BETULKAH ‘KUKUH UMNO KUKUH NEGARA’?
Sempena majlis memperingati ulangtahun dua dekad pemerintahan memanda Perdana
Menteri yang amat kita kasihi, penulis juga ingin turut sama mengambil
kesempatan tersebut untuk turut sama meraikannya tetapi sambutan ini bukan dalam
bentuk majlis makan-makan seperti yang dianjurkan oleh para pengampunya,
sebaliknya dengan berkongsi minda bersama para pecinta keadilan dan kebenaran.
Penulisan ini dikhususkan perspektifnya kepada pengkajian tema ucapan dasar
memanda PM dalam Perhimpunan Agung Parti spesis terakhir pada tahun 1987 di mana
berlaku pergolakan yang amat dahsyat di dalam UMNO sehingga menyebabkan UMNO
diharamkan selepas itu berikutan penghakiman yang dibuat oleh Tan Sri Harun
Hashim beserta penubuhan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh yang kini
kembali menjilat punggung memanda penguasa yang sangat sayangkan anak-anaknya
itu dengan semangat ‘daddy kasi’.
Jika kita mengimbas kembali, pada tahun itu,tema ucapan dasar wira adi jagat
ialah "kukuh UMNO kukuh negara". Sepintas lalu dapat ditafsirkan bahawa dia
ingin menerapkan ke dalam fikiran rakyat bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu
mentadbir negara ini dan menjaga kedaulatannya tanpa diganggu oleh pihak asing.
Taktik menyalahkan pihak asing inipun merupakan cara lama yang dipraktikkan oleh
para diktator dunia di mana mereka mencipta ‘kambing hitam’ demi menyelamatkan
kelansungan pemerintahan.
Di sini diperturunkan petikan ucapan memanda yang berbunyi:
"Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah
hasil perjuangan UMNO. Kita telah menangkis Malayan
Union, kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah
mengisikan kemerdekaan ini dengan pembangunan, kita
telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu
dengan menggunakan kekuatan UMNO….Ingatlah tidak ada
seorang pun daripada kita termasuk saya yang
penting…..Yang penting ialah pertubuhan ini, UMNO,
sebagai sebuah badan untuk mengubah nasib orang
Melayu".
Penulis ingin menekankan bahawa memanda PM telah membohongi rakyat sejak sekian
lama di mana perjuangan menuntut kemerdekaan negara hanya berjaya diperolehi
hasil titik peluh usaha pemimpin-pemimpin parti bangsat UMNO dengan terus
menafikan pengorbanan pelopor-pelopor ke arah kemerdekaan seperti Almarhum Tok
Janggut dan Almarhum Tok Ku Paloh serta pemimpin rakyat pra kemerdekaan seperti
Almarhum Ustaz Abu Bakar al Bakir dan Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi serta
Almarhum Ahmad Bostamam yang tidak pernah dihargai lansung akan perjuangan
mereka.
Masyarakat sekarang pun kebanyakkannya tidak mengetahui sejarah sebenar
kemerdekaan negara kerana sejarah negara telah sekian lama diselewengkan melalui
buku-buku teks sejarah yang diajar di sekolah. Penulis berharap agar para
sejarawan tanahair yang prihatin dapat menggubal semula sejarah sebenar negara
agar rakyat tidak lagi terus buta sejarah.
Mengikut kaca mata penulis, sebenarnya perjuangan menuntut kemerdekaan adalah
hasil usaha ulama-ulama tadi beserta ulama seperti Almarhum Ustaz Abu Bakar al
Bakir yang pernah digelar oleh Dato’ Onn Jaafar sebagai ‘bahaya dari gunung’
iaitu merujuk kepada Gunung Semanggol yang menjadi pusat permulaan pergerakan
Hizbul Muslimin di mana akhirnya diharamkan oleh British hasil rundingannya
bersama UMNO. Walaubagaimanapun, PAS yang merupakan kesinambungan dari
perjuangan Hizbul Muslimin tidak diharamkan berikutan UMNO bersama Perikatan
menang besar dalam Pilihanraya Umum pertama negara tahun 1955. Percayalah
sekiranya PAS menang besar ketika itu, negara kita pasti tidak akan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 kerana PAS tidak mahu bersekongkol untuk
merpertahankan kepentingan ekonomi penjajah dan yang paling besar meneruskan
dasar pentadbiran negara yang selari dengan sistem sekular British.
Memanda yang sudah uzur itu turut memainkan isu pembangunan sejak dahulu
sehinggalah sekarang kerana dia terus beranggapan bahawa Melayu itu merupakan
bangsa yang bodoh dan haprak. Melayu sekarang terutamanya Melayu pasca merdeka
amat terbuka minda mereka bahawa pembangunan itu wajib dilaksanakan oleh
pemerintah seperti bapa menyara keperluan anaknya. Mana-mana parti politik yang
menang pasti akan terus membangunkan negara kerana itu sudah menjadi
tanggungjawab utama hatta parti Komunis di Russia sekalipun memajukan negara
apabila mereka memerintah.
Jadi, tidak timbul persoalan rakyat perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi
mereka kesenangan hidup. Penulis beranggapan bahawa isu syukur kepada kerajaan
ini boleh membawa kita kepada syirik kerana kita khususnya kaum Muslim hanya
boleh bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat pemberianNya.
Di sudut yang lain pula, penulis mengakui bahawa UMNO dahulu berlainan dengan
UMNO zaman memanda PM khususnya di zaman Tun Razak, kita dapati beliau
bertungkus lumus untuk kemajuan rakyat seperti projek pembukaan tanah (FELDA)
bagi dimajukan rakyat agar rakyat dapat turut sama berkongsi kekayaan negara.
Tun Razak juga tidak menggunakan kedudukannya untuk mengumpulkan kekayaan
peribadi dan kaum kerabatnya. Ini amat berlainan dengan zaman memanda yang
dikasihi di mana dia memperkayakan kroni-kroninya kerana anak-anaknya yang
sangat disayanginya itu semuanya merupakan multi billionaire.
Mungkin timbul hujah khususnya di kalangan kaum tua (pengundi saluran tiga)
bahawa memandalah yang membawa masalah kepada negara bukannya UMNO, jadi kita
perlu menjatuhkan memanda dan terus mengekalkan kesinambungan pemerintahan UMNO
yang menjadi tonggak bagi kelansungan orang-orang Melayu di negara. Penulis
tetap tidak setuju dengan alasan itu sepertimana yang pernah disentuh penulis
dalam tulisan-tulisan sebelum ini di mana sistem UMNO itu sudah teruk dan reput
yang tidak mampu lagi diperbaiki oleh sesiapapun. Negara hanya boleh
diselamatkan dengan kita menukar sistem itu kepada satu sistem alternatif yang
baru.
Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar@ikhlas.com