KALAU akhbar berbahasa Cina Nanyang Press dan China Press sudah merasai bahang pembiokotan masyarakat cina kerana penukaran pengurusan syarikat kepada syarikat milik MCA, Hauren. Menurut laporan Agendadaily jualan kedua-dua akhbar tersebut menurut begitu teruk.
Kini akhbar daripada Kumpulan Berita Harian juga terut merasai bahang pembiokotan masyarakat melayu hasil daripada kempen biokot akhbar arus perdana oleh BA. Mungkin kesannya sudah lama dirasai tetapi memandangkan mereka merukan gergasi akhbar di negara ini mereka masih mampu bertahan. Tapi sampai bila mereka mampu bertahan demi menjaga maruah?
Berita Harian juga mengalami penurunan pengedaran yang teruk dan memberikan implikasi terhadap perjalanan operasi syarikat akhbar itu. Menurut sumber yang rapat dengan akhbar itu memberitahu JEBAT ALAF BARU bahawa pihak pengurusan tertinggi akhbar itu telah mengarahkan semua pejabat cawangan di wilayah utara ini ditutup. Para wartawan dan stringernya diarahkan bekerja daripada rumah masing-masing. Khabarnya alaun perjalanan para petugasnya juga menghadapi masalah pembayaran.
Kalau wilayah utara ini arahan seumpama itu diberi. JEBAT ALAF BARU juga yakin pejabat cawangan Berita Harian di wilayah timur dan selatan juga mengalami nasib yang sama. Bagi mempastikan keadaan ini pelapor reformasi di wilayah lain boleh lah merisik rakan-rakan yang kita ada.
Persolannya mengapa begitu teruk nasib yang terpaksa ditanggung oleh akhbar gergasi ini? Tauke-tauke akhbar ini mestilah duduk merenung sejenak tanpa sebarang prajudis mengapa Berita Harian mengalami nasib buruk ini. JEBAT ALAF BARU yakin segala apa yang berlaku adalah kesan laporan yang tidak tepat dan berat sebelah selepas Anwar Ibrahim disingkir dan dimalukan daripada persada politik negara.
Ingatlah wahai tauke-tauke akhbar arus perdana, kamu boleh mengarahkan pekerja kamu membaut laporan yang tidak tepat malah boleh mengarahkan mereka memutar belitkan fakta, tapi ingat! Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat malah apa yang terselit dilubuk hati kita pun Allah mengetahuinya. Ingat juga! Bahawa balasan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan hari ini pasti akan dibayar tunia oleh Allah. Kita pasti akan merasanya sejak dunia lagi.
Cuma balasannya tidak serta-merta, mungkin untuk memberi peluang kepada kita untuk bertaubat ataupun untuk terus melalaikan kita dan membiarkan kita terus hanyut dengan mencari kesalahan orang lain. Dari itu sedarlah wahai tauke-tauke akhbar dan mereka yang turun bersongkolkol dengan mereka. Bertaubatlah sebelum terlewat!
Buatlah laporan yang tetap tanpa memutar belitkan fakta tanpa mengambil kira siapa dia. Ingat! Tugas dan tanggungjawab kita bukan setakat didunia malah akan dipertanggungjawab hingga akhirat. Harta, nama dan kedudukan dunia boleh di cari tapi carilah memalui jalan yang diredai ALLAH SWT. Balasan ALLAH diakhiran kelak akan lebih pedih daripada sekelumit nikmat yang dirasai di dunia ini.
Ingat! Balasan ALLAH adalah lebih keras daripada balasan manusia di dunia ini. Ingat! Anugerah ALLAH lebih hebat daripada anugerah manusia. Bertaubatlah sebelum terlambat.
JEBAT ALAF BARU
Pemimpin ADIL Disokong Pemimpin Zalim Disanggah.
...................................................
Webmaster : Kilang percetakan Berita Harian pantai timur yang beroperasi di Pulai Serai Dungun, Terengganu dah 2 tahun tutup, kesan boikot reformasi semasa isu sdr Anwar sedang hangat. Bagunan itu masih terbiar sampai sekarang.... Jika sesiapa yang melalui terutama nak ke Kelantan, lihat aje sebelah kanan selepas jambatan Dungun...