Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Surat - wajiblah kita berbuat sesuatu !

Menemuimu:
Kassim Aspura

Assalammualaikum…..

Maaf pasal tak jawab telefon semalam. Kami di Aspuri ni masih dalam keadaan trauma akibat kejadian hari Jumaat lepas. Sebagai seorang pelajar aku amat terkejut dengan kejadian peniaga di kampus kita yang 'memukul dan mengugut pelajar dengan menggunakan pisau'. Jika menurut pemikiranku sudah tentu kejadian sebegini akan dapat dielakkan kerana ia adalah keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh akal yang normal.

Apa yang menjadi persoalan ialah patutkah aku berdiam diri melihat perkara ini berlaku di depan mata aku? Apakah aku patut biarkan kejadian sebegini berulang lagi? Kerana kau pun tahu ramai di kalangan kawan kita yang tahu cerita sebenar namun tidak mahu tampil memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan. Hasilnya, banyak fakta yang telah diselindung dan diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan imej pelajar keseluruhannya tercemar. Kau tentu sedar tentang masalah salah tanggap para pensyarah, kakitangan IPB serta orang luar tentang persoalan ini. Semasa menghadiri kelas pada awal minggu ini, aku dapati beberapa orang pensyarah telah menyuarakan pandangan mereka dengan menganggap semua pelajar IPB adalah samseng(?).

Aku ingat bukan salah pensyarah atau sesiapapun beranggapan sebegitu buruk terhadap kita semua kerana dalam keadaan mereka tidak memperolehi maklumat yang sebenar. Tetapi, mengapakah kau yang tahu hanya berdiam diri sahaja?

Aku tidak setuju dengan alasan kau yang 'tidak mahu masuk campur'. Kau harus ingat orang tua-tua ada menyebut 'hari ini hari dia, mungkin besok hari kau'. Kau tentu sedar hakikat bahawa selagi peniaga yang sama menghuni kampus ini, selagi itulah kemungkinan masalah ini akan berulang adalah tinggi. Siapakah pula yang akan kena nanti bergantunglah kepada keadaan.

Oleh yang demikian, sebelum lebih ramai pelajar diganasi atau seorang lagi dari kalangan keluarga kita dibelasah wajiblah kita berbuat sesuatu. Aku harap kau akan cuba menyuarakan perkara ini kepada MPP demi melindungi kepentingan pelajar. Paling kurang, sebagai seorang pelajar biasa aku amat merasa jijik melihat perbuatan tidak bertamadun seperti ini. Aku harap kita boleh memainkan peranan menggunakan hak kita sebagai pengguna yang sedar. Gunakanlah Kuasa Beli Kita.

Sekian, Wassalam.

Kekasihmu:

Puteri Liana
04.07.01

P/S: Surat ini kuutus untukmu hanya sebagai peringatan buat kita berdua.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com