Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


‘WHO WANT TO BE A MILLIONAIRE’

Semasa ucapan penggulungan persidangan umno yang dihadiri oleh lebih dua ribu perwakilan ahli ahli yang berotakan dengan otak lembu, dollah bedui timbalan presiden parti tersebut yang berangan angan untuk menduduki kerusi P***M** Malaysia yang kelima telah berkata tentang rasuah yang patut dibuat oleh ahli ahli perwakilan. Perkiraan dollah bedui bahawa sekiranya perwakilan umno yang hadir pada hari itu sebanyak 2027 ekor ini menerima wang upahan rasuah sebanyak satu juta ringgit seorang maka jumlah yang perlu disediakan oleh pemberi rasuah hanyalah berjumlah lebih kurang dua ribu dua puluh tujuh juta ringgit sahaja.

Sememanglah wang sejumlah itu tidak besar jumlahnya bagi seorang yang mempunyai cita cita besar untuk menjadi seorang presiden parti bukan melayu itu kerana kepercayaan mereka ialah dengan menjadi presiden sebuah parti yang sudah hampir mampus ini akan berpeluang menjadi P***M** Malaysia dan mempunyai kuasa yang ‘ultimate’. Ternampak kerisauan pada dollah bedui perkara ini akan terjadi dan jika ini terjadi maka akan tergugatlah kedudukan dan angan angannya.Apakah yang tersirat didalam diri dollah bedui dan apakah maklumat rahsia yang diketahuinya sebagai menteri yang menjaga pasukan polis terutamanya pasukan cawangan khas yang memang kerja mereka ialah menjaga kepentingan politik umno orang orang tertentu dengan gaji dibayar oleh rakyat (jelata - pinjam kata kata ayo yo samy no value)

Bagi para perwakilan yang terdiri dari ahli ahli haprak di bahagian bahagian umno di seluruh negara, yang kebanyakkan nya terdiri dari kakitangan kerajaan yang kebanyakkannya bergaji tidak lebih dua ribu ringgit sebulan atau yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu, yang hanya berharap untuk menyamun duit duit peruntukkan projek kepada rakyat atau yang hanya berharap menumpang duit perbelanjaan pilehanraya, jumlah satu juta ringgit untuk seorang amatlah besar dan amat bermakna kepada mereka. Untuk memperolehi satu juta ringgit dalam sekelip mata ibaratkan bagai bermimpi disiang hari dan mengigau di malam hari. Kalau mati dan hidup kembali pun tidak akan berjaya memperolehi wang sejumlah itu. Kalau menyertai rancangan ‘who want to a millionaire’ pun sama sekali tidak akan berjaya mendapat sejumlah itu. Hanya dengan berjaya dipilih menjadi perwakilan umno bahagian ke persidangan umno pusat dan bersetuju untuk mengundi kepada calun yang ditentukan sudah pasti jumlah satu juta ringgit akan berada dalam kocek tanpa perlu menandatangani sebarang baucer atau surat. Maka angan angan dan cita cita yang selalu berada dikepala perwakilan umno untuk beristeri muda dengan pilihan kepada puteri puteri umno yang peluangnya dibuka oleh mahathir anak benggali kutty akan menjelma menjadi kenyataan.

Inilah faktor penyebab pencalunan dan pemilihan untuk menjadi perwakilan menjadi sengit dikalangan ahli ahli dan jawatankuasa bahagian kerana peluang dipilih menjadi perwakilan bererti pintu gua telah terbuka untuk mendapat habuan dari kuasa mengundi semasa pemilihan dijalankan.

Pada tahun 2002, pemilihan peringkat majlis tertinggi akan dijalankan dan tidak terkecuali pemilihan dari jawatan presiden dan timbalan presiden. Apakah mahathir akan mengunakan strategi seperti dimasa lepas dengan memaksa semua ahli ahli umno yang mudah lupa supaya mengecualikan pemilihan untuk kerusi presiden dan terpaksa juga memasukkan kerusi timbalan presiden demi untuk mengekalkan kuasanya sebagai presiden umno dan seterusnya jawatan P***M** yang sedang enak didudukinya sekarang. Apakah kumpulan kumpulan ‘rough rider’ yang berada didalam umno sekarang ini akan memberi peluang kepada mahathir sekali lagi setelah sekian kali dia berjaya menipu ahli ahli umno kerana mereka mudah lupa.

Dalam parti umno yang sedang nazak ini terdapat mazhab mazhab atau geng geng.Terdapat geng mamak, terdapat geng anak raja musang, terdapat geng reformis, terdapat geng daim, terdapat geng musa hitam dan ghafar baba. Mahathir dan dollah bedui pula tidak mempunyai geng secara khusus tetapi mereka mengekspolitasikan kesemua geng geng ini dengan cara ‘divide and rule’. Geng reformis yang bersimpati dengan DSAI telah berjaya dibersihkan oleh mahathir kutty dan kini tiba pula masa untuk membersihkan semua geng daim dan agak sukar bagi mahathir mengenali geng daim kerana mereka amat low profail dalam arena politik umno. Bagi mereka menyertai umno kerana kepentingan dan laluan mudah untuk menyamun peluang peluang ekonomi dan mereka mempunyai sumber dana yang besar untuk mengerakkan segala aktibiti politik.

Mahathir kutty dan dollah bedui sebenarnya telah tercium agenda geng daim yang akan menjalankan satu konspirasi untuk menjatuhkan mereka pada tahun 2002 nanti dengan merasuah semua perwakilan ke persidangan umno dengan sejumlah besar wang dalam anggaran satu juta ringgit untuk setiap orang. Perwakilan yang mencadang dan menyokong usul akan memperolehi tambahan jumlah yang sama. Agenda geng daim ialah menjatuhkan mahathir kutty dari kerusi presiden umno. Maka itulah mahathir telah memulakan strateginya sama seperti strategi yang dibuat kepada DSAI. Dengan menggunakan penulis buku yang dahagakan wang khalid jefri, mahathir mendedahkan semua keburukan daim dan balachinya. Buat masa ini mahathir sedang mengkaji dan meneliti dengan nasihat daripada cawangan khas apakah bentuk tindakan dan tuduhan yang akan dikenakan kepada daim. mahathir agak gentar untuk bertindak secara melulu terhadap daim kerana kuasa wang yang ada pada daim lebih berkesan dari kuasa politiknya kerana jika tersalah bertindak akan menyebabkan kedudukanya pula yang terpelanting kerana dalam salasilah umno ‘Money is the power of politic’.

Mahathir seperti biasa mengunakan bahasa hapraknya mengulas soalan soalan wartawan tentang hubungannya dengan daim sama seperti bahasa haprak yang digunakan olehnya pada 1hb September 1998 sehari sebelum dia memecat DSAI. Tunggu dan lihat realisasi dari bahasa haprak mahathir.

ADOLFHITLER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com