Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAT SABU DITAHAN POLIS

PERUTUSAN 17
PROGRAM GEMPUR PEMUDA KEADILAN NEGERI SEMBILAN 2001
PEMUDA MENGASAK KEADILAN MERATAH KEZALIMAN

MAT SABU DITAHAN POLIS

16 Julai 2001,Jelebu- Sempena ulangtahun ke 20 pemerintahan Dr. Mahathir Polis Jelebu telah bertindak nekad dengan menahan seorang ahli parlimen Barisan Alternatif YB Md Sabu. Kejadian berlaku semasa PAS kawasan Jelebu membuat satu program penerangan isu semasa. Markaz Pas Jelebu di kg. Chenor merupakan satu kawasan persendirian yang berpagar. Majlis bermula dengan tenang tanpa gangguan rostrum terletak didalam rumah dan semua kira-kira 500 orang hadirin duduk dalam kawasan tanah persendirian yang berpagar mendengar pidato pertama oleh YDP Pas Kawasan Cikgu Hj.Jaaman dan kemudian Dr. Rosli Yaacop (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan). Semasa Dr. Rosli sedang berucap masuk dua orang berpakaian Polis dengan diiringi kira-kira 10 orang FRU siap lengkap dengan senapang gas pemedih mata ,cotar dan penghadang untuk menghentikan majlis. Pertikaman lidah telah berlaku penganjur dan beberapa exco pemuda keadilan negeri sembilan yang kebetulan berada disitu ke hadapan rostrum mempertikaikan tindakan polis. Polis merampas mikrofon dan rostrum, YB Md Sabu yang kebetulan berada disitu turut sama membantah tindakan polis. Polis mengarahkan orang ramai bersuarai tetapi ternyata usaha mereka gagal. YB Md. Sabu terus berucap atas permintaan ramai kali ini beliau berucap dari dalam rumah dan tanpa pembesar suara. Polis sekali lagi masuk kali ini dengan lebih kurang ajar ada yang sedang duduk dipijak FRU sekumpulan SB berbaju preman terus menahan YB Md Sabu. Seorang exco pemuda keadilan Hafiz dan Pemuda Pas Kawasan Hanif yang cuba mempertahankan Md Sabu turut ditahan. Md. Sabu dan isteri serta 2 lagi telah ditahan di balai Kuala Klawang.

Kira-kira jam 3.30 pagi barulah YB dan isteri dibebaskan bersama dua lagi yang ditahan dengan ikat jamin RM 2000.

Sdr. Hafiz (exco pemuda keadilan negeri sembilan) dalam kenyataannya selepas dibebaskan menyatakan yang beliau agak lucu dengan tuduhan beliau iaitu didapati bersalah dibawah akta polis kerana melaungkan takbir dan mendengar ceramah tanpa permit. Semua OKT diarahkan melaporkan diri 4 Ogos 2001 di balai polis kuala klawang.

Pemuda mengasak keadilan
Meratah kezaliman






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com