Assalamualaikum,
Kenapa umat islam masih tidak habis-habis berskap reaktif, pada halnya Islam
yang dibawa melalui Rasulullah s.a.w. sudah 1400 tahun lebih, masih kita
berkata juga perlu Islam itu dikenalkan, perlu difahami, barulah ia boleh
dilaksanakan sepenuhnya dan boleh diterima untuk dimartabatkan sebuah negara
Islam?
Bukankah wajar mereka yang bukan Islam adalah wajar diberikan pendedahan apa
itu perundangan Islam?
Lagi pun, adalah amat memalukan jika umat Islam sendiri tak faham mengenai
perundangan Islam, sehingga perkara hukum hudud itu sendiri pun, ada pulak
yang nak menentangnya daripada dilaksnakan dengan alasan belum mampu dan tak
mampu. Bilakah lagi nak mampu sedangkan dah lebih 1400 tahun Allah s.w.t
memerintahkan supaya Hukum Hudud dilaksanakan?
Inilah akibatnya kerana kesan pengaruh sekularisme di kalangan umat Islam
sendiri, maka dibutakan hati oleh sekularisme itu sehingga nilai-nilai Islam
dan perundangan Islam dipandang sebagai menyusahkan dan tidak relevan untuk
diguna-pakai.
Musuh umat Islam hari ini adalah sekularisme. Dulu kita kalah dijajah
kerana kecanggihan senjata penjajah. Tetapi kini umat Islam tak takut
dengan senjata bom atom atau apa saja daripada pihak Barat, dan pihak Barat
tahu hakikat ini. Maka jalan yang paling mudah ialah mereka jajah kita
semula dengan kefahaman sekularisme, yang kononnya merupakan "modern",
"open-minded", "freedom", "canggih" sehingga Islam dikesampingkan ke tepi
oleh umat Islam di kalangan remaja.
Yang paling malang ialah di kalangan umat Islam yang dah berpaut kepada
sekularisme itu sendiri, yang dah tua angka, menjadi pemimpin, juga turut
memandang undang-undang Islam dan pembentukan Negara Islam sebagai
out-dated, tak membawa kemjuan dan sebagainya dengan lebel-lebel yang
negatif. Golongan inilah yang sebenarnya musuh dalam selimut kepada umat
Islam. Golongan inilah yang apabila berkuasa memerintah, membenar dan
memberi izin saja segala apa budaya yang bercanggah itu masuk ke dalam
negara melalui pelbagai media.
Di Malaysia sendiri, apabila ada pihak mahukan hukum hudud itu dilaksanakan,
ada pula pihak umat islam sendiri yang reaktif, ada pemimpin-pemipin melayu
sendiri yang berkata, kita belum boleh laksanakan kerana penduduk negara ini
adalah berbilang agama. Apakah kita kena tunggu apabila negara ini hanya
penduduknya beragama islam semuanya, dan apabila yang bukan Islam itu
pupus, barulah kita nak laksanakan hukum hudud? Umat islam golongan inilah
yang sebenarnya bukan saja menolak hukum hudud, tetapi menolak Surah 109
dalam Al-Qur'an itu, iaitu surah Al-Kafirun.
Nak laksanakan hal ehwal mengenai agama sendiri, kenapa pula, kena
mengambil kira apa orang bukan Islam akan kata, apakah yang bukan Islam
setuju atau tidak, kita kena peduli? Ini menunjukkan golongan ini tak
faham Surah Al-Kafirun itu. Lebih tak faham lagi mereka ialah kenapa dalam
surah tersebut, ayat 3, diulang oleh Allah s.w.t. dalam ayat 5, dalam surah
yang sama. Kenapa Allah s.w.t. ulang ayat itu 2 kali dalam surah yang sama?
Cuba anda fikirkan kenapa sebabnya? Saya harap semua anda rujuk dan baca
baik-baik Surah Al-Kafirun itu, dan fahamkan betul-betul maksudnya, dan
jawab sendiri: Kenapa ayat 3 diulangi sekali lagi di ayat 5? Dan dengan
adanya Surah Al-Kafirun ini, apakah umat Islam masih nak bagi alasan tak
mampu dan tak boleh nak laksanakan hukum hudud dan seterusnya nak dirikan
negara Islam?
Kita tak dapat menerima alasan bahawa kita tak mampu sebagai nak
melaksanakan hukum hudud dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara islam
secara total. Patuh saja kepada Surah Al-Kafirun itu. Apa kita takut nak
diserang oleh rakyat yang bukan Islam? Apa alasan mereka nak serang,
bukannya ada sangkut pautnya dengan mereka kerana agama kita Islam,
sedangkan mereka TIDAK BERAGAMA. lagipun, jika kita laksanakan hukum hudud,
bukannya kita nak implementasikan hukum itu ke atas mereka, kecuali mereka
yang bersalah melibatkan diri, misalnya berzina dengan orang Islam. Jika
mereka nak berzina, gasaklah mereka berzina sesama mereka kerana mereka
TIDAK BERAGAMA, tetapi jangan nak melakukan kesalahan hudud, iatu berzina
dengan orang yang beragama Islam.
Masalah asanya kenapa umat islam mudah saja menerima sekularisme ialah
kerana tiadanya didikan al-qur'an sepenuhnya kepada umat islam sendiri.
Pendidikan kefahaman terhadap isi kandungan Al-Qur'an diabaikan, kecuali
mereka yang mendapat pendidikan agama Islam secara total di sekolah-sekolah
Agama.
Bagi sekolah-sekolah menengah kebangsaan, hanya ayat-ayat al-qur'an terpilih
saja yang diajar, bukannya seluruh isi kandungan al-quran itu yang
diajarkan. Walau pun majoriti umat islam tamat bacaan al-qur'an, hanya
tamat membacanya saja, bukan tamat dari segi memahami ILMU yang terkandng
di dalam al-qur'an itu. Golongan inilah yang tidak memahami maksud Surah
Al-Kafirun itu, dan malahan isi kandungan Surah Al-Fatihah pun mereka tidak
faham. Dan golongan inilah pula yang nak jadi juara mengatakan mengenai
Hukum Hudud itu kita tak mampu nak laksanakan.
Kita sudah sedar apa masalah asas yang sebenarnya, maka kita kenalah
bertanggungjawab mendidik diri kita sendiri, anak-anak kita, dan generasi
muda umat Islam kembali supaya wajib memahami isi kandungan Al-Qur'an, dan
jadikan pengajian Al-Qur'an, bermula dari Tadika dan diwajibkan
terus-menerus hingga ke Universