Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RENUNGAN BUAT RAKYAT BERBANGSA INDIA.

Malaysia merdeka telah puluhan tahun,namun perpaduan yang wujud masih lagi rapuh dan mudah diranapkan dalam sekelip mata saja. Peristiwa HITAM 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi iktibar dan sempadan dalam kita menjana negara ke arah kecemerlangan. Kita mesti memahami sejarah negara dan memahami pula teknik amalan pemerintah semasa.

Bangsa India adalah yang ketiga terbesar dalam negara yang asalnya tersebar dalam kawasan estet-estet getah pada awalnya mengikut taburan demografik ketika zaman penjajah. Kini ia sudahpun tersebar merata bercampur dengan lain-lain kaum ekoran pembangunan yang melanda dan menukar status tanah pertanian kepada pembangunan. Kini tidak lagi pelik apabila menjumpai kaum India sepanjang perjalanan di mana-mana bahagian Malaysia.

Persamaan kaum India dan Melayu:

1. Budaya Bollywood memang dikongsi bersama oleh kedua kaum ini.Cumanya Melayu yang beragama Islam tak mungkin memakai sari yang mendedahkan pusat gitu! Pun ada juga artis yang menggayakan fesyen tersebut- itu cerita lain. Kemampuan menyanyikan lagu Hindustani orang Melayu kekadang mengalahkan rakan berbangsa India. Cerita dan pengajaran dari Filem Hindustani juga seringkali ada persamaan dengan masyarakat di Malaysia.

2. Keadaan sosio-ekonomi yang sederhana dan kekadang menekan. Ini adalah wajah sebenar tentang kedua kaum ini, tidak seperti yang digambarkan oleh rancangan TV seperti drama atau pun rancangan bersiri lainnya. Jangan dilihat mereka yang tinggal di kondominium maupun penthouse. Retorik segalanya!!. Hakikat inilah yang pemerintah cuba tampungkan dengan adegan pegawai korporat atau kesenangan kelompok middle-class. Dua kaum ini lah yang sekarang berperang dan membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi.

3. Kuat ikatan kekeluargaan adalah juga ciri yang penting dalam bangsa Melayu dan India. Biasanya mereka mempertahankan setiap elemen kekeluargaan hatta dengan mengorbankan jiwa jika keadaaan memerlukan. Ciri-ciri amuk juga kedapatan pada kedua-duanya.

4. Pertalian lampau sejarah JAHILIAH Melayu yang juga beragama Hindu. Ini dibuktikan oleh sejarah Nusantara yang membentuk empayar kerajaan seperti Srivijaya. Keujudan candi di daerah Yan Kedah mengesahkan kebenaran sejarah itu. Namun dengan kedatangan saudagar Arab yang juga merupakan Ulamak dan penyebar Agama Tauhid, lalu berduyun-duyun lah orang Melayu memeluk agama suci Islam yang mengESAkan ALLAH. Konsep monotheism dalam Islam ini membuang segala karut-marut yang diamalkan oleh orang Melayu sebelumnya. Lalu terdedahlah kepada konsep JIHAD yang bertunjangkan agama kepada orang Melayu.

5. Pemakanan yang banyak dilatarbelakangkan rempah kari adalah ciri yang sama antara keduanya. Tumisan dan wangian rempah adalah sama antara keduanya. Rempah Adabi dan Allagapa memberi bauan kari yang sama. Apalagi kalau ditenyeh sama tosei maupun roti canai!!

Beberapa persamaan yang mendekatkan antara kedua ras ini sepatutnya menjadikan mereka akrab dalam batasan yang wajar dihormati antara keduanya. Bukan senang mencari keadaan yang sedemikian dalam sebuah negara yang unik seperti malaysia. Kita harus bersyukur dan mempertahankan keamanan yang dikecapi saban hari dari zaman nenek moyang sehinggalah ke hari ini. TIDAK harus ada masalah kecil yang ujud yang tidak boleh diselesaikan sehingga mencetus API PERKAUMAN. Kita wajar menanganinya dengan berhemah dan saksama. Memanglah mustahil tiada pergeseran antara keduanya- renungkan semula pepatah lama, SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT!! Inikan pula manusia yang berbeza adat,agama dan kebudayaannya. Sewajarnya semua itu untuk dihayati…..

MELAYU DAN CINA BAGAI ISI DAN KUKU:

Berbagai isu yang ditimbulkan dan dipanaskan Mahathir demi survival sempit politiknya gagal mencapai matlamatnya, ternyata senjata makan tuan. Silap mata Mahathir sudah terpokah dan orang sudah nampak tali-temali dalam beliau menggerakkan watak wayang kulitnya. Lantaran pendedahan dan pembogelan akan kerja jahat dan baling batu sembunyi tangannya- kini beliau mengahadapi tentangan terbuka masyarakat Melayu dan Cina.

Kedua ras ini sudah boleh duduk beriring dan makan semeja. Majlis yang dianjur Melayu dan Islam sudah dihadiri oleh kaum Cina, begitu juga sebaliknya. Majlis makan malam anjuran kaum Tiong Hua juga dipenuhi oleh lebai dan haji!! Mereka saling memahami dan akrab. Tidak janggal lagi melihat mereka memeluk antara satu sama lain dalam meraikan kehadiran masing-masing.

Ini yang menakutkan Presiden seumur hidup Umcino - Mahathir laki nya Siti Hasmah. Dasar pecah perintah yang menjadi amalannya sudah pun terpecah dan dijauhi orang.

Sehingga ketika rencana ini ditulis pun tidak nampak lagi bibit-bibit kerenggangan yang bakal terbit antara keduanya, apatah lagi dalam keadaan kebebasan mereka yang terhimpit oleh pengambilalihan akhbar Nan yang siang Pau. Kini mereka melalui suasana yang pernah dialami oleh masyarakat Melayu ketika akhbar Utusan melayu dibeli Umcino pada tahun 60 an dahulu. MCA kini memenangi peperangan yang akan menjerut mereka. Budaya mereka tidak seperti Melayu yang selalu alpa.

MELAYU DAN INDIA TERTIPU:

Dahulunya kedua ras ini secara monopoli dikuasai oleh UMNO dan MIC. Kini dengan perkembangan politik semasa dan penyebaran maklumat yang lebih bebas melalui era IT, mereka sudah mencelikkan mata dan membuka minda. Kepompong yang membutakan mata mereka sudah terkoyak dan mendedahkan mereka kepada kebenaran yang sekaligus menghilangkan kebatilan. Mereka sedar akan permainan pemimpin Umno dan MIC. Kini mereka mempunyai wadah lain yang lebih jelas dan jitu nawaitunya.

Lanjutan pemerintahan pemimpin lalu yang kemudiannya dinakhodakan si Mahathir haprak menyaksikan betapa mudah isu perkauman ditiup dan dinyalakan oleh pihak berkuasa. Amatlah rugi dan malang apabila pemikiran rakyat dibentuk dan dibendung oleh faktor Mahathir, akhbar dan Televisyen.

Umcino dan MIC memang sengaja memiskinkan majoriti bangsanya. Ini demi kepentingan politik sempit mereka. Jika ahli dalam keadaan miskin, akan memudahkan mereka melakukan ugutan dan manipulasi. Memang mereka ujudkan juga beberapa individu kaya raya sebagai IMEJ hasil perjuangan parti mereka. Hakikatnya itu hanya sebagai wayang juga. Kebanyakan mereka adalah proksi kepada pemimpin politik. Seperti Tajudin Ramli kepada Daim dan sebagainya.

Lihat bagaimana pemimpin MIC menyelewengkan saham yang diperuntukkan kepada masyarakat India. Lihat juga bagaiamana mereka menggelapkan dana wang tabung India selatan yang digunakan untuk warga tua pulang ke sana. Lihat bagaimana kayanya Samy Vellu sehingga berjaya mengadakan khenduri kahwin anaknya sebagai yang terbesar di malaysia- ‘a million ringgit marriage’ dan menjemput pula artis India merayakan majlis itu.

Lihat pula rakyat Malaysia keturunan Melayu dan India yang majoritinya susah dan dalam kedaifan. Luangkan lah masa dan berjalan menyaksikan fenomena sedih ini. Jangan hanya kita makan angin tanpa melihat rakyat marhaen kita yang lain. Usah diikut resam Menteri yang menutup pemandangan dengan kepingan zink seperti di Kuala Lumpur. Mudah bagi mereka menyelesaikan sesuatu masalah……hanya TUTUP!! Walaupun masalah itu menjolok mata di sebaliknya.

Pernah kah kita melihat rakyat yang berteduh hanya di bawah kolong jambatan? Dalam kotak yang dibuat sebaga rumah? Rumah tua yang usang? Bermalam di kaki lima? Berteduh di surau dan tokong? Wajarkah bagi sebuah negara yang berkokok nyaring tentang kemajuan masih membiarkan rakyat sendiri susah dan sempit sekali kehidupannya???!!! Memilih apa yang patut orang asing tengok dan pandang serta menyembunyikan hakikat kemiskinan sebenar!! Itulah PARADOKS dalam negara kita.

BERLAKU KEBANGKITAN RAKYAT- MAHATHIR SUDAH DI GARISAN PENAMAT

Perpaduan kaum yang sebenar dan erat akan menekan Mahathir, kerana di situlah kunci beliau melakukan onar politik. Sebab itu pembentukan Barisan Alternatoif sangat-sangat membimbangkan beliau. Segala cara dan sumber telah beliau gunakan untuk memecah-belahkan perpaduan mereka. Pasukan beruniform birutua (PDrM) itupun habis dikerahnya umpama milik parti sebagai pecacai memusuhi rakyat. Segala keonaran dan keganasan mereka rakyat awam himpun dan arkibkan sebagai rujukan kelak, tatkala demokrasi sudah hilang sebagaimana yang telah kerajaan sekarang lakukan.

Lama mana lagi mahathir boleh bertahan sedangkan rakyat yang memusuhinya ada di mana-mana. Tanpa ejen keselamatan yang berpuluh orang mengelilinginya, mahathir tak mungkin berani berada di khalayak. Dia umpama seekor gajah besar yang cukup takut dengan tikus-tikus kecil yang mengelilinginya. Mahathir sudah di hujung gemilangnya. Bahkan ia mula bermain tahi yang bakal menenggelamkan segala jasa-jasanya yang terdahulu. MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA MAHATHIR MATI MENINGGALKAN CELAKA.

Dr Nologareng






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : dppkd@hotmail.com