Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tahniah BN !

Assalamualaikum,

Tahniah pada BN dengan kemenangan di LIKAS dan tidak lupa pada pengundi LIKAS yang pandai memilih wakil anda. Di sini Awedonde ingin menyentuh sedikit dari gambaran-gambaran yang diberikan oleh laman-laman reformasi tentang peristiwa yang berlaku di Likas.

Budaya samseng memang budaya hangpa,budaya penakut pun memang budaya hangpa.Apa yang hendak kita merasa pelik itu adalah budaya zaman berzaman.

Mungkin kerana Awedonde belum sampai ke negeri bawah bayu tetapi pengalaman bergaul dengan rakan dari sana ramai terdiri dari berbagai suku memang untuk pembangkang memenangi pilihanraya sekecik itu amat mustahil,kerana penduduk di sana masih ramai buta politik seumpama penyokong totok AMNO di Tranung dan Kelante yang hanya memperolehi kain batik dan beras sekampit untuk makan lima tahun.

Suka Awedonde menyentuh pasal sekampit beras untuk lima tahun kerana itu adalah budaya Amno.Depa semua kaya,rakyat yang bodoh hanya boleh dibeli dengan nilai sebanyak itu sahaja.

Jika diteliti dari gambaran menonggeng "punggung" itu juga adalah budaya mereka bukankah peristiwa sebegini pernah berlaku di Sanggang.Wahai saudaraku sekelian,Awedonde mahu ingatkan kembali itu adalah budaya hangpa.

Satu,Awedonde ingin bertanya berapa ramai penduduk Sabah datang berhijrah ke Kuala Lumpur.Kenapa dan mengapa mereka bersusah payah datang ke mari.Kenapa pula guru-guru dari semananjung di hantar ke sana.Dari sini jika saudara sekelian celik akal celik sosial,celik politik secara tidak langsung dapat menilai bagaimana kehidupan umat Sabah.Bukan tujuan Awedonde mempersoalkan kedatangan mereka,di sini pun negara mereka itu haq mereka.Tetapi di sini dengan tegas Awedonde menjadi tandatanya jika datang ke sini untuk bertugas sebagai security waduh amat kecewa rasa hati Awedonde.Jika ini adalah tuduhan palsu,cuba saudara semua ke pos kawalan mana-mana pejabat atau bangunan di Kuala Lumpur.Bukan Awedonde menghina pekerjaan itu jangan cepat melatah saudara semua!Cuba anda sekelian berfikir sejenak datang begitu jauh melintasi laut China Selatan semata-mata untuk berkerja sebagai guard.Kenapa di Sabah negeri yang kaya raya berbagai peluang sumber rezeki hanya layak setanding dengan rakyat Nepal.

Wahai makcik dan pakcik pendokong Amno totok khasnya di negeri Tranung dan Kelante cuba fikirkan jika anak anda sekelian datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang "Jaga" bangunan lebih baik memotong getah ataupun menjadi nelayan,itu lebih lumayan pendapatannya bukanlah maksud Awedonde berkerjaya bagus sangat tetapi sepadan dengan kelayakan Awedonde jika dibandingkan bersusah payah menyeberangi lautan China Selatan untuk mencari rezeki.Awedonde lebih bangga kalau depa datang ke mari sebagai usahawan atau pun taukeh besar.Cubalah saudara renungkan bersama...

Awedonde(berdonde sepanjang hayat)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com