Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SIAPAKAH PENCETUS SEMANGAT PERKAUMAN DI KALANGAN RAKYAT ?

Penulis: naDim

Cerita masih lagi berkisar mengenai 'feel' dan fiil orang-orang UMNO di bawah kepimpinan mamak tua Kubang Pasu.

Di sepanjang pengamatan kita, berhubung dengan rancangan forum Dateline di TV7, bolehlah disimpulkan bahawa geng-geng mamak tua Kubang Pasu dah tak ada point yang bernas, mengancam, kukuh dan padu untuk mematahkan serangan, hujjah dan semangat orang-orang Reformasi.

Terdapat beberapa hujjah atau alasan basi yang sering dikemukakan oleh mereka dalam setiap kali forum tersebut di adakan. Walaupun muka-muka ahli panel mereka sering bertukar-tukar (bergantung kepada topik yang didebatkan) namun, apa yang ketara ialah mereka seolah-olah sepakat dalam mengemukakan pandangan dengan tujuan untuk mempertahankan kepimpinan mamak tua Kubang Pasu (mereka punya Dewa Hanuman).

Pada pengamatan kita, di antara modal antik yang digunakan oleh mereka adalah rusuhan perkauman 13 Mei 1969.

Demikianlah betapa geng-geng mamak tua Kubang Pasu gemar bermain dengan sentimen perkauman. Ini terbukti dalam setiap perjumpaan mereka terutamanya dalam mesyuarat cawangan yang mereka adakan. Apabila perbincangan diadakan sesama mereka, persoalan ini sering dijadikan topik utama selain dari menghentam parti pembangkang yang lain (PAS), kununnya, UMNO sungguh perihatin dengan nasib dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Pelbagai kutukan yang dilemparkan oleh mereka keatas masyarakat Cina (orang UMNO tentu sedia maklum).

Kutukan yang dilemparkan ke atas masyarakat Cina ini tidak lain HANYA untuk meyakinkan kepada ahli-ahli peringkat 'grass-root' bahawa UMNO adalah parti yang mengutamakan orang-orang Melayu dalam apa juga persoalan, permasalahan dan perekonomian, kununnya. Tanpa berasa malu dengan sikap hipokrit mereka, pemimpin-pemimpin UMNO dari peringkat cawangan hingga ke peringkat negeri menjaja ideologi hina mereka.

Apa yang mereka cakap selalunya tidak serupa dengan apa yang mereka buat. Di peringkat bawahan, mereka menyatakan bahawa mereka ini adalah parti yang membela orang-orang Melayu, mereka meyakinkan rakyat bawahan bahawa, antara Melayu dengan Cina maka sudah tentulah nasib orang-orang Melayu yang akan diutamakan. PI…PI….PIIIIRAH! Bohong! Hipokrit!

Terlalu banyak contoh yang boleh diceritakan di sini akan tetapi ianya terlalu command dan semua orang tahu. Walau bagaimanapun saya rasa perlu juga dinyatakan di sini barang dua contoh untuk kita jadikan ikhtibar akan kehipokritan pemimpin-pemimpin UMNO.

PERWAJA STEEL

Mamak tua Kubang Pasu telah melantik seorang penyamun Cina bernama ERIC CHIA untuk menyelamatkan Perwaja Steel dari mengalami kerugian yang berterusan, ini menunjukkan UMNO telah membelakangkan orang-orang Melayu. Tindakan ini juga menunjukkan bahawa mamak tua Kubang Pasu tu memandang rendah akan kebolehan orang-orang Melayu. Kenapa dia tidak melantik dari kalangan orang-orang Melayu untuk menyelamatkan Perwaja Steel? (Jangan dia lantik si Daim tu sudah le..) Hasil dari perlantikan tersebut, Perwaja Steel bertambah teruk….hancus dan terus bengkrap! Penyamun Cina tu sampai sekarang hilang tanpa dikesan…kes ni disenyapkan (entah-entah mamak tua Kubang Pasu dah sorok si Eric tu?).

