Kalau kita lihat semasa kebakaran dewan DTC Universiti Malaya baru-baru
ini,
Puteri UMNO seolah-olah juara dalam memperjuangkan hak dan kebenaran
dengan
menedesak TNC UM meletakkan jawatan atas alasan gagal mengawal
pelajarnya
dalam kegiatan yang tidak bermaruah dan politik berat sebelah.
Selepas 2 minggu, timbul pula masalah baru iaitu Black Metal dikalangan
remaja yang sungguh dahsyat. Kami agak tertanya-tanya di mana Puteri
UMNO
yang jaguh mempertahankan hak remaja dalam sesuatu isu, bisu seribu
bahasa
apabila berhadapan dengan masalah Black Metal ini. Betul kata
sesetengah
warga UM Ketua Putri UMNO cuba menangguk di air keruh untuk mencari
populariti murahan. Masalah ini adalah tanda kegagalan pihak pemerintah
untuk membentuk akhlak remaja terutamanya orang melayu. PM yang tak
suka
pada Qiamulail dan tazkirah agama jangan cuba membodohkan rakyat
tentang
kegagalannya dalam isu ini. "Yang benar itu benar, dan yang batil itu
batil".
nasidagang@hotmail.com