Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SURPRISE MAHATHIR SEMPENA 20 TAHUN

Assalamualaikum,

Bersempena dengan 20 tahun pemerintahan GusDir ni, patutlah kite sume buat sesuatu yang paling istimewa, buat GusDir dan buat rakyat Malaysia. Bukan buat kek, tapi buat BOM... haaa nak tau bom ni meletup ke tidak...kiter sume kena BUAT HOMEWORK.

Aku kat luar negeri sekarang ni. Korang kat KL musti ader kesempatan. Apa bendanya bom tu?

Gini...Aku rasa kiter semu kena cari artikel atau ucapan dasar, ucapan press; kat dalam dalam dan luar negeri, dan sebarang bentuk perkara yang boleh menjadi bukti tentang kerosakan fikiran si haprak nih! Cara yang paling senang...camni.. saper-saper yang biasa seaching information kat NST Online mudah dapat bahan. Korang pergilah kat pejabat NST Online, di KL cuba hubungi bahagian NST Online. Boleh cari segala maklumat secara berbayar dan print out kat kertas biasa. Sebenarnya maklumat tersebut adalah datang dari akhbar-kabar yang mereka jual. Jadi maklumat tu memang dijual secara sah. Sekali search dikenakan bayaran tertentu, tapi berbaloi untuk anak cucu. InsyaAllah wang bayaran boleh jadi amal jariah, di akhirat besok.

Contohnya: cari sajer perkataan MAHATHIR AND ISLAM AND HUKUM, FROM 1981-2001...petugas akan cari dan dapatkan maklumat tersebut dengan mudah. Anda cuma perlu pilih yang terbaik dan suruh dier print out. Maka akan terkumpullah begitu banyak maklumat berkenaan dengan GusDir nih, kemudian buat satu koleksi, mintak Lutfi ker sapa-sapa susun dan terbit jadikan buku. Jual untuk public... Jika perlu komen masukkan komen sikit. Dan bila dah keluar pasti BOM jadiknya. Masa tu pasti ramai yang boleh ulasan dan analisis, ulamak, cerdik pandai, akademik dan para ahli politik boleh buat rujukan dengan lebih mudah tak perlu bersusah payah cari fakta lagi.

ps:lain-lain search boleh juga dibuat misalnya: MAHATHIR AND ANWAR FROM 1998-2001 (cadangan)

InsyaAllah buku ini akan menjadi BOM kepada GusDir dan UMNO/BN Bagaimana?.. setuju? Saya menanti sahutan anda...!

Segala maklumat boleh dihimpun sendiri atau boleh kasi kat saya. atau sapa-sapa yang kita akan beritahu nanti.

Ir.Dara






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com