Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SERBUAN 13 PELAJAR UUM BERTAFAKUR, LANGKAH TERDESAK FADZIL HANAFI TANGANI BLACK METAL

Saudara Pengarang,

Saya amat tertarik dengan laporan sebuah akbar arus perdana semalam yang bertajuk " 13 pelajar UUM diserbu bertafakur dalam hutan" . Tiga belas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), termasuk lapan wanita itu kabarnya telah diserbu oleh sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika bertafakur dalam keadaan mencurigakan di Hutan Rekreasi Bukit Wang, dekat Jitra.. Ketika diserbu, pelajar berkenaan bertafakur mengelilingi unggun api dan mencatatkan sesuatu pada kertas. Pelajar lelaki memakai pakaian biasa lengkap dengan kopiah putih, manakala yang wanita bertudung.

Menurut laporan itu lagi pelajar tahun satu hingga tiga berusia antara 20 hingga 24 tahun yang berasal dari Sabah dan Sarawak itu dipercayai diketuai seorang lelaki digelar ‘ustaz’ oleh ahli kumpulan berkenaan. Namun apa yang amat menghairankan ialah , ketika serbuan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Fadzil Hanafi itu dilakukan , para pelajar terbabit tidak cuba melarikan diri.

Walaupun kejadian ini ada kebenarannya, Namun timbul persoalan dihati saya mungkinkah ada "udang disebalik mee" tentang kejadian ini. Hujah ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Naib Canselor UUM, Datuk Dr Ahmad Fawzi Basri, bahawa kumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di Hutan Rekreasi Bukit Wang, Jitra, tersebut didapati tidak ada kaitan dengan ajaran sesat. Menurutnya lagi siasatan awal UUM mendapati pelajar terbabit telah menghadiri satu kem motivasi bersama sebuah syarikat perunding sebagai persediaan kempen pilihan raya kampus yang dijadual pada November ini.

Justeru itu rasional daripada kejadian ini adalah amat jelas ,yang pertama ianya menunjukkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bertindak secara tidak profesional .Bukankah pihak JAIK boleh mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak Jabatan Perhutanan Hutan Rekreasi Bukit Wang, sebelum membuat serbuan tersebut. Ini jelas akan menjatuhkan maruah para pelajar terbabit yang gambar mereka disiarkan didalam akhbar. Keduanya adalah amat memalukan dan tidak logik sama sekali seorang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, iaitu Fadzil Hanafi turut menyertai serbuan tersebut. Ini kerana orang seperti Fadzil Hanafi sepatutnya hanya mendapatkan laporan daripada pihak JAIK tentang kejadian itu, bukannya turut sama menyertai serbuan yang dibuat pada awal pagi. Setahu saya tidak mungkin seorang EXCO kerajaan negeri UMNO akan melakukan kerja demikian pagi-pagi buta begitu.Oleh itu perkara ini adalah tidak logik. Ditambah lagi dengan kehadiran para jurugambar yang merakamkam kejadian tersebut. Ia jelas dapat dilihat satu perancangan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Kesimpulan daripada kes ini, dapatlah saya simpulkan disini bahawa kejadian ini jelas menunjukkan yang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Kedah , iaitu Fadzil Hanafi dalam keadaan terdesak. Ini kerana gejala BLACK METAL yang melanda para remaja di negeri Kedah jelas menjatuh imej beliau. Ditambah lagi, Perdana Menteri Malaysia juga adalah berasal dari negeri Kedah Darul Aman , Pusat Operasi BLACK METAL MALAYSIA. Ini jelas menunjukkan yang Fadzil Hanafi segaja mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej pelajar-pelajar Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Langkah ini juga mungkin dilakukan bagi membuktikan lagi bahawa aliran agama sekolah rakyat dan fahaman agama mahasiswa telah memesongkan akidah mereka. Ditambah lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang menuduhkan gejala Black Metal terjadi kerana tindakan kalangan guru agama yang tidak memberikan ajaran agama yang betul kepada pelajar menyebabkan pelajar keliru dan terlibat dalam gejala buruk seperti pemujaan syaitan. Menurutnya ramai juga di kalangan guru agama itu tidak menjalankan tugas yang diamanahkan sebaliknya menumpukan kepada politik, khususnya bagi mengembangkan politik pembangkang. Dr Mahathir juga berkata bahwa tindak-tanduk kalangan guru agama yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan untuk memberikan ajaran agama yang betul kepada pelajar sehingga mereka terjebak dengan pengaruh tidak baik seperti Black Metal ini.

Oleh itu jelaslah di sini, apa yang berlaku kepada para pelajar terbabit adalah satu bukti jelas perancangan jahat JAIK dan Kerajaan UMNO untuk memalukan para pelajar terutamanya mahasiswa Islam di Pusat-Pusat pengajian Tinggi. Ini kononknya untuk membuktikan bahawa ajaran Parti PAS lah yang telah membawa kerosakan akidah mereka dan menjadikan para mahasiswa dan pelajar ini cenderung kepada ajaran sesat dan memuja syaitan. Mujurlah dalam laporan tersebut menyatakan sebahagian besar pelajar terbabit berasal yang berusia antara 20 hingga 24 tahun berasal dari Sabah dan Sarawak. Bukankah kedua-dua negeri tersebut ditadbir oleh Barisan Nasional. Sekiranya peristiwa ini adala benar, maka ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional gagal memberikan pendidikan agama yang sempurna kepada rakyat mereka. Ini amatlah memalukan bagi sebuah kerajaan Malaysia yang mengaku KERAJAAN ISLAM .

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan agama, saya menyeru kepada seluruh pelajar Islam sama ada di sekolah-sekolah agama maupun pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini agar memohon doa kepada Allah SWT agar memberi taufik dan hidayah kepada mereka dan senantiasa berada di landasan kebenaran. Kerana yang HAK itu datangnya dari Allah Taala. Teruskanlah menuntut ilmu agama, kerana ianya akan membawa kebahagian di dunia dan akhirat.. Takbirrrrrrrrrr... Allah huakbar.........

Kiriman

Amat J. Kilau,
Kuantan Pahang DM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com