Entah mengapa sekarang timbul pula si Yusoff Nor dalam tv. Kemana pergi Mat Deris Jusoh. Atau masing-masing berpakat bergilir-gilir untuk masuk TV membawa sketsa-sketsa lawak dan melucukan.Sekarang ini agaknya giliran Yusof Nor pulak.
Yusoff mengatakan perbuatan PAS menggunakan masjid untuk berpolitik ditakuti akan menimbulkan rasa tidak selesa penduduk setempat(masyarakat sekampung). Dimana pulak Yusoff belajar yang politik tidak ada dalam Islam, takkan belajar dari Dr. Madey.Untuk makluman Dr Yusof, Dr Madey tu doktor gigi, takkan Dr Phd nak ikut dr gigi kot.Apa silapnya kutbah yang disampaikan atau jika ada yang bercanggah dari Islam bolehlah lapurkan kepada pejabat agama atau buat lapuran polis. Kalau apa yang dikutbahkan itu adalah isu semasa yang perlu untuk memperbetulkan apa yang tak betul, maka dah menjadi kewajipan tok khatib. Memanglah panas telinga sesiapa yang makan rasuah, jika khatib mengatakan rasuah itu haram,takkan nak kata rasuah tu halal; itu ajaran Madey bukan ajaran Islam. Islam mengatakan yang haram itu haram, tetapi Madey kata kena ikut peredaran zaman.
Untuk makluman Yussof Nor, kami penyokong PAS seluruh Malaysia( Bukan penduduk setempat TAPI SELURUH MALAYSIA) memang telah lama merasa tidak selesa dengan UMNO dan BN yang hari-hari menggunakan TV dan Radio milik rakyat malaysia(kami) memburuk-burukkan kami. KAMU MENGGUNAKAN HAK KAMI MEMBURUKKAN KAMI. KAMI TIDAK HALALKAN APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN.
Adakah kamu tidak yakin dengan program ceramah anjuran UMNO yang tidak mendapat sambutan sama sekali. RAKYAT TIDAK BODOH LAGI.