Perasan tak siapa Ezam, Saari, Tian Chua, Lokman, Badrul Amin yang terus berada
di Kamunting ? Semua orang Keadilan. Mahathir memang bijak kerana dia berwawasan
jauh. Dia tahu pengaruh Keadilan semakin meningkat dan memikat ahli-ahli UMNO
yang gundah gulana dan muak terhadap kediktatorannya. Tindakan zalimnya serba
sedikit telah merencat perkembangan dan aktiviti Keadilan. Oleh itu Keadilan dan
BA tidak boleh biarkan mereka bersendirian di Kamunting. Bantu keluarga mereka
dan lonjakkan kemunculan barisan depan reformis.
Lagi satu hal ialah beliau takut dan tiada hujah kukuh untuk melawan PAS. Nak
debatpun kecut tel*r ! Sebab itu dia tak berani nak sentuh pemimpin BA dalam PAS
dengan ISA. Kalau dia sentuh juga, macam menjentik sarang tebuan ! Memang
Mahathir bijak kerana dia cuma berani kacau Keadilan yang sedang
"consolidating". Dia takut pada PAS kerana dia tahu PAS sudah "consolidated".
Strategis dan profesional Melayu sudah muak pada UMNO dan sudah beramai-ramai
berhijrah kepada PAS. Ya Mahathir memang bijak tapi ... TUHAN MAHA BIJAK
Sumbangan
Kulai Watung
16 Julai 2001