KENYATAAN LAMAN ANTI ISA
Penahanan terbaru seorang aktivis pelajar dibawah
undang undang zalim ISA adalah satu lagi tindakan
kejam polis untuk menakut nakutkan rakyat supaya tidak
berani bersuara. Penahanan Khairul Anuar Ahmad
Zainudin dibawah ISA tidak patut sama sekali dilakukan
memandangkan beliau masih lagi belajar.
Apa yang sedang terjadi diMalaysia ini adalah- pihak
polis langsung tidak mengendahkan perasaan dan
sentimen rakyat didalam membuat satu satu keputusan
yang jelas ditentang oleh rakyat. Laman ini difahamkan
bahawa Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan mengenai
tangakapan terbaru ini, dan hanya dimaklumkan setelah
ditahan. Persoalan kita, arahan siapakah yang
membolehkan Khairul Anuar ditahan? atau beliau ditahan
atas 'rasa dendam' pihak polis sendiri setelah melihat
dan memerhatikan bagaimana Khairul Anuar aktif didalam
Gerakan Mansuhkan ISA. Kita hairan dan kesal dengan
tindakan bebal pihak polis yang masih lagi menggunakan
alasan megancam keselamatan negara pada setiap
tangkapan- walhal kita dimakluman oleh semua bekas
tahanan ISA baru baru ini bagaimana soal siasat hanya
menjurus kepada soal soal seks, soal pencantuman
keadilan dan PRM, dan beberapa soal lagi yang langsung
tidak bersangkutan dengan alasan awal penahanan yang
kononnya merancang keganasan.
Kita hairan dan tertanya tanya adakah Polis cawangan
Khas dibayar gaji oleh rakyat untuk menjadi agen
provokatif UMNO, adakah mereka digaji oleh rakyat
untuk menjadi anjing anjing yang hanya mahu memastikan
keselamatan tuan tuan mereka tidak diganggu walaupun
terpaksa untuk membuat fitnah, menimbulkan kekacauan
hatta tindakan bacul menahan seorang pelajar melayu
Islam dibawah undang undang yang diwujudkan untuk
membendung ancaman Komunis lewat 70 an itu.
Kita merasakan bahawa rayuan dan pemintaan kita
selama ini- yang mahukan polis lebih bertimbang rasa
dan tidak lagi mengunakan ISA untuk tahanan politik
langsung tidak diendahkan, lantaran itu; kita
merasakan yang SELEPAS INI KITA AKAN MELAKUKAN SEDIKIT
KEJUTAN KEPADA MEREKA. Supaya mereka merenung kembali
mengapa dan kenapa kita terpaksa mengunakan kekerasan
untuk menghalang kezaliman terus dilakukan keatas
tubuh badan, perasaan dan roh sekelian rakyat
Malaysia.
Laman ini sedikit masa lagi- akan meyebarkan apa
perancangan kita seterusnya medepani isu ini setelah
cara dan keadah berhemeh tidak mampu merubah keadaan
yang ada. Kita akan gerakkan seberapa banyak tenaga
yang ada untuk perancangan kita ini. Semoga dengan apa
yang kita lakukan nanti, akan menjadi satu pengajaran
kepada mereka mereka yang zalim sepanjang zaman.
-pengurus Laman-
http://nt_isa.tripod.com