Setiap dari kita yang dijadikan Allah dengan mempunyai hala tuju yang berbeda ini membuat antara kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeda.Namun pandangan yang berbeda bukan halangan untuk kita meLUNASKan segala agenda perubahan yang kita semua impikan dan perlu dilaksanakan.
Didada Akhbar kita dapat lihat akan kelpebagaian isu yang dihidangkan untuk kita masyarakat marhaen,dan kita mungkin juga terpengaruh dengan isu yang dibangkit oleh media HAPRAK dewasa ini.Dapat kita lihat akan perselisihan pendapatan parti Politik PAS dan DAP,dan ianya diperbesarkan untuk kita melupakan agenda mengalihkan pandangan minda akan kepincangan yang terdapat dalam kompenen parti BN.
Sebolehnya setiap dari kita yang bernama pemimpin haruslah mencari formula yang lebih konkrit untuk menahadapi kemelut ini.Agar agenda perubahan selari dengan kehendak manesfasto yang di persetujui bersama,kerana masa semakin hampir untuk kita berjuang untuk kali Ke 11.
Semoga kemelut tersebut dapat diselesaikan pada minda yang terbuka.baik kedua-dua belah pihak dan jangan asyik membesarkan perkara yang kecil sehingga kemelut tersebut menjadi batu penghalang ke arah Malaysia yang Adil.
Agenda disebalik isu kebakaran DTC,tangkapan aktivis reformis,juga pengharaman ceramah oleh pihak BN diadakan untuk menguji minda masyarakat adakah kesemua perencanaan tersebut mendapat kesan yang keras dari pihak BA atau tidak.
Bagi saya setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan jangan lupa akan kata azimat DSAI kalau takut resiko jangan bicara soal perjuangan.Adakah kita masih di takuk lama ?(saya rasa perjalanannya agak lembab buat ketika ini)walau apa pun setiap stategik dan agenda yang ingin diketengahkan haruslah segera di sampaikan kepada masyarakat marhaen.Saya sering impikan akan kehangatan REFORMASI September 98 yang memberikan kesan yang amat dalam ,dan ianya memberikan perubahan yang TOTAL samam sekali keatas diri saya ,masyarakat marhaen dikampung.
Penerangan demi penerangan haruslah diselaras di peringkat negeri,daerah,kampung ,
agar keberkesanan maklumat yang telus dari pemimpin kepada masyarakat.Teruskan hidupkan suasana REFORMASI 98 agar ianya menjadi azimat dan pengalaman yang berguna untuk meneruskan perubahan total dibumi bertuah MALAYSIA.
Mengenai akan akta AUKU dan ISA dasar diluluskan ianya adalah untuk melindung Pemerintah yang HAPRAK dan ZALIM.Jangan kita lupa tangan siapakah yang mempangkah mereka ini.
Dulu kita jahil ,sekarang kita masyarakat bermaklumat dan jalan untuk merubah kesemua akta yang mengcengkam rakyat harus.Oleh itu perancangan yang rapi agar kerjasama rakyat semua dapat digembleng dalam merancanakan MEMANSUHAN semua kezaliaman ini.Idea dan pandangan dari pemimpin BA dan rakyat harus lebih kuat lagi agar GELOMBANG KEBANGKITAN REFORMASI akan melanda Malaysia lebih kuat lagi.
Teruskan DEMO kerana cara ini sahaja jalan yang halal di sisi Perlembangaan Negara.
Dengan setiap negeri mengadakan DEMO keseluruh negara serentak dari segi masa ,tarikh,dan waktu.Demo perlu diaturkan dengan lebih licin lagi.Setiap halangan dari FRU /PGA harus diteliti agar setiap DEMO dapat dijalankan secara AMAN .Demo bukan hanya terikat dengan sesuatu isu,dan ianya harus diadakan setiap hari,melalui konvoi kereta,larian REFORMASI keseluruh negara semoga impak dari kesan ini melekat dihati setiap individu yang akan berubah,Yang hidup akan mati,yang muda akan tua,yang baru akan lusuh kerana setiap dari kita dijadikan untuk mati ,hanya ALLAH jua kekal selamanya.
Kesilapan dari saya ,dipohon maaf semoga reformasi terus hangat bak API membakar tanah GAMBUT.
wassalam
REFORMIS KUALA PILAH