Kalau aku seorang PM - Kebakaran DTC
Setelah beberapa pertemuan diantara para pelajar universiti sebelum ini iaitu di UKM dan UPM tidak menampakkan hasil yang positif. Kali ini aku mencuba taktik lain pula. Majlis yang dibuat di DTC tu sekadar provokasi aku sahaja. Akan ku arahkan SB melalui orang kuatku Aziz Samsudin untuk merancang membakar DTC . Melalui media massa TV3, RTM dan NTV7 yang akan menggila menyiarkan propaganda ku tentang perbuatan militan pelajar Universiti. Dimasa yang sama aku akan arahkan Ketua Polis negara Si Norian Mai membuat tangkapan ISA terhadap beberapa pelajar yang terpilih. Pelajar yang ditangkap akan diturn over oleh SB supaya mengaku membakar DTC kerana terpengaruh dengan jihad ala parti PAS dan REFORMASI. Bersangkutan dengan itu akan ada pula tangkapan besar-besaran ala Operasi Lalang untuk menangkap dan mengISAkan pemimpin pemimpin kanan Parti Barisan Alternatif. Itulah tujuanku yang paling utama.
Kalau aku seorang PM - Menelefon Hakim-Hakim
Tak perlu aku menelefon setiap hakim-hakim untuk memberitahu supaya mengikut arahanku. Aku hanya perlu membuat satu panggilan telefon kepada ketua hakim Eusoff Chin supaya melaksanakan segala apa jua kehendakku. Mengenai kebocoran maklumat dari Hakim Dato Kamil itu, aku hanya berpura-pura terkejut. Itupun selepas segala usahaku yang terakhir tidak berjaya seperti yang aku katakan pada media TV3 tempohari. " Kalau ada tekanan, sila tarik diri dari meneruskan tugas tersebut. Ataupun jumpa saya. " Sebenarnya yang tersirat dari kata tersebuat adalah " Jika Hakim Dato Kamil tidak mahu menerima arahan ku untuk membatalkan petisyen pilihanraya Likas, sila tarik diri dan aku boleh meletakkan Hakim Agustine Paul sebagai ganti....he..he.." Dan kata-kata " atau jumpa saya tu bermaksud sebelum hakim Dato Kamil menghebahkan kepada siaran media, kita boleh berunding dulu, berapa duit you nak.. RM 1 juta kalau tak mahu juga aku akan gertak untuk menbuka fail-fail Hakim Dato Kamil. Carilah mana-mana fail BPR atau fail-fail Bank, kalau tak ada itu boleh diadakan...akukan PM.
Kalau aku seorang PM - Pengundi Hantu
Tak perlu aku yang merencanakan semua itu. Megat Joned dan Khalil kan ada. Sekarang ditambah pula dengan Aziz Samsudin dan T. Adnan. Pengarah SPR mestilah mesti mengikut kehendak parti aku....aku kan PM. Aku tahu betapa perlunya pengundi hantu ini semasa pilihanraya. Kerana majoriti pengundi yang sebenar tidak lagi mengundi parti Barisan Nasional. Apa lagi kalau bertanding secara bersih jangan haraplah parti aku boleh bentuk kerajaan. Pilihanraya kecil Lunas jadi igauan ngeri buatku. By hook or by crook parti aku wajib menang. SPR mesti diperkudakan habis-habisan.
Webmaster MatDrug
http://matdrug.50megs.com/laman matdrug.htm