Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Surat Terbuka Buat Puteri Liana IPB

Menemuimu;
Puteri Liana

Assalamualaikum...

Suratmu yang bertarikh 04.07.01 telah selamat aku terima.Sebelum aku berbicara lebih lanjut aku ingin meminta maaf kerana tanpa kehendakku surat yang sepatutnya menjadi peringatan kita berdua telah menjadi tatapan umum. Aku rasa terpanggil untuk membalas warkahmu itu demi kebenaran dan keselamatan kita bersama.

Dalam suratmu itu, kau ada bertanyakan mengapa aku mendiamkan diri dalam hal ini. Kau pun tahu, kita pelajar IPB ini telah diajar untuk menjadi penakut dan mendiamkan diri bagi sesuatu kebenaran.Ibarat "hal kau kau punya pasal, hal aku suka hati aku", jadi di manakah ingin aku mencari kekuatan untuk menyatakan perkara yang sebenarnya. Tahukah kau sejak tragedi hitam itu, aku rasa bersalah terhadap rakan-rakan di Aspura mahupun Aspuri. Bukan aku takut untuk berhadapan dengan mereka tapi jiwa dan perasaan aku benci serta geram bila melihat peniaga itu membelasah rakan-rakan di hadapan mataku ini. Aku juga seperti kau dan rakan yang lain di Aspuri, trauma akibat peristiwa itu tetapi aku tidak berdaya.

Selain itu semua kakitangan. di sini hanya tahu menyalahkan pelajar-pelajar yang dibelasah padahal mereka dipukul teruk tanpa melawan tetapi mereka pula dituduh membawa rakan-rakan dari luar dan memulakan pergaduhan tersebut. Lebih parah lagi, ada orang besar tertentu di IPB menyokong perbuatan mereka. Buktinya hari ini mereka bebas berniaga semula selepas kita bercuti. Mereka diarah menutup kedai selama seminggu sahaja, selepas itu kembali beroperasi seperti biasa. Nampaknya kita dan warga IPB seluruhnya telah ditipu dan diperbodohkan secara terang-terangan. Adakah selepas bercuti selama ini kita harus melupakan semua dosa-dosa mereka itu...? Bagiku tidak...tidak sama sekali. Aku tidak akan lupa walaupun cuti itu seminggu, sebulan, setahun malah seabad lamanya. Yang pastinya aku bukanlah seorang " Melayu Mudah Lupa".

Percayalah bakal isteriku, aku ingin menjadi seorang penegak kebenaran namun apalah daya ku, aku hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya. Aku bukanlah seorang al-Musibbatun dan al-Muannas seperti abang Nasir yang mahu tampil dan memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan, walaupun maklumat yang diberikan itu semuanya fitnah dan palsu. Namun jika ada insan yang berani dan benar (bukan al-Muannas)mahu tampil dan memberikan maklumat dengan terbuka dan berterus terang, pastinya akulah orang pertama yang akan mengikut jejaknya. Sebagai bukti kesanggupan aku, termasuklah diri ini dalam kelompok orang-orang yang memboikot kedai air, tanda kebenaran kata-kata dan sebagai persembahan kasih sayang aku terhadapmu. Akhir kata sambutlah salam Boikot Kedai Air dariku untukmu. Wassallam.

Wiramu,




...................
Kassim Aspura.
23.07.01






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com