Assalamualaikum,
Sudah lama saya tak berkesempatan untuk menulis di laman saudara.
Sungguh jijik sekali mereka yang asyik mensabotaj ruangan saudara ini,
sampai pada satu ketika, saya langsung tak tau apa link ke laman saudara
(nasib baik dapat search).
Saya cuma nak komen sedikit saja pasal Pilihanraya Kecil Likas yang
baru berlalu. Kita semua tahu Yong Teck Lee menang besar. Pada pendapat
saya YTL menang kerana kebanyakan pengundi Cina mengundi beliau,
bukannya keADILan atau PBS. Mengapa undi YTL sedangkan dia mempunyai rekod
salah-laku sewaktu berkempen? Sudah pasti kerana Ketua Menteri Sabah
yang baru ialah seorang Cina. Orang Cina tidak akan melepaskan peluang
ini untuk mendapatkan pembangunan yang sewajarnya daripada kerajaan
Sabah yang sudah pasti akan mengutamakan kaum Cina lebih dari kaum lain
kerana, ya kerana kaum lain sudah dapat turn mereka untuk jadi CM.
Tapi malang sungguh kerana we all turn a blind eye to ketidakADILan dan
rasuah.
Lagi satu faktor ialah kerana PTI sudah lama sangat duduk di Sabah
(sampai berpuluh tahun) yang mereka ni dah jadi rakyat Sabah dah. Of
courselah IC diorang tu valid. Diorang ni jadi pengundi hantu di siang hari
kerana mereka ini punya IC yang sah, cuma birth certificatenya maybe
fake.
sekian,
Engineer Terengganu