MENGIKUT TELUNJUK TAUKEH-TAUKEH BESAR CINA

Ini adalah menjadi amalan biasa bagi pemimpin-pemimpin UMNO, apabila berhadapan dengan taukeh-taukeh besar Cina, kepentingan orang-orang Melayu akan dilunyaikan ke tepi. Pemimpin-pemimpin UMNO selalu melaung-laungkan perjuangan mereka yang kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu tapi apa yang kita lihat adalah mereka ini allergic dengan taukeh-taukeh besar Cina.

Geng-geng mamak tua Kubang Pasu, lebih mengutamakan dan lebih sensitif kepada keperluan dan kepentingan tokey-tokey besar Cina ini. Mereka merobohkan rumah-rumah setinggan kepunyaan orang-orang Melayu semata-mata untuk kepentingan tokey-tokey besar Cina tersebut. Mamak tua Kubang Pasu ini juga tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengurangkan lesen/ permit judi di Sabah. Kalau ikutkan hati beliau tentu kesemua lesen judi ni hendak dihapuskan tapi mamak tua Kubang Pasu lebih gemar mengikut telunjuk tokey-tokey besar Cina dari kepentingan akhlak orang-orang Melayu (Islam).

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang kehipokritan geng-geng mamak tua Kubang Pasu ni.

Kita masih belum lupa lagi dengan taktik kotor mamak tua Kubang Pasu sewaktu penangkapan beramai-ramai tokoh-tokoh pembangkang dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Lalang pada tahun 1987. Kebanyakan tokoh-tokoh pembangkang dimasukkan ke dalam ISA melalui penggunaan isu perkauman yang didalangi oleh parti komponen BN sendiri, MCA.

Di'mastermind'kan sendiri oleh mamak tua Kubang Pasu, Cina-Cina dari MCA dengan lantang bersuara dan mempertikai tentang kewibawaan orang-orang Melayu yang didakwa tidak perihatin dengan kepentingan dan keperluan masyarakat Cina Malaysia. Kita semua tentu sedia maklum dengan isu yang diperkatakan. Yang sebenarnya pertelingkahan ini adalah di antara UMNO dengan MCA.

Susulan dari mulut celupar Cina MCA, maka UMNO pun mulalah bersandiwara dengan peranannya sebagai wira Melayu, dua tokoh UMNO, apanama…err…..Shahidan (MB Perlis) dan Najib Tun Razak mengambil peranan yang besar dalam melaga-laga masyarakat Cina dengan orang-orang Melayu. Satu usaha juga diadakan untuk mengadakan perhimpunan (demonstrasi lah tu) besar-besar di stadium TPCA (berhampiran Kg Baru) dengan tujuan untuk memberi amaran kepada kaum Cina akan kebangkitan orang-orang Melayu.

Seperti yang diketahui, hasil dari provokasi geng-geng mamak tua Kubang Pasu, maka ramai tokoh-tokoh pembangkang disumbat ke dalam ISA tapi…kita tidak dengarpun dari kalangan penyandiwara UMNO yang ditangkap! Pemimpin-peminpin PAS yang tidak ada kena mengena dengan pertelingkahan tersebut pun ditangkap hatta Mat Sabu juga dicekup oleh mereka.

Jelaslah, ini adalah taktik mereka. Apabila berasa kekuatan dan pengaruh mereka mula tergugat, geng-geng mamak tua Kubang Pasu akan menggunakan isu yang sama, membangkitkan sentimen perkauman. Inilah yang sedang berlaku sekarang, mereka yang dikira sebagai lantang bersuara menentang kerajaan akan ditangkap tanpa bicara seperti Tian Chua (SUARAM) dan lain-lain tokoh pemimpin yang dianggap menggugat kepentingan mereka. Penangkapan mereka akan diwartakan kepada umum sebagai satu penangkapan yang bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya rusuhan seperti peristiwa 13 MEI 1969, kununnya. Kemungkinan akan ada lagi siri-siri penangkapan sedemikian rupa.

