Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISA-Mahaprak Sudah Terdesak

Sudah semakin jelas motif kebakaran Dewan Tuanku Canselor (DTC) universiti Malaya baru-baru ini adalah perbuatan sabotaj atau telah dirancang. Seperti kita amat maklum, sebaik sahaja DTC terbakar, Mahathir atau lebih dikenali sebagai Mahaprak dewasa ini menuduh bahawa kebakaran DTC adalah akibat sabotaj pelajar-pelajar militan. Begitu juga dengan Puteri UMNO (UMCiNO) dengan begitu efektif sekali telah memaksa VC UM meletak jawatan siap dengan memorandum hanya selepas beberapa jam sahaja setelah kebakaran berlaku.

Seperti yang ramai antara kita sudah meramalkan bahawa ini adalah satu lagi taktik terdesak Mahaprak. Tujuan dibakar DTC adalah untuk menjadikan satu sebab bagi menahan pemimpin-pemimpin pelajar dibawah akta zalim lagi kuno, ISA. Ini adalah kerana agak sukar bagi konco-conco Mahaprak untuk menahan golongan pelajar berbanding ahli politik. Bagi UMCiNO dan Mahaprak yang mengamalkan prinsip politik matlamat menghalalkan cara segalanya berkemungkinan. Sedangkan Pengarah Pendaftaran Negeri Sabah boleh mereka bunuh.

Penangkapan demi penangkapan jelas menunjukkan Mahaprak begitu takut dengan kebangkitan golongan reformasi. Walaupun bibirnya mengucapkan sebaliknya tetapi dalam hatinya bagaikan taufan La Nina dan El Nino. Alasan keselamatan negara digunakan bagi menutup kebimbangan tentang keselamatan UMCiNO. Semakin hari semakin jelas ketakutan Mahathir, bayangkanlah dengan pelajar pun dia kecut. Malunya seorang Perdana Menteri yang 20 tahun memerintah takutkan pelajar yang baru berusia awal 20an. Seorang munafik yang seringkali memomokkan rakyat dengan ancaman penjajahan sewenang-wenangnya memperalatkan dan mepergunakan undang-undang ciptaan penjajah. Malah begitu bangga dan kuat mempertahankan undang-undang zalim dan kejam ini. Rupanya AUKU tidak cukup untuk menyekat kebangkitan pelajar. Mahathir begitu cemburu kerana suara pelajar muda ini lebih lantang dan lebih dipercayai dari pembohongan Pemuda dan Puteri UMCiNO. Apabila Pemuda dan Puteri UMCiNO bersuara, hanya dalam dewan sahaja bergema, diluarnya sepi. Berlainan dengan gema suara pelajar, seluruh negara terasa getarannya.

Kesimpulannya, pengkhianat negara dibiarkan memerintah dan pejuang keadilan ditangkap. Amat memalukan sekali apabila institusi kepolisian sanggup dilacurkan untuk memuaskan nafsu para pemimpin UMCiNO. Ketua Polis pula tiada bezanya dengan Pelacur Murahan dilorong Hj Taib, melacurkan maruah diri dan negara demi memuaskan hati pelanggannya. Tiada lagi rasa tanggung jawab, tiada lagi rasa bangga berbakti untuk negara, malah begitu bacul mulut melafaskan tuduhan dan fitnah yang ternyata jahat. Mendakwa mempunyai bukti kukuh walhal memaksa tahanan membuat pengakuan palsu. Apakah begitu tujuan Institusi Kepolisian ditubuhkan? Wahai Norian Mai, apakah tidak ada sedikitpun rasa bersalah dalam hati mu? Kau lihatlah perangai Mahathir, apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya walaupun dengan alasan penghakiman yang cukup bodoh sekali, begitu hebat dia pertahankan. Tetapi apabila perkara sebaliknya berlaku, bukan sahaja dipertikaikan keputusan hakim, malah dihinanya hakim dan dikenakan siasatan dan tekanan terhadap hakim. Aku merayu kepada engkau Norian, jadilah ketua polis yang jujur bukan bangsat. Apakah kau nak jadi macam Rahim Nor? Apakah ko ingat Mahathir tu boleh dipercayai? Tanyalah sama Daim. Kenapa mesti takut dengan Mahathir, kalau kita semua bersatu dan pihak polis pun menjalankan kewajipan insyaAllah, bangun pagi esok bukan Mahathir lagi yang jadi PM.

Sekian.

AnakGanu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com