Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Antara Sanjungan dan Penghinaan!

20 tahun lalu apabila seorang doktor perubatan yang disegani oleh masyakarat Kedah (kerana beri khidmat perubatan percuma) mengambilalih kepimpinan negara, bagaikan penyapu baru, kita menyaksikan Dr. Mahathir adalah seorang yang dinamis, lurus, dan mengutamakan profesinalisma dalam mengurus negara. Lantas kita melihat, beliau menyapu "bersih" pemimpin yang melakukan rasuah, menukar pemimpin yang tidak ada kelayakan akademik kepada yang ada ijazah (walaupun begitu ada satu dua yang tak lulus LCE tetapi jasa mereka dikenang), menyamakan waktu kerja di Sabah/Sarawak dengan Semenanjung, dan memperkenalkan sologan "bersih, cekap, dan amanah." Maka kita lihat rakyat mulai yakin kepada kepimpinan Dr. Mahathir.

Apatah lagi apabila beliau berjaya memujuk dan "memukau" Anwar Ibrahim pada awal kepimpinannya. Imej "Islamik" yang ada pada Anwar merupakan bonus kepada Mahathir dan UMNO seluruhnya. Mahathir berjaya memujuk rakyat bahawa perjuangan Islam sebenarnya didokong oleh UMNO dan bukan PAS. Lantas, apabila Mahathir memperlekehkan hukum Islam dan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS, UMNO dan ahli-ahlinya yang majoriti Islam tidak sedikit pun terasa terhina. Apabila kepimpinan UMNO Mahathir mengina ulama', menangkap ulama', mempengaruhi BN menyekat bantuan kepada negeri Kelantan yang majoritinya orang Melayu tetapi diperintah oleh PAS, ahli-ahli UMNO dan rakyat yang mengaku Melayu dan Islam terus menyokong Mahathir.

Mahathir disanjung sebagai wira negara, bapa melayu moden, bapa pembangunan moden, adi sejagat dan pelbagai gelaran yang mengkagumkan kerana berani membawa perubahan demi perubahan walaupun negara-negara saingan tidak suka melihat apa yang dilakukan oleh Mahathir. Lalu, Dr. Mahathir mulai merasa seronok dengan seribu satu macam sanjungan yang diberikan dan mulai merasa angkuh, bongkak, dan tamak. (Inilah bahayanya terlalu menyanjung pempimpin atau individu tanpa had yang ada dalam UMNO. Semoga menjadi i'tibar kepada semua orang termasuk ahli-ahli PAS juga).

Maka bermulalah pembinaan empayar kekayaan Dr. Mahathir melalui kroni-kroninya dan anak beranaknya. Bagi mempertahankan empayarnya, Mahathir melakukan apa saja, dari pemusnahan kuasa raja-raja hinggalah kepada memperolehi kuasa mutlak menentukan segala-segalanya dalam pengurusan dan pemerintahan negara. Rakyat ditindas setiap hari dengan harga barang yang tidak pernah turun. Tol tidak pernah turun. Ribuan orang kena buang kerja. Akibat dari tangan-tangan manusia sendiri dan teori-teori ekonomi/politik ciptaan manusia, negara menjadi gawat: gawat aqidah, gawat sosial, gawat ekonomi, dan gawat politik. Ditambah pula, hari demi hari, Mahathir terus menerus menghina Islam, mempermain-mainkan hukum Tuhan, menolak perlaksaan hukum hudud walaupun hanya untuk negeri Kelantan, mencaci ulama', memperkecilkan ayat-ayat al-Qur'an, menghina Nabi Muhammad saw, menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Qur'an, mengatakan hukum Islam tidak sesuai, menyatakan Malaysia tidak akan jadi negara Islam, menyebut bahawa kalau hukum Islam berjalan maka huru hara negara, sungai menjadi busuk kerana banyak tangan-tangan orang Islam yang dipotong dan dicampak dalam sungai dan berbagai-bagai lagi.

Bagi mempertahankan empayarnya, maka Anwar, yang menjadi budak suruhannya yang dibela dan diasuh untuk menyambung pemerintahan empayarnya terpaksa dikorbankan dengan cara yang amat hina apabila Anwar tidak dapat lagi bertahan dengan segala bentuk kemungkaran, penyelewengan, dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan BN-UMNO dalam negara ini bagi mempertahankan empayar yang dibina oleh Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Kini segala sanjungan dan gelaran yang hebat yang pernah beliau terima ditukar oleh Allah SWT kepada penghinaan dan kejian yang sama hebat atau lebih dari itu. Setiap waktu dan ketika ada orang yang menyumpah Mahathir, yang mendoakan kehancuran hidupnya, yang melaung-laungkan keburukan beliau, dan yang menyebarkan cerita-cerita buruk tetapi kisah benar mengenai beliau. Inilah hukuman yang diterimanya. Dr. Mahathir dihukum bukan saja hina semasa beliau masih hidup tetapi akan menerima balasan yang lebih dahsyat di alam barzakh dan di padang mahsyar kelak akibat dari perbuatan beliau yang menghina Islam dengan hebat sekali. Jiwa beliau tidak tenteram. Kepalanya serabut. Fikiranya kusut. Hatinya bertambah hitam. Mukanya sudah hilang cahaya kebenaran. Inilah akibat dari perbuatan menazalimi orang-orang yang tidak berdosa.

Apakah kita rakyat Malaysia, khususnya Muslim, akan bersedia untuk menerima Mahathir apabila hampir pilihanraya ini, Mahathir akan memakai jubah dan serban menjelajah seluruh Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala keasalahannya? Apakah rakyat Malaysia bersedia untuk menjadi dingin apabila terlihat gambar Mahathir berpeluk dengan Dr. Haron Din (walaupun usaha beliau gagal sehingga hari ini) dan menghamburkan airmata sepertimana dalam Persidangan Agong UMNO? Apakah rakyat Malaysia bersedia untuk menerima Mahathir kembali sekiranya Mahathir berjanji akan melantik Ustaz Fadzil Nor atau TG Ustaz Nik Aziz menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa kempen pilihanraya akan datang?

Belajar dari sejarah dan pengalaman masa lalu kerana mereka adalah guru yang membawa kepada pembinaan tamaddun hidup yang lebih baik.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com