Perlu juga dinyatakan, yang sebenarnya, UMNO itu sendiri adalah merupakan sebuah parti perkauman manakala dasar perjuangan mereka adalah untuk satu kaum iaitu Melayu. Logiknya, apabila perjuangan itu hanya didasarkan kepada satu kaum sahaja maka kepentingan dan hak kaum-kaum yang lain bukanlah menjadi agenda utama mereka. Ini telah menyasar jauh dari ajaran Islam, tuhan tidak memandang kepada bangsa tetapi keimanan. Orang yang beriman adalah orang yang berlaku adil, Islam mengajar agar kita berlaku adil kepada semua orang tanpa mengira bangsa, ugama dan keturunan! Cuba perhatikan ‘formula’ di bawah, manakah pilihan kita?

IMAN + ADIL - ZALIM = MAKMUR atau BN + DR M - ADIL = ZALIM

Untuk mencapai apa yang didasarkan sebagai perjuangan mereka, maka isu perkauman juga yang akan mereka gunakan. UMNO dan geng-geng mamak tua Kubang Pasu melaga-lagakan rakyat Malaysia diperingkat bawahan. Mereka menanamkan semangat perkauman di antara Melayu, Cina dan India. Mereka juga menyemarakkan kebencian sesama kaum.

Rakyat dari peringkat bawahan perlu dihalang dari menjalinkan perpaduan sesama kaum. Mereka bimbang, sekiranya rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bersatu dan seterusnya bangun bagi menentang penindasan dan kezaliman ala zaman kolonial mereka, momentumnya tentulah tidak dapat dijangka. Oleh yang demikian semangat perkauman dan kebangsaan ditiup dengan keras kepada ahli-ahli peringkat grass-root. Ianya tidak hanya berlaku dalam UMNO sahaja malah berlaku juga di dalam dua lagi parti komponen utama BN yang lain, MCA dan MIC.

Ini adalah taktik penjajah dan sememangnya dipraktikkan oleh penjajah British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu dahulu. (tak percaya? Sila rujuk buku sejarah tingkatan lima)

*Parti GERAKAN tidak diambil kira kerana parti tersebut adalah seperti parti (arwah) S46 yang belot dan berpaling tadah, parti ini tidak ada pendirian yang khusus. Mereka akan menyokong pihak yang menang sahaja.

Kesimpulannya, tidak hairanlah mengapa BN dan geng-geng mamak tua Kubang Pasu masih lagi berkuasa walaupun banyak kezaliman yang diperlakukan oleh mereka terhadap rakyat Malaysia. Mereka sendiri yang memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia. Mereka melaga-lagakan sesama kita dengan tujuan agar kita sentiasa buruk sangka antara satu sama lain. Hasilnya, segala kekayaan dan kemewahan hasil negara kita hanya berlegar sesama mereka.

Mengapa hanya mereka sahaja yang berpeluang untuk memiliki segala-gala yang besar? Kereta besar, rumah besar, opis besar, projek besar? Sedang yang kecil dan sederhana dan yang entah hapa-hapa semua dapat kat kita? Ini adalah tidak lain dari perencanaan jahat mereka. UMNO ajar…Cina jahat. MCA ajar…Melayu tak boleh pakai. MIC ajar….Melayu dengan Cina, dua-dua tak boleh pakai…dua-dua kaki sapu.

Tapi kalau kita lihat fenomena yang berlaku, dari kalangan pembesar-pembesar mereka…yang kaya-raya adalah pemimpin peringkat atasan, peringkat bahagian, peringkat kawasan, dan seterusnya peringkat negeri. Yang ruginya adalah kita, peringkat bawahan ni…peringkat 'grass-root'!

Sekiranya kita, rakyat Malaysia tanpa mengira apa sahaja fahaman ugama dan bangsa, bersatu menolak kepimpinan mereka (BN, UMNO dan geng-geng mamak tua Kubang Pasu) mulai dari sekarang, nescaya dengan izin tuhan, mereka akan dapat kita tumbangkan! Kita sepatutnya berhak untuk hidup lebih senang dari apa yang kita alami sekarang tetapi segala-galanya terhalang HANYA kerana kita terlalu sibuk untuk membela dan mempertahankan orang-orang seperti mamak tua Kubang Pasu.

