Assalammualaikum & Salam Sejahtera!
Ini adalah berita terbaru berkenaan dengan masalah pelajar di IPB seperti yang
disiarkan semalam (03/07/2001)yang bertajuk "Malangnya Pelajar IPB"
http://members.nbci.com/xumno/ feu_pelbagai96.html.
Pada hari Jumaat, 29 Jun yang lalu suatu pergaduhan di antara pelajar dengan
pihak peniaga minuman di Kafe IPB telah tercetus. Peniaga tersebut baru sahaja
dua bulan memperolehi kontrak/tender berniaga dari pihak pentadbiran IPB.
Awal minggu ini, keadaannya mula terkawal walaupun kebanyakan pelajar masih di
dalam keadaan terperanjat. Namun, kelas tetap dijalankan seperti biasa. Apa
yang menarik ialah terdapat ramai pelajar yang mula mengelakkan diri untuk
membeli minuman dari pekedai terbabit. Walaupun belum ada tindakan terancang
untuk memboikot peniaga tersebut, tetapi nampaknya ramai pelajar yang 'sporting'
untuk mula mencari alternatif lain.
Terdapat beberapa orang pelajar yang mula mengadakan kempen dan berharap ianya
mendapat sokongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain kerjasama semua
pelajar. 'Flyers' dan risalah pelbagai bentuk sudah mula beredar tangan.
"Kami mahu peniaga tersebut bertanggungjawab dan berhenti berniaga di kampus
ini", kata seorang pelajar yang ditemui.
Namun, terdapat juga segelintir daripada pelajar yang kurang memberikan
kerjasama dan masih membeli minuman di kedai tersebut. Kebanyakannya adalah
pelajar 'junior' yang kurang memahami situasi sebenar dan masih lagi keliru.
"Kami akan terus berusaha untuk menekan supaya peniaga tersebut ditamatkan
tendernya", seorang pelajar senior berkata.
Arm juga turut diberikan berbagai 'risalah' dan 'flyers' dalam bentuk disket.
Nampaknya, pelajar IPB tidak akan mengaku kalah kali ini.
ARM (Anak Rakyat Marhaen)