Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISA: Mahathir Tunjuk Keangkuhan

Siri penangkapan musuh politik menggunakan akta ISA yang zalim kembali lagi. Kali ini tiba giliran pemimpin pelajar pula, selepas siri pertama kita lihat pemimpin parti politik menjadi mangsa.

Berbagai-bagai spekulasi timbul samada kebakaran Dewan Tuanku Canselor dan Majalah Varsiti menjadi alasan penangkapan dua orang pelajar(setakat ini) dibawah satu akta yang tidak sesuai pun untuk digunakan ke atas binatang apalagi manusia. Apakah pertimbangan pihak berkuasa untuk menggunakan ISA. Penangkapan pusingan pertama pun kita sudah dijelaskan bahawa penangkapan oleh PDrM adalah berniat jahat (mala fide). Ini bukan sembang kedai kopi tetapi seperti yang telah dibuktikan di mahkamah Shah Alam. Lagipun kenyatan liar PIG Norian Mai bahawa pemimpin KeADILan ditahan kerana pihak polis mempunyai bukti kukuh mereka memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket. Namun begitu kenyataan liar ini langsung tidak dapat dibuktikan apabila tiada seorang pun yang dihantar ke Kamunting dikaitkan dengan benda-benda tersebut. Jelas sekali pihak polis bersekongkol dengan perjuangan politik sempit lagi jijik UMNO atau lebih tepat lagi DrMahadey.

Setelah berlaku kes tahanan pusingan pertama ini, rakyat bersama parti Barisan Alternatif bangkit menentang penggunaan ISA. Serangan pertama gagal apabila Hakim Mahkamah Tinggi Augustin Foul telah menolak permohonan Habeas Corpus beberapa tahanan. Namun begitu kita sudah mengagak hakim akan berbuat demikian kerana kita sudah tahu siapa Augustin Foul. Malah mahkamah persekutuan pun mengiktiraf Augustin Foul sebagai hakim yang tidak pakai otak. Namun strategi seterusnya diatur iaitu memfailkan habeas corpus di Mahkamah yang jauh sikit dari 'mata Mahadey'. Alhamdulillah, tidak sia-sia apabila Hakim Hishamuddin Yunus telah memberi sedikit sinar didalam kegelapan sistem kehakiman negara, Gobala dan Ghani Harun dibebaskan. Malah yang menjadi lebih manis apabila hakim mengatakan Polis mempunyai niat jahat.

Setelah Pak Din iaitu mangsa ke 10 ditahan, tiada lagi mangsa lain. Nampaknya macam kekuatan penentangan dari BA dan ketegasan SUHAKAM memberi tekanan terhadap Mahadey. Namun kita silap perhitungan, Mahadey cuma mahu menguji kita. Setelah sampai masanya tiba-tiba berlaku suatu kebakaran disebuah dewan di mana Mahadey dijangka melawatnya keesokkan harinya. Tanpa sebarang usul periksa, Mahadey menuduh bahawa kebakaran berpunca dari kegiatan khianat. Dan seperti sedia maklum, Mahadey sedang menuding jari kepada pelajar-pelajar sebuah universiti yang sejak dari dahulu lagi yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Maka Mahadey yang sudah lama menyimpan dendam kesumat pun melaksanakan apa yang terbuku dihati. Apakah kebakaran DTC, dewan tersebut merupakan suratan ataupun kebetulan tidaklah diketahui. Ataupun Mahadey cuba menangguk di air keruh.

Sesuatu yang kita tidak lupa tentang Mahadey ialah sifat dendam dan angkuhnya. Samada sesama manusia atau kepada Tuhannya. Mahadey sebenarnya sedang memberitahu kita bahawa dia tidak takut kepada Tuhan, rakyat, Suhakam, BA ataupun Mahkamah. Mahathir seolah cuba mencabar Mahkamah, dia cuba memberitahu Mahkamah bahawa dia adalah 'above the law'. Dia memberi isyarat, Ketua Polis hanyalah hamba abdinya, mahkamah ibarat kedai kopi bagi dia, keputusan hakim mesti ikut kehendak dia. Dia juga cuba memberitahu kita, Tuhan pun tak ada kuasa terhadap dia sehinggakan semasa perhimpunan Agung Puak-puaknya dulu dengan angkuhnya dia berjanji untuk berucap selama tiga jam tahun depan tanpa mengucapkan InsyaAllah.

Kesimpulannya, sebenarnya usaha KITA masih belum kuat untuk menentang kejahatan. Ingat perjuangan kejahatan disokong oleh Iblis. Perjuangan kita kalau tidak ikhlas dan tidak berterusan, Allah pun tidak akan tolong. Saya menyeru, Parti PAS yang dianggap sebagai ABANG di dalam Pakatan Barisan Alternatif agar lebih aggressif dalam perjuangan menetang ISA. Lihatlah adik-adik kita yang masih belajar sedang dianiaya untuk memuaskan nafsu serakah Mahadey. Mereka masih muda dan mentah. Mereka akan dilanyak habis-habisan oleh anjing-anjing jadian. Saudara Mahfuz, tolonglah.. kalau boleh ambil peranan Saudara Ezam dalam membawa rakyat ke jalanraya semula. Saya pun dah lama tidak menjadi 'buruan'. Kepada para pejuang semua, marilah kita ikhtiarkan sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang. Jangan kita pakai hujjah ulam mamak UMNO supaya kita taat kepada pemerintah. Mereka sendiri lupa apa depa buat kepada pemerintah negeri Kelantan dan Terengganu. Mereka ini ular sawa.

Sekian. Wallahua'lam bissowab.

Pribumi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com