Bila mereka beroleh kemenangan, percayalah…sudah hampir lebih dari 40 tahun kita dibawah pimpinan kerajaan yang ada sekarang tapi kehidupan kita tidak banyak berubah, yang banyak berubah ialah kehidupan mereka. Sedangkan kita masih lagi seperti yang seadanya sekarang ini.

UMNO kata dia bela masyarakat Melayu tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, orang Melayu masih lagi terpinggir. Ramai yang hidup melarat walaupun berwakil-rakyatkan orang Melayu. Nasib orang-orang Melayu tidak terbela! Peristiwa Memali menjadi bukti kezaliman UMNO. Mereka sanggup mengarahkan agar sebilangan besar penduduk Memali yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka dibunuh! Malah mereka ini bukan sahaja dituduh sebagai penyebar ajaran sesat tetapi juga dituduh sebagai penganut fahaman komunis! Sampai sekarang kes pembunuhan beramai-ramai di Memali tidak dapat diselesaikan. Tarikh perbicaraan memanjang ditunda sahaja oleh kerajaan BN (mahkamah dia punya). Rakyat Melayu yang merasa…bukan wakil rakyat UMNO.

MCA kata dia bela masyarakat Cina tetapi Cina yang macam mana mereka bela? Mereka hanya membela Cina-Cina yang kaya dan Cina-Cina yang boleh mereka kudakan untuk menindas masyarakat Cina yang tidak setuju dengan cara mereka mengagihkan kekayaan negara, cara mereka bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin zalim seperti mamak tua Kubang Pasu. Cuba kita fikir, kes Lim Guan Eng yang dipenjarakan dan dituduh menghina mahkamah. Cina ini sanggup dipenjarakan kerana memperjuangkan keadilan bagi seorang perempuan Melayu yang dirogol oleh pemimpin UMNO! Bukti yang jelas, dalam Malaysia terdapat dua golongan Cina. Satu, masyarakat Cina yang ‘termakan’ dengan dakyah perkauman MCA dan yang kedua adalah masyarakat Cina yang tidak mempercayai perjuangan atas dasar bangsa dan perkauman. Lim Guan Eng adalah termasuk dalam golongan yang kedua dan beliau kini ditangkap dan disumbat didalam penjara! Rakyat Cina yang merasa….bukan wakil rakyat MCA.

MIC kata dia bela masyarakat India tetapi satu Malaysia tahu, masyarakat India adalah masyarakat yang terkemudian dalam mendapat pembelaan dan keadilan. Dalam apa juga bidang, kewujudan masyarakat India seolah-olah dikebelakangkan. Cuba kita sebut perkataan buruh kasar atau estet! Wajah-wajah sayu masyarakat India pasti akan terbayang difikiran kita. Cuba pula kita sebut perkataan ‘samsu’, terbayang lagi wajah-wajah kaum India. Inilah hasil kerja tangan pemimpin-pemimpin MIC, mereka tidak sensitif dan perihatin dengan masalah ekonomi dan sosial kaum India di Malaysia. Mereka seolah-olah membiarkan label estet dan samsu dilekatkan diwajah-wajah kaum India Malaysia. Cuba kita lihat kehidupan masyarakat bawahan kaum India di sekeliling kita dan bandingkan kehidupan mereka dengan orang-orang India yang menjadi kerak MIC, jurang perbezaannya terlalu jauh. MIC sama seperti MCA dan UMNO, mereka hanya mempertahankan kepentingan ‘golongan atasan’ mereka, mereka menganggap pemimpin-pemimpin besar seperti dewa (Dewa Hanuman?).

"Kita mesti sangka baik, taat dan setia kepada pemimpin kita (MIC, MCA dan UMNO?) kerana merekalah yang akan membela nasib bangsa kita," begitulah kata-kata hikmat yang sering dijampikan kepada ahli-ahli bawahan.

"Rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada aku (pemimpin pilihan), berdosa besar dan tidak amanahlah aku sekiranya aku tidak menjalankan tugas aku dengan luhur, jujur dan ikhlas. Kepentingan rakyat adalah menjadi sebahagian dari aturcara hidup aku sebagai wakil rakyat (pemimpin pilihan)," adakah kita yakin ungkapan ini menjadi etika bagi pemimpin pilihan kita? Bandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan rakyat kebanyakan.

Rasanya sudah terlalu lama kita memberi kepercayaan kita kepada mereka. Sudah terlalu lama juga kita berbaik sangka dengan mereka walaupun banyak tindak tanduk mereka mencurigakan kita. Apakah kita hendak terus berfikiran dan bersangka begini? Sampai bila baru kita hendak bangkit dan bersatu menentang dan membuang fahaman dan ideologi perkauman serta kebangsaan yang dijadikan dasar perjuangan pemimpin kita? Disebabkan kita terlalu terikat dengan ideologi kuno ini maka lidah kita di‘kelu’kan dan tangan kita di‘ikat’ dari menentang ketidakadilan yang berlaku di sekeliling kita. Cuba kita kaji logiknya,

Teori Logik 1

Bangsa: Melayu

Kejadian: Kehidupan mewah yang dikecapi oleh seseorang walaupun pendapatan yang diperolehi adalah memustahilkan orang tersebut untuk memiliki kemewahan berkenaan. Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya beliau sering melibatkan diri dengan rasuah atau under table money (ini adalah salah satu dari beribu-ribu kejadian yang berlaku di sekeliling kita).

Sikap Bangsa: Mendiamkan diri

Alasan: Dari bangsa lain yang hidup mewah, biarlah bangsa sendiri. Penglibatan untuk mendedahkan penyelewengan ini bukan kerja individu. Itu kerja BPR. Biarlah orang lain yang buat aduan.

Hasilnya: Menggalakkan penjelmaan tokoh-tokoh koperat Melayu yang lebih bersifat menyamun dan tidak jujur. Melahirkan masyarakat Melayu yang tidak peka dengan keadilan dan kezaliman (menghalalkan perbuatan si penyamun sebab penyamun tadi adalah orang Melayu). Masyarakat Melayu lebih mementingkan nilai-nilai material dari kualiti dan etika hidup bangsa Melayu (Islam adalah ugama bangsa Melayu). Bangsa Melayu dipandang hina oleh bangsa lain dan mendorong mereka melakukan perbuatan yang sama lantaran orang Melayu adalah ‘tuan’ kepada negara ini, Malaysia.

*Teori Logik ini boleh juga dilakukan ke atas parti-parti perkauman yang lain; MIC dan MCA.

Nyatalah, kemewahan yang dimiliki dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka adalah disebabkan hasil kerja tangan kita sendiri. Perjuangan UMNO bolehlah dikatakan sebagai faktor penggalak kepada berlakunya perkara yang sedang kita bincangkan dan apa yang malang ialah kita, sebagai orang Melayu, ahli biasa dalam UMNO atau ahli peringkat grass root ‘merelakan’ perlakuan buruk mereka.

Telah banyak perbandingan yang dinyatakan di dalam artikel ini, dan mungkin sebahagiannya telahpun dibincangkan oleh rakan reformis yang lain. Walau bagaimanapun, apa yang cuba saya tekankan disini ialah betapa perlunya kita mereformasikan apa yang sepatutnya kita lakukan sejak dahulu lagi. Bertepatanlah dengan seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kita rakyat Malaysia menjana gerakan Reformasi untuk menyedarkan rakyat Malaysia, seluruhnya! Betapa perlu reformasi dijalankan di segenap peringkat.

Gerakan ini tidak didasarkan atas platform perkauman kerana kita telah lihat kehancuran UMNO, MCA dan MIC yang berjuang atas dasar yang sama. Banyak contoh yang bukan hanya berada di sekeliling kita, malah di seluruh dunia betapa isu perkauman akan digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk meraih pengaruh dan kemenangan.

Kita juga tidak mahu peristiwa pahit 13 MEI berlaku kerana kita sekarang telah matang dan sedar bahawa peristiwa ngeri tersebut berlaku hasil dari provokasi pihak kerajaan kerana berasa bimbang dengan kebangkitan parti yang menentang dasar perjuangannya. Sekiranya kita praktikkan kematangan kita, adalah amat mustahil peristiwa ngeri berkenaan berulang semula.

Kalau dahulu kita tidak pernah tahu dan tidak mahu ambil tahu akan apa yang dimaksudkan dengan perkataan provoke, tapi sekarang kita telah tahu…dan kita akan sentiasa mengaitkan perkataan berkenaan dengan tampuk pemerintahan. Kekacauan yang berlaku adalah hasil dari provokasi mereka yang dimastermindkan oleh geng-geng mamak tua Kubang Pasu.

Teori Logik 2

Peristiwa: 13 Mei

Sinopsis: Rusuhan kaum (majoriti Cina dengan Melayu). Berlaku selepas kemenangan DAP di kawasan bandar, Kuala Lumpur. Perlu diingatkan, DAP tidak berjaya memenangi banyak kawasan semasa pilihanraya pada tahun tersebut (1969). Ketika itu mamak tua Kubang Pasu belum jadi PM tapi gunakan isu ini untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Implikasi: Bermula dari peristiwa tersebut, Melayu dan Cina semakin berburuk sangka. Segalanya kesalahan diletakkan kepada parti pembangkang, DAP. Rakyat ketika itu mula mengaitkan 13 Mei dengan DAP. Sebut 13 Mei terbayang DAP. Cina pandang Melayu, teringat 13 Mei. Melayu pandang Cina teringat 13 Mei dan DAP. Sementelah DAP itu adalah parti pembangkang maka rakyat berasakan mengundi pembangkang akan mengundang peristiwa pahit tersebut.

Logiknya: Begitu berjaya provokasi yang dilakukan oleh geng-geng pengkhianat bangsa (UMNO?) ini. Rakyat seolah-olah lupa bahawa DAP bukanlah parti kaum Cina yang mutlak. Cuba kita fikirkan, DAP adalah parti pembangkang dan kemenangan dalam pilihanraya adalah merupakan sesuatu yang paling dihargai oleh mereka kerana bukan mudah untuk parti pembangkang beroleh kemenangan.

Seperkara lagi, seperti yang telah dinyatakan, DAP bukanlah memperolehi kemenangan yang sangat besar sehingga membolehkannya memerintah negara. Dengan kemenangan yang sedikit itu, tentulah merupakan satu peluang yang besar bagi parti tersebut untuk menerangkan dan mempraktikkan dasar perjuangan parti mereka.

Bertahun-tahun mereka berjuang dan bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh ahli-ahli mereka untuk meneruskan perjuangan parti berkenaan. Banyak lagi usulan dan cadangan mereka yang belum diketahui dan didengar oleh rakyat Malaysia. Apakah logik, apabila beroleh sedikit kemenangan maka mereka bertindak kurang ajar seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu?

Adakah boleh diterima oleh akal rasional kita bahawa, DAP sanggup menggadai perjuangan mereka serta menghumban ke laut manifesto perjuangan mereka hanya kerana dengan kemenangan yang sedikit itu? Apa untungnya yang bakal diperolehi oleh DAP sekiranya benar parti tersebut telah berbuat kelakuan yang tidak disenangi oleh masyarakat Melayu ketika itu?

Apakah, disebabkan oleh orang yang berbuat kuarang ajar itu adalah kaum Cina maka kita mengaitkan orang tersebut dengan DAP? Apahal pula dengan Cina MCA? Bukankah muka ahli-ahli MCA adalah lebih muka Cina dari Cina DAP lantaran parti tersebut (MCA) adalah seratus peratus parti orang Cina? Siapakah yang lebih beruntung sekiranya aib dan kesalahan pencetus rusuhan perkauman tersebut dilemparkan ke atas DAP?

Logiknya, tentulah taukeh-taukeh MCA yang juga merupakan parti komponen BN sekarang ini. Tidak mustahil dalang besarnya mempunyai motif yang lain dan mungkin berasa tergugat dengan kemenangan parti pembangkang, DAP. Bagi saya, bukan susah sangat untuk menimbulkan kekecuhan seperti peristiwa ngeri 13 Mei, cari empat lima orang dan upahkan mereka RM500 untuk setiap orang. Suruh sahaja orang upahan tadi berbuat kacau di tempat orang Melayu atau orang Cina (mengikut khabarnya, ketika peristiwa 13 Mei sekumpulan pemuda Cina dan India ‘mengencingi’ depan Balai Datuk Harun dan bermula dari kejadian itu maka tercetuslah rusuhan kaum).

Kita ajar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang diketuai oleh mamak tua Kubang Pasu kerana tingkah laku mereka menunjukkan bahawa mereka ini perlu diajar. Kita ajar mereka agar menghormati hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kita tunjukkan juga kepada mereka bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum mampu bersatu untuk menentang pemerintahan diktator mamak tua Kubang Pasu.

Mereka sentiasa mengatakan bahawa segala-galanya ini boleh dilakukan apabila pilihanaraya kelak. Lihat, betapa mereka cuba sekali-lagi memperbodohkan kita! Apakah pilihanraya sahaja yang dimaksudkan dengan perlaksanaan demokrasi di negara kita? Apakah bagi mereka dalam prinsip-prinsip demokrasi itu hanya ada satu sahaja elimen, pilihanraya?

Mereka nafikan hak kita untuk mengadakan demonstrasi sebab mamak tua Kubang Pasu ajar, dalam demokrasi, tak ada demonstrasi! Mereka tangkap dan sumbat kita dalam ISA sebab mamak tua Kubang Pasu ajar, menentang kerajaan dianggap tidak demokrasi! Mereka menuduh kita pengkhianat negara apabila kita melaungkan perkataan RE-FOR-MA-SI sebab mamak tua Kubang Pasu ajar, reformasi tak ada dalam demokrasi!

Mereka cuba mengelirukan kita sebab dia ingat kita tidak tahu perbezaan di antara demokrasi dengan autokrasi? Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang bersifat demokratik tapi kita sekarang, semua rakyat Malaysia telahpun tahu bahawa pemerintahan di bawah pimpinan mamak tua Kubang Pasu bukan sahaja tidak demokratik malah autokratik. Mamak tua Kubang Pasu memiliki kuasa yang penuh, kuasa yang tidak terhad dan tidak berbatas. Itu sebab dia teramat menentang perlaksanaan Hukum Hudud (Hukum Had)!.

Oleh yang demikian, penentangan kita terhadap BN dan kepimpinan geng-geng mamak tua Kubang Pasu perlu dipupuk di dalam diri kita mulai dari sekarang. Jangan kita hentikan pembongkaran jenayah kalut mereka. Pembongkaran ini perlu kita teruskan hatta sewaktu pilihanaraya sedang diadakan. Peringatan yang berulangan dan berterusan akan dapat mempastikan rakyat Malaysia tidak lupa akan kezaliman dan ketidakadilan yang telah mereka lakukan sejak mereka (BN) memegang tampuk pemerintahan.

Ini adalah kerana kesedaran kita akan sikap rakyat Malaysia yang mudah lupa akan peristiwa atau kejadian zalim yang diperlakukan oleh mereka terhadap kita, pepatah menyatakan;

"Sekali air bah, sekali pasir berubah."

Peribahasa di atas merujuk kepada pendirian seseorang. Biar besar mana air yang melanda tetapi apa yang nyata, kita bukanlah seperti pasir yang boleh berubah dan diubah. Pendirian kita adalah concrete dan tidak boleh berubah-ubah. Biar datang banyak manapun muslihat mamak tua Kubang Pasu, insyallah kita tidak akan termakan dengan muslihat-muslihat tersebut. Rakan-rakan reformis yang lain akan dapat menghidu dengan lebih awal dan membuat ulasan membongkar muslihat tersebut.

Sekian.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com