|
CIRI-CIRI DALAM UMNO |
CIRI-CIRI DALAM PAS |
|
Perlembagaan ciptaan manusia yang diluluskan oleh MT dan
dipinda untuk kepentingan dari masa ke semasa |
Perlembagaan yang disedut dari Al-Quran dan Sunnah yang
dikaji oleh JKT Perlembagaan dari masa ke semasa |
|
Ugama Islam adalah ugama resmi sebagai mana tercatat
dalam perlembagaan |
Ugama Islam tidak diresmikan tetapi menjadi anutan dan
dihayati dalam seluruh kehidupan |
|
Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah Perlembagaan
Malaysia |
Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah
hudud |
|
Matlamat membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju
di tahun 2020 |
Matlamat membangunkan Malaysia Bersama Islam segenap
masa |
|
Pembangunan dan perpaduan adalah agenda utama mendapatkan
sokongan rakyat |
Memberikan kefahaman kepada Islam dan hukum Allah dalam
perjuangan rakyat |
|
Menjadikan ugama Islam diperintah di bawah Jabatan Ugama
Islam setiap negeri |
Menjadikan ugama Islam memerintah samada di peringkat
persekutuan dan negeri |
|
Ahli-ahlinya terdiri dari orang Melayu tanpa mengira
ugama |
Ahli terdiri dari semua bangsa yang berugama
Islam |
|
Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui parti komponen
seperti MCA, MIC dan Gerakan |
Ahli bukan Islam digabungkan melalui penyertaan ahli
bersekutu (yang bakal diluluskan) |
|
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti
orang Melayu |
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti
mengikut syariat |
|
Perjuangan ahli berdasarkan bangsa dan semangat
kebangsaan |
Perjuangan ahli adalah jihad dengan nilai yang tinggi di
sisi Tuhan |
|
Keahlian semakin mengecil dengan peningkatan yang kecil
dalam peratusan pertumbuhan bangsa |
Keahlian semakin mengembang dengan kemasukan orang bukan
Islam secara menganut Islam atau ahli bersekutu |
|
Kerajaan UMNO tulen - tiada |
Kerajaan PAS tulen - Kelantan |
|
Perdana Menteri berkuasa penuh dan memimpin Majlis
Tertinggi dan Kabinet |
Perdana Menteri akan dipimpin dan dinasihati dibawah
pengawasa Majlis Syura |
|
Ahli-ahli dibawa masuk kerana tarikah duniawi seperti
mendapat habuan projek tanah atau balak |
Ahli-ahli memohon masuk setelah faham erti jihad dan
perjuangan Islam untuk memperolehi habuan di sisi Allah |
|
Amalan kronisme dan nepotisme dalam pengagihan harta
negara. Contoh terlalu banyak |
Mengagihkan keperluan rakyat secara percuma seperti
contoh pendidikan dan perubatan |
|
Membela kroni dan syarikat korporat |
Membela nasib rakyat yang sedang melarat |
|
Pemimpinnya hidup mewah, berkereta besar (bini besar)
contohnya Mahligai RM200 juta |
Pemimpin hidup sederhana, kediaman ala kadar dan banyak
berkorban untuk rakyat |
|
Pemimpinnya sering menyerang rakyat yang dikatakan tidak
setia dengan ugutan dan ancaman |
Pemimpin sering mengajak rakyat kembali kepada ugama
Islam dan takut kepada ancaman Allah |
|
Mengumpul kekayaan dengan bertopengkan projek pembangunan
kepentingan rakyat |
Membela nasib rakyat dengan mengujudkan projek yang
mementingkan mereka |
|
Harta negara adalah harta UMNO dengan bertopengkan harta
kerajaan |
Harta negara adalah kepunyaan rakyat melalui harta
Kerajaan |
|
Pemimpinnya sering menaikkan kadar elaun mereka hingga
berjumlah beribu ringgit setiap bulan |
Pemimpinnya memotong gaji dan pendapatan untuk sumbangan
ke dalam Tabung Jihad bagi membela nasib rakyat |
|
Ceramah politiknya penuh ungkapan fitnah dan
hasutan |
Ceramah politiknya penuh dengan sulaman hadis dan ayat
suci Quran |
|
Perjumpaan pemimpin dengan rakyat mesti di tempat mewah
dan eklusif |
Perjumpaan pemimpin dengan rakyat di mana
sahaja |
|
Mengamalkan dasar sekular dalam urusan pentadbiran
negara |
Mengamalkan dasar Islam dalam segala urusan |
|
Ulama dicaci dikeji dan dihina |
Ulama disanjung, dihormati dan dimulia |
|
Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan lojik
pemikiran |
Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan hadis dan
firman Tuhan |
|
Gaya pakaian kebaratan bertali leher dan kod tebal |
Gaya pakaian berserban dan berjubah mengikut sunah
Nabi |
|
Kebanyakan pemimpin UMNO mempunyai seorang isteri tetapi
ramai perempuan simpanan |
Ada pemimpin yang beristeri lebih dari seorang untuk
mengawal nafsu di jalan terlarang |
|
UMNO biasanya memula dan menutup majlis dengan
menyanyikan lagu patriotik |
PAS membuka dan menutup majlis dengan ayat suci dan
doa |
|
Bendera UMNO menggunakan lambang keris yang sudah ditelan
zaman |
Bendera PAS menggunakan lambang bulan terang zaman
berzaman |
|
Kerjasama yang diberikan ahli adalah kerana wang seperti
upah menaikkan poster |
Kerjasama ahli adalah kerana jihad dan mereka memberikan
tenaga secara percuma |
|
Ada wang ada undi |
Undi ada, jihad pun ada |
|
Media bersekongkol dan menyokong |
Media menghentam dan mengecam |
|
Ceramah UMNO dihadiri oleh ratusan orang |
Ceramah PAS dihadiri oleh ribuan orang |
|
Ceramah UMNO biasa tertutup kerana melindungi sesuatu
dari rakyat |
Ceramah PAS terbuka kerana semuanya hendak diberitahu
pada rakyat |
|
Ceramah UMNO tak perlu permit dan tiada pernah
dibatalkan |
Ceramah PAS perlu permit dan sering ditarik balik dan
dibatalkan |
|
Surat Layang digunakan dalam usaha memenangi sebarang
jawatan lebih tinggi dan mengalahkan lawan masing-masing dalam
parti |
Jawatan yang lebih tinggi seringkali dikaitkan dengan
amanah dan pertanggungjawab di hadapan Allah, jika gagal melaksanakannya
dan seringkali menolaknya sesama ahli dalam parti |
|
Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu UMNO untuk menaikkan
semangat para ahli dan kesediaan berkorban untuk pemimpin |
Takbir dan bertasbih untuk menaikkan semangat jihad para
ahli dan kesediaan mereka berkorban untuk Allah |
|
Menyebarkan dakyah melalui media seperti suratkhabar dan
tv |
Menyebarkan dakwah yang dihimpit media surat khabar dan
tv |
|
Menyelar reformasi dan gerakan ugama dan
seumpamanya |
Menyarankan reformasi dalam semua tuntutan
ugama |
|
Melaksanakan Islam melalui Penerapan Nilai Islam dan
Menubuhkan Bank Islam |
Melaksanakan Islam melalui penubuhan negara Islam yang
mentadbir segalanya |
|
Memperbanyakkan masjid dan tetapi tiada orang
sembahyang |
Memperbanyakkan sembahyang walau tiada
masjid |