Pada dasawarsa ini, Mahasiswa sering kali ini
dikaitkan dengan gerakan menentang
kerajaan apabila terlibat dengan penyerahan memorandum
kepada penguasa yang berakhir
dengan demonstrasi secara aman disebabkan penguasa
seringkali memandang rendah
kepada Mahasiswa dengan menganggap mereka sebagai
budak-budak mentah yang tidak
perlu diberi layanan istimewa.
Kenapa Mahasiswa amat berminat kepada perkara ini? Ini
kerana Mahasiswa perlu peka
kepada isu-isu yang menimpa masyarakat seperti kata
pujangga terkenal Iqbal bahawa
‘tidak dinamakan seseorang itu mahasiwa jika dia tidak
mengambil tahu tentang apa yang
berlaku kepada masyarakatnya’. Selagi akta-akta
draconian yang mencengkam hidup rakyat
dari segenap sudut wujud, maka selagi itulah mahasiswa
akan bangun menentangnya.
Dalam menggarap perubahan dalam masyarakat, Mahasiswa
perlu menyemaikan jiwa berani
dan merdeka di dalam diri mereka di samping berhikmah
dan licik dalam tindak tanduk
mereka, sepertimana kata-kata Saja’atul Ali Wahikamtul
Maawiyyah (keberanian Saidina Ali
dan kebijaksanaan Muawiyah). Pendekatan perubahan yang
tepat juga akan meminimumkan
risiko sekaligus memaksimumkan kejayaan sebagaimana
ingatan junjungan besar kita Nabi
S.A.W. yang bermaksud
"Jangan kamu minta-minta bertemu dengan musuh. Tetapi
apabila kamu bertemu dengan
mereka maka teguhkanlah hati kamu"
Gerakan Mahasiwa ini akan lebih subur berkembang dan
dihormati massa sekiranya wujud
semangat pembudayaan ilmu di kalangan Mahasiswa bagi
mendapatkan serta menghayati
ilmu dalam menggerakkan perubahan masyarakat. Dengan
lain kata, pembudayaan ilmu
mampu melahirkan Mahasiswa yang berminda kritikal di
mana mereka tidak akan
mengambil sikap menyokong dan menentang mana-mana
pihak secara membabi-buta.
Proses peningkatan kualiti kepimpinan Mahasiswa yang
bersepadu juga mestilah
digarapkan. Kita mengharapkan kepimpinan mahasiswa
mampu bertindak sebagai pemikir,
pendidik, kaunselor, rakan sebaya dan seumpamanya.
Hanya dengan berbuat demikian yang
memungkinkan peningkatan keberkesanan mahasiswa
sebagai agen sosialisasi masyarakat.
Gerakan Mahasiswa telahpun melalui dekad-dekad lalu
dengan penuh tabah dan sabar.
Berbagai pengalaman pahit dan manis semestinya
mematangkan perjuangan seterusnya.
Perjuangan ini akan berterusan selagi mana kezaliman
dan kebinatangan wujud di dalam
masyarakat.
HIDUP GERAKAN MAHASISWA! MANSUHKAN ISA! MANSUHKAN
AUKU!
Asrul Nizam Abd Jalil
Jurucakap KESATUAN MAHASISWA MERDEKA
kmm_iiu@yahoo.com