Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BERITA PANAS DARI UNIVERSITI MALAYA

Kawan-kawan, dengar cerita PM (pengkhianat melayu) akan masuk Universiti Malaya hujung minggu ini (1/7/2001). Dengar cerita Mahataik akan merasmikan Simposium Mahasiswa dekat Dewan Tuanku Censelor (DTC) UM.

Rasanya kawan-kawan masih ingat apa yang si tua bangka nie dah buat pada mahasiswa sepanjang pemerintahan zalimnya ini. Dialah yang telah menyekat suara kita, dialah yang telah menyebabkan ramai mahasiswa dibuang pengajian, dialah yang telah menakut-nakutkan mahasiswa, dialah yang telah mengugut mahasiswa, dialah yang telah mencabul hak mahasiswa, dialah yang telah menindas mahasiswa dan dialah pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Kami berharap semua rakyat, bekas mahasiswa yang telah bebas dari belenggu AUKU untuk turun beramai-ramai menyambut kedatangan pelopor kepada segala kezaliman (bapa kezaliman) di abad ini.

Mari kita bela nasib mahasiswa yang telah di singkir dari pengajian dan dinafikan hak mereka untuk bersuara dimana kes terbaru yang mana telah melibatkan penyingkiran seorang mahasiswa UITM dari pengajian dengan cara yang paling kejam tanpa diberi hak sebagai seorang mahasiswa untuk mempertahankan dirinya. Beliau adalah merupakan salah seorang mahasiswa yang telah ditahan polis ketika menyertai satu perhimpunan aman mahasiswa membantah ISA di Masjid Negara baru-baru ini. Kita akan terus menentang penggunaan akta AUKU keatas mahasiswa.

Mari semua mahasiswa kita nyatakan ketidakpuasan hati kita terhadap keputusan mengenai isu pembayaran balik PTPTN yang masih dikena riba 4%. Walaupun pihak kementerian telah menyatakan bahawa sesiapa yang hanya mendapat ijazah peringkat pertama sahaja yang dikecualikan dari membayarnya, tetapi cuba kita fikirkan, ada ke lagi ijazah peringkat 1, 2, atau 3 digunakan lagi sekarang? Kementerian seolah-olah ingin melepaskan batuk ditangga dalam menangani isu ini. Yang riba tetap riba, yang hak tetap hak dan jangan sekali-kali kita cuba menafikannya. Kita juga akan menyatakan ketidak puasan hati terhadap isu ISA yang telah digunakan oleh Mahataik untuk menjaga kepentingannya serta kroni-kroninya. Kita akan mendesak untuk dihapuskan ISA serta semua tahanannya dibicarakan dimahkamah terbuka yang akan disaksikan rakyat jelata. Banyak lagi isu yang akan dibawa bersama pada hari tersebut.

Oleh itu kami mahasiswa menjemput dengan segala hormatnya semua rakyat untuk bersama-sama kami dalam satu perhimpunan menyambut pemimpin yang zalim ini. Kepada bekas-bekas pejuang mahasiswa, segarkan ingatan anda semua kepada gerakan-gerakan mahasiswa yang amat ditakuti oleh kerajaan yang zalim ini. Tunjukkan pada dunia bahawa rakyat Malaysia sudah tidak dapat menerima pemimpinan Mahataik dan BN(barisan najis), dan jangan lupa untuk bersama-sama kami di depan pejabat SUHAKAM sehari sebelum itu (30 Jun 2001), jam 10 pagi, untuk sama-sama membantah perlaksanaan AUKU keatas mahasiswa. Semoga ini merupakan satu permulaan kepada satu gerakan mahasiswa yang akan berterusan sehingga tercapai apa yang dikehendaki.

Tempat : Di hadapan Dewan Tuanku Censelor,
Universiti Malaya
Waktu : 9. 00 pagi
Tarikh : 1/7/2001 (Ahad)

HIDUP MAHASISWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MAHASISWA BERSATU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HIDUP RAKYAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HANCUR MAHATHIR, HANCUR
BN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HAPUSKAN ISA, HAPUSKAN AUKU, HAPUSKAN 4% PTPTN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR!!

UM STUDENTS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com