Assalamualaikum.
Melayu sudah ingat
Melayu serupun bangsa
Berpegang teguh adat susila
Berakar umbi di Nusantara
Mempunyai kekuatan ekonomi tidak terkira
Itulah sejarah silam yang tertera
Setelah Melayu dijajah oleh penjajah durjana
Membentuk fikrah meninggalkan agama
Beratus tahun lamanya juga
Sehingga membentuk kumpulan tak mahu agama
Kumpulan ini menjadi pemimpin bangsa
Bangsa Melayu yang lemah-lembut sifatnya
Teraju dibawa ke arah pemisahan agama dan negara
Akhirnya bangsa melayu tersesat jua
Di tengah-tengah kesesatan timbul satu kumpulan
Mengajak makruf mencegah kemungkaran
Lalu bangsa Melayu terkejut, tersedar penuh dengan keinsafan
Mereka telah dijajah, dipunah-ranah oleh penjajah tiruan
Lantas mereka beralih haluan
Dengan menyertai PAS dan Keadilan
Al-Matlub
Yang tolong email
WebMaster PASPB