Pada malam ini 10/7/2001 Program Ceramah di Masjid Subang Airport sekali lagi diganggu oleh Anjing-anjing suruhan Mahathir. Majlis ceramah yang sepatutnya di sampaikan Oleh dua orang penceramah iaitu YB. Dr. Hassan Ali (MP/ADUN PAS) & YB. Ustaz Nasarudin Daud ( ADUN Meranti Kelantan) terpaksa di batalkan atas arahan MB. Mohd Khir Toyo.
Pada sebelah petang iaitu selepas solat Asar dikhabarkan bahawa MBSA ( Majlis Bandaraya Shah Alam ) dan pihak berkuasa yang lain telah pergi ke Masjid Subang Airport dan memberi amaran agar Ceramah pada malam ini tidak diadakan dan semua peniaga-peniaga tidak dibenarkan berniaga. Dan barangan niaga akan dirampas jikalau masih ada yang degil berniaga. Begitu juga pihak yang menganjurkan ceramah akan dikenakan tindakan undang-undang jikalau ceramah di teruskan. Begitulah HAPRAKnya puak-puak UMNO atau (UMCINO) yang di ketuai oleh seorang MB yang masih mentah dan menjadi kuda tunggangan diktator tua Mahathir yang sanggup melakukan apa saja asalkan dia kekal berkuasa.
Tetapi mereka lupa akan kuasa Allah. Mereka membuat perancangan bagi menggagalkan program ini tetapi mereka lupa bahawa Allah juga mempunyai perancangannya tersendiri dan yang pasti adalah rancangan Allah yang lebih baik. Memang program di subang airport di batalkan tetapi atas perancangan Allah yang memberi idea kepada pemimpin gerakan islam akhirnya ceramah ini dipindahkan kesebuah Surau di kampung melayu subang dan alhamdulillah ceramah dapat dijalankan dengan sebaik mungkin walaupun ceramah hanya disampaikan oleh salah seorang dari dua penceramah seperti yang disebut diatas iaitu Ustaz Nasarudin namun dengan penyampaiannya yang jelas dan bernas alhamdulillah segala kekecewaan kerana pembatalan di Masjid Airport akhirnya terubat jua.
Ceramah Ustaz Nasarudin hanya berkisar kisah Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu bersesuaian dengan tajuk ceramah iaitu Ceramah Maulidur Rasul. Tetapi itu pun dihalang oleh Puak-puak anjing-anjing suruhan Mahathir. Disepanjang ceramah tersebut saya dapat melihat Siput Babi - Siput Babi (SB) berkeliaran di sekeliling Surau bagi memantau ceramah tersebut.
Ingatlah wahai pihak-pihak berkuasa khususnya Polis bahawa kamu diamanahkan untuk menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat jelata dan bukannya untuk menjaga Mahathir dan Khir Toyo. Gaji kamu di bayar oleh rakyat yang duitnya di ambil dari segala cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat. Jadi sepatutnya kamu berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk Mahathir gila itu.
Akhir sekali saya ingin memberi tahu kepada pihak-pihak yang gila ini bahawa api kebangkitan islam tidak akan dapat dipadamkan dan ianya akan terus menyala sehingga ke hari Kiamat. Yang padam ialah kita manusia ini. Apabila sampai masanya kita akan mati dan menghadap Allah S.W.T dan disitulah segala apa perbuatan kita diatas dunia ini akan dipertontonkan dan dipersoalkan. Kamu jangan ingat Mahathir akan tolong kamu wahai kaki-kaki ampu dan bodek sekalian. Kamu jangan ingat apa yang kamu buat akan berakhir di dunia ini. Tidak wahai saudara sekalian. Sesungguhnya kita akan berjumpa di akhirat kelak.
Oleh itu, wahai pejuang-pejuang sekalian, ayuh bangkitlah dan teruskan perjuangan kamu sesungguhnya Allah bersama-sama kita.
Allahu Akhbar………. Allahu Akhbar………. Allahu Akhbar.
PAS: KEARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL.
Islah 10/7/2001 1200 mlm.
ISLAH MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEADILAN .