Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lafaz cerai menerusi khidmat SMS tidak perlu dipertikaikan......

Dua tiga hari lepas, kita digemparkan dengan isu lafaz cerai melalui khidmat SMS, samada sah atau tidak. Kenapa timbulnya isu ini. Itulah persolannya. Perkara yang telah ditetapkan oleh Allah jangan dipertikaikan. Yang sah tetap sah, yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Kenapa kita nak mengubah hukum Allah yang sedia ada mengikut nafsu. Kenyataan Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman Said, kebenaran lafaz talak menerusi SMS telefon selular itu boleh disalahgunakan, amatlah di kesali. Sebenarnya perkara yang sepatutnya diberikan perhatian adalah pendekatan agama oleh pasangan suami isteri itu sendiri. Sekiranya pasangan tersebut mempunyai asas agama yang kukuh, pertikaian samada sah atau tidak sah tidak akan timbul. Perceraian boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira apa saja jenis medium yang digunakan, malahan SMS sekalipun. Mungkin suami yang menggunakan khidmat ini, merasa lebih mudah untuk melafazkan cerai kepada pasangannya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya dan Mufti Terengganu, Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir juga mengesahkan bahawa lafaz cerai menerusi SMS sah mengikut hukum syarak dan kesannya sama seperti penggunanan surat, telefon dan e-mel.

Oleh itu, saranan Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman Said supaya masalah ini diberi perhatian agar martabat wanita tidak direndahkan adalah amat tidak wajar. Hukum tetap hukum.Dari situ kita boleh nilai siapa orang yang sepatutnya berhak bercakap pasal agama.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com