Sesekali pulang kampong ada ada saja berita Umno
diceritakan oleh meretuaku. Meretua ku masih ahli
Umno tetapi sokong kuat PAS .Aku sendiri tak galakkan
ia masuk PAS,supaya ia dapat banyak berita dalaman
Umno.Pilihan raya yang lepas meretua ku yang minta
aku undi PAS.Keluarganya memang penyokong Umno sejak
berzaman tetapi kini alhamdulillah,semua sokong PAS/BA
. Yang tinggal ada
sorang dua .Itu pun kerana hendak projek JKKK.
Pada 16.6.2001 meretua ku sempat mengikuti ceramah Isu
Semasa Umno, kununnya.Tempat di rumah siAzmi Bongkok
.Jadual asal di rumah tok sidang Hj.Hasim ,Tg.Karang.
Sebanyak 30 hadiah cabutan bertuah berbentuk hamper di
sediakan. Yang hadir adalah 50 - 60 orang. Ada peluang
menang hadiah,kata yang hadir.Satu dari dua yang hadir
tak kan tak ada peluang.Menurut meretua ku jika tak
ada hadiah ,yang datang mungkin 10 atau 20 orang saja.
Walau pun meretua ku hanya sekolah atap,tetapi ia baca
Harakah dan U.Meloya.Ia ngomel-ngomel terhadap
penceramah Umno seorang pensyarah universiti.Kata
meretua ku dalam surat khabar U.Meloya, si Aziz
Konspirasi Shamsudn memberi amaran kepada pensyarah
Universiti jangan berpolitik tetapi dirumah si Bongkok
penceramah Umno adalah pensyarah U. Pemimpin Umno ini
hanya pandai tengok salah orang PAS/BA saja tetapi
sendiri punya salah ,mata tutup juga tambahnya.
Walau bagaimanapun meretua sempat merakamkan beberapa
isu yang menghantu Umno selama ini.Dari rakaman dan
perbualan dengan meretua dapat disimpulkan bahawa:
1.Umno berjaya membodohkan ahlinya.Umno berjaya
mengkakaktuakan ahlinya.
Umno berjaya menjadikan ahli tukang angguk. Umno
berjaya membangangkan
ahlinya. Umno berjaya meletakkan isi kepala otak
ahlinya dikepala lutut.
2.Penceramah dan pendengar mengakui akan kegagalan
Umno memerintah negara
ini. Umno gagal memajukan melayu. Umno gagal
menyatukan melayu. Umno gagal
gagal menyatukan Umno sendiri.Malah Umno berjaya
membuatkan melayu muak
kepada Umno dan malah menyokong PAS ,Keadilan,PRM
malah DAP.
Sikap marah dan iri kerajaan yang diperintah orang
Islam Kelantan masih menebal. Kes Taun yang merebak di
Selangor tempohari adalah kerana taun itu telah
dibawa dari Kelantan,kata penceramah U bodoh.Orang
Kelantan memang ramai berniaga di Selangor tetapi
pengotor. Pendengar Umno angguk-angguk tanda setuju.
Nampaknya orang Umno memang bodoh lagi dibodohkan.
Dalam surat kabar terang lagi jelas menyatakan punca
taun di Selangor adalah kerana pendatang asing
terutama Bangla.Ini Umno punya orang ada baca tapi
tarak tau apa dia ada baca.Bolooh punya orang .
Dalam sesi soal jawab ,soalan-soalan lebih tertumpu
kepada kegagalan Umno.Umno gagal menyatukan Melayu
terutama anak muda berpelajaran.Ramai yang lebih
berminat kepada PAS dan Keadilan walaupun tiada
ganjaran atau upah yang diberikan olah parti
berkenaan.Penceramah juga mengakui Umno ada kasta .
Ada kasta satu ,dua dan tiga. Perpecahan Umno telah
parah terutama dari kalangaan atasan yang berebut
jawatan dan rasuah.Yang kalah akan menyokong PAS dan
Keadilan dan membocorkan maklumat dalaman Umno.
Pimpinan atasan Umno pula tidak cuba menyelesaikan
masalah ini. Mereka lebih berminat kepada penyelesaian
kroni mereka.
Ceramah Umno selalu gagal menarik perhatian orang
ramai.Sebab isu yang sering ditimbulkan adalah isu
lapuk tentang pembangunan. Rakyat sudah pandai
menilai.
Berbeza dengan ceramah PAS dan Keadilan seperti
ceramah yang telah diadakan diS.Bernam yang berjaya
menarik puluhan ribu orang.Wan Azizah,Dato' Hasan Ali
adalah antara pemimpin BA yang mampu menarik ribuan
orang mengunjungi ceramahnya.Mana ada orang Umno yang
mampu berbuat demikian ,tanya orang ramai yang hadir.
Pemimpin Umno disarankan jangan hanya melihat
kesalahan PAS sebagai punca perpecahan melayu. Dalam
rumah orang UMNO malah dalam rumah pemimpin Umno
sendiri gagal menyatukan anak-anak mereka. Yang
gilakan pangkat dan kuasa akan sokong Umno. Tetapi
dalam rumah yang sama ada anak yang sokong PAS dan
ada sokong Adil. Bagaimana Umno nak satu kan mereka?
Anak sendiri pun,pemimpin Umno lagi gagal disatukan,
ini kan pula masyarakat Melayu.
Cik Gu Roslan menyatakan ramai pelajar U sekarang
menyokong PAS dan Adil.Umno gagal berbuat sesuatu dan
menarik pelajar IPT . Ini menggambarkan Umno sendiri
dalam keadaan nazak di kalangan pelajar U.
Penceramah gagal memberikan penjelasan apabila ada
pertanyaan orang Cina masuk Umno dan kesannya terhadap
undang-undang tubuh dalam Umno dan masyarakat Melayu
amnya.
Keseluruhannya kata meretua ku ceramah Isu Semasa
dirumah si Bongkok hanya cerita lapuk dan
pembohongan Umno. Jika tidak kerana 30 hamper, yang
datang mendengar adalah beberapa kerat. Sahlah sudah ,
orang Umno memang mudah dibeli.Sambungnya
lagi,kata-kata Pak Lah,TPM,Cina Umno dari Sabah hanya
memerlukan 2 biliion ringgit untuk dapat menjadi PM
Malaysia akan datang kerana melayu Umno memang boleh
dibeli dengan wang ringgit.Dia tidak kaget jika satu
hari nanti PM Malaysai adalah dari kalangan Cina Sabah
yang kaya.
Menantu Reformis.