Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lidah Pemimpin BN Lidah Bercabang...

Rakyat marhaen cukup faham tabiat dan perangai para pemimpin BN yang dikepalai kepala shit PIEM itu. Apalagi budaya politik BN sejak dulu, kemajuan..kemajuan..pembangunan..pembangunan..perpaduan..perpaduan..rompak..rompak..samun..samun..harta rakyat, tanah rakyat. Lagi..lagi..bangunan tinggi, mega, besar..KLCC, KLIA, Putrajaya, Bakun, Menara Kembar dan..dan............tetapi hasil yang kaya raya hanya beberapa kerat rakyat Malaysia yang jumlah lebih 22 juta itu. Bayangkan rakyat Malaysia yang majmuk berjumlah 22 juta lebih TAPI YANG KAYA RAYA HANYA DUA TIGA KERAT MANUSIA YANG BERMASTERMINDKAN SEORANG PIEM BERNAMA Dr Mahathir DI MALAYSIA. HARTA DAN KEKAYAAN RAKYAT DAN NEGARA INI HANYA BERLEGAR DISEKELILING MANUSIA KORPORAT YANG dikontrol seorang manusia ego, rakus lagi tamak. Semua ini sudah rakyat dan pengundi cerdik di Likas faham.

Rakyat marhaen, sangat-sangat faham putar belit BN dan para pemimpin mereka berkempen di Likas ini khususnya. Mereka buat peraturan pegawai kerajaan jangan terlibat politik, tapi mereka juga yang heret pegawai-pegawai kerajaan hadir di majlis-majlis politik sempena kempen mereka di Likas, BN larang jangan gunakan masjid untuk tujuan berpolitik tetapi mereka juga yang sibok hendak berkhutbah di beberapa masjid sekitar DUN Likas dan menyediakan khutbah berbau politik hanyir BN yang memeluatkan rakyat. Mereka gunakan pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan yang diketuai oleh Datuk Ustaz Zainal Abidin Abdul Kadir, yang kita tahu memangpun Jabatan Hal Ehwal Khas ini diwujudkan sebagai antara jentera politik UMNO/BN. Belum lagi cerita KEMAS yang tidak kemas itu, YADIM dan JAKIM yang menjadi meriam bambo UMNO untuk menghadapi PAS dan KeADILan.

Kenyataan dan cabaran TPM Pak Lah kepada PBS supaya membuat bantahan/bukti tentang pengundi hantu/warga asing/pengundi bermasalah, adalah berupa cabaran seorang yang mengigau. Kerana parti-parti pembangkang terutama sekali PBS sejak dulu lagi bersikap konsisten untuk menyelesaikan isu pengundi hantu/warga asing di Sabah, termasuk di Likas sekarang ini PBS telah membuat bantahan mengikut peraturan yang betul. Hanya kerana beberapa hal bersabit dengan pengaruh politik BN ke atas SPR terlalu menebal sehinggakan SPR seperti boneka atau kuda yang ditunggang oleh pemimpin politik khususnya UMNO.

Rakyat marhaen juga difahamkan kerana bosannya rakyat dengan sikap BN dan para pemimpinnya yang sudah hilang akal atau manusia panik dan terdesak, satu program yang mereka anjurkan dengan memperkudakan sebuah jabatan kerajaan negeri dan sekolah telah tidak mendapat sambutan. Ini sudah satu isyarat jelas rakyat Sabah dan pengundi di Likas muak semuak-muaknya melihat gelagat para pemimpin BN dan UMNO dari Kuala Lumpur dan UMNO/BN Sabah tukang pengampu itu berkempen di Likas.

Rakyat dan pengundi Likas janganlah anda bersekongkol dengan manusia pelakon politik BN Sabah dan BN KL yang sudah nyata benar sikap diri mereka yang menjadi makhlok lidah bercabang bukan satu cabang tapi teramat cabangnya. Kerana itu, alihkanlah sokongan anda kepada calon parti pembangkang BA KeADILan UNDILAH PUAN CHRISTINA LIEW CALON KEADILAN DI LIKAS pada 21 Julai ini.

Sekian.
Cucu Mat Salleh,
19.7.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com