dan akhbar Barat lain, termasuk Al-Jazeera dalam propagandanya supaya dunia menyokong misi tentera Amerika dan sekutunya.
Amerika melaksanakan konsep ‘embedded reporting’ pada pencerobohan kali ini dengan membenarkan wartawan mengikut pergerakan tenteranya di seluruh Iraq, sekali gus laporan yang diberikan juga perlu memihak kepada kepentingannya.
Askar British guna bendera elak serangan tentera Amerika
6 April 2003 -
Tentera British di Teluk memesan bendera Union Jack menerusi Internet untuk mengelakkan kejadian tembakan daripada rakan sendiri.
Menurut laporan, askar British mahu menggunakan bendera itu sebagai tanda pengenalan diri dan kenderaan mereka kepada tentera sekutu AS.
“Dalam sesuatu konflik yang mana tembakan daripada rakan sendiri mengorbankan lebih banyak nyawa rakan seperjuangan daripada musuh, Union Jack boleh memberi lebih perlindungan daripada topi Kevlar atau mana-mana perisai badan,” kata The Times.
Pegawai Bush berebut letak kroni di Iraq
6 April 2003 -
Pentadbiran Presiden George W Bush meneruskan usaha merangka kerajaan baru Iraq, biarpun wujudnya perbalahan dua penjuru antara Pentagon dan naib Presiden, Dick Cheney dengan Jabatan Negara dan Kongres di ibu negara.
Perbalahan itu pula bukan setakat membabitkan pegawai Amerika yang bakal menerajui kerajaan baru itu tetapi peranan pemimpin pembangkang Iraq yang hidup dalam buangan, PBB serta perebutan Jabatan Negara pimpinan Colin Powell dan Donald Rumsfeld dan timbalannya, Paul Wolfowitz yang disokong Cheney.
Malah, menurut akhbar Britain The Independent semalam, sekumpulan ‘bakal menteri baru’ Iraq sudah berkumpul di Kuwait untuk mengetahui nasib mereka bekerja di bawah bekas jeneral Amerika, Jay Garner yang terkenal dengan sikap anti-Islam yang akan mengendalikan urusan bukan tentera dalam kerajaan baru itu.
Sentimen antiperang terus memuncak di seluruh dunia
6 April 2003 -
Sentimen antiperang di seluruh dunia terus memuncak walaupun perang ke atas Iraq yang diketuai tentera penceroboh Amerika Syarikat (AS) kini telah memasuki minggu ketiga.
Di kebanyakan negara demonstrasi dan tunjuk perasan membantah perang di Iraq masih berlarutan dengan beribu-ribu orang membanjiri jalan utama, membawa kain pemidang dan sepanduk sebagai cara mereka menyatakan rasa marah dengan tindakan tentera penceroboh ke atas Iraq.
Di Britain hari ini, satu protes mingguan dirancang bagi membantah perang di Iraq termasuk perarakan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS di London
Sarjan Hasan didakwa lakukan pembunuhan
6 April 2003 -
Seorang anggota tentera dari Divisyen Payung Terjun ke-101 didakwa atas kesalahan membunuh dalam kejadian serangan bom tangan ke atas khemah pegawai di Kuwait yang menyebabkan dua orang anggota tentera terbunuh.
Sarjan Hasan Akbar, 32, didakwa pada 25 Mac lalu kerana melakukan pembunuhan yang dirancang dan 17 tuduhan cubaan membunuh di bawah undang-undang tentera.
Bom berangkai: Lapan orang awam cedera
6 April 2003 -
Lapan orang awam Iraq di sini cedera selepas tentera penceroboh menggugurkan dua bom berangkai, menurut penduduk kepada agensi berita, AFP semalam.
Beberapa bom kecil bertebaran di sekitar laman antara blok-blok bangunan sementara ibu bapa berusaha melindungi dan menjauhkan anak-anak mereka daripada tercedera.
``Dua bom jatuh di kawasan kami kira-kira pukul 3 pagi (2300 GMT Jumaat), kemudian terdapat dua bedilan peluru berpandu,'' kata Samir berusia 35 tahun yang tinggal di Al-Baladiyat dekat bahagian tenggara bandar raya ini
Keadaan di hospital Baghdad amat ngeri
6 April 2003 -
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menggambarkan keadaan amat mengerikan di sebuah hospital di selatan Baghdad dengan beratus-ratus mangsa serangan bom tentera penceroboh mengalami kecederaan yang teruk termasuk terputus anggota kaki dan tangan.
Floran Westphal, seorang anggota Jawatankuasa Palang Merah dari Geneva berkata, petugas-petugasnya menyaksikan hospital yang mempunyai 280 katil itu dipenuhi dengan mangsa serangan bom tentera penceroboh.
Seorang doktor dari Jawatankuasa Palang Merah di bandar Hilla, 10 kilometer dari selatan Baghdad memberitahu CNN, kira-kira 280 penduduk Iraq cedera dalam serangan bom dan pertempuran sengit dalam tempoh 48 jam lalu.
Kelly wartawan pertama AS terbunuh dalam perang di Iraq
6 April 2003 -
Kolumnis Washington Post, Michael Kelly terbunuh malam kelmarin semasa menaiki kenderaan Humvee bersama dengan Divisyen Infantri Ketiga Amerika Syarikat (AS) di Iraq.
Kelly merupakan wartawan pertama AS terbunuh dalam perang di Iraq.
Dia merupakan pengarang majalah Atlantic Monthlyf dan kolumnis Washington Post.
Komander Brigade Pertama Divisyen Infantri Ketiga AS, Kolonel Will Grimsley berkata, Kelly dan seorang anggota tentera terbunuh apabila kenderaan Humvee yang mereka naiki terbabas ke dalam terusan ketika mengelak tembakan tentera Iraq.
Keluarga hilang orang tersayang diberi pampasan
6 April 2003 -
Presiden Iraq Saddam Hussein mengarahkan supaya pampasan dibayar kepada keluarga-keluarga yang menderita akibat kehilangan orang tersayang dalam serangan tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang bermula 20 Mac lalu.
Naib Presiden, Taha Yassin Ramadan yang dipetik oleh televisyen satelit Iraq memberitahu, Saddam mengarahkan sejumlah bantuan yang besar dibayar kepada orang-orang awam dan pejuang dalam peperangan itu.
Dalam satu tindakan lain pula, Presiden Iraq itu mahu wang pampasan turut dibayar kepada mana-mana pemilik yang rumah mereka musnah akibat bedilan `tentera musuh'.
Seorang komander AS dilucutkan jawatan
6 April 2003 -
Seorang komander Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai kemaraan tentera marin dari selatan Iraq menuju ke Baghdad telah dilucutkan daripada jawatannya atas sebab-sebab yang tidak didedahkan, kata seorang jurucakap tentera AS semalam.
Pegawai Perhubungan Awam, Steven Schweitzer semalam berkata, tiada sebab diberikan berhubung keputusan pelucutan jawatan Kolonel Dowdy, iaitu Komander Pasukan Tempur, Rejimen Pertama Marin AS.
Bekalan makanan di Iraq cukup untuk sebulan lagi
6 April 2003 -
Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Iraq, Carel De Rooy berkata, bekalan makanan bagi penduduk Baghdad hanya mencukupi untuk tempoh sebulan lagi.
Menurutnya, lebih daripada 60 peratus rakyat Iraq hanya menerima satu paket makanan untuk tempoh selama sebulan dan ia sangat rendah dari segi kandungan protein.
Semasa melancarkan rayuan mengisi tabung untuk membantu kanak-kanak Iraq bagi tempoh enam bulan akan datang, De Rooy berkata, paket makanan itu sebahagian daripada program minyak untuk makanan kelolaan PBB.
Dua wanita berani mati warga Iraq
6 April 2003 -
Televisyen satelit Al-Jazeera semalam menyiarkan imej dua wanita yang didakwa menjadi pengebom berani mati dalam satu serangan yang mengakibatkan tiga anggota tentera penceroboh terbunuh.
Dalam siaran itu, Al-Jazeera mengenal pasti kedua-dua wanita itu sebagai rakyat Iraq yang bernama Nour Qaddour Al-Shammari dan Wadad Jamil Jassem.
Kedua-duanya turut terbunuh dalam serangan itu.
Al-Jazeera menunjukkan imej mereka berikrar untuk melakukan serangan ke atas tentera penceroboh dalam perang di Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) demi mempertahankan tanah air sendiri.
Tentera AS bunuh 7 lagi orang awam
6 April 2003 -
Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam sekali lagi bertindak kejam membunuh tujuh orang awam termasuk tiga kanak-kanak di dalam beberapa kenderaan yang dikatakan cuba merempuh satu sekatan jalan raya di tenggara Baghdad.
Wartawan ABC NEWS, Mike Cerre yang membuat liputan bersama Rejimen Marin Kelima AS mendakwa, insiden itu berlaku apabila sebuah kenderaan yang menghampiri sekatan jalan raya gagal berhenti menyebabkan tentera AS menembak cermin depan dan tayar kereta itu.
Menurutnya, seorang lelaki terbunuh dalam kejadian tersebut.
Tentera Pengawal Republik halau askar-askar AS di Lapangan terbang
6 April 2003 -
Kurang 24 jam selepas tentera penceroboh menguasai Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam, tentera Pengawal Republik didakwa berjaya menawan semula kedudukan itu dan menghalau askar-askar Amerika Syarikat (AS) dari situ.
Turut terbabit dalam misi menawan semula itu ialah seorang pengebom berani mati, tetapi tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.
Menteri Penerangan Iraq, Mohammed Saeed Al-Sahaf pada sesi taklimat harian kepada wartawan hari ini berkata ``pasukan Pengawal Republik menguasai sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam.''
Ringkasan Berita sebelum 2 April 2003