Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kelantan bebas Black Metal - Polis

Oleh Salmah Mat Hussin

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Jani, berkata remaja serta golongan belia di negeri ini bebas daripada gejala Black Metal seperti yang melanda remaja di beberapa negeri lain.

Beliau berkata, walaupun pihaknya menerima aduan serta maklumat orang ramai berhubung isu tersebut, namun hasil siasatan yang dijalankan mendapati remaja dan beliau di negeri ini adalah bebas daripada gejala tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, pihak polis sentiasa memantau keadaan bagi memastikan golongan pelajar dan belia tidak terjebak ke dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti itu, termasuk ajaran sesat, selain daripada kegiatan jenayah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Polis Malaysia Bahagian Kelantan, di Ansar Inn, di sini Sabtu lepas.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Turut berucap pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Dato' Mansur Jaafar dan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Bahagian Kelantan, Haji Daud Ismail.

Menurutnya lagi, jabatannya sering dihubungi oleh pihak media dan agensi kerajaan, termasuk Jabatan Perpaduan Negara, untuk mengetahui perkembangan itu.

"Tetapi alhamdulillah setakat ini remaja Kelantan bebas dari gejala berkenaan," katanya lagi.

Pada majlis itu juga beliau mengingatkan ahli persatuan agar memisahkan tugas mereka sebagai pemimpin masyarakat dengan politik.

Jika tidak, jelasnya, mereka akan menghadapi masaalah untuk menyelesaikan masaalah masyarakat setempat di samping tugas untuk menjaga keamanannya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru pesara polis turut membantu Pasukan Polis Diraja Malaysia PDRM, khususnya dalam usaha membanteras gejala negatif dan jenayah lain yang berlaku di kalangan masyarakat.

Tegasnya, tenaga mereka masih diperlukan, sesuai dengan pengalaman yang dimiliki oleh tiap-tiap individu bekas anggota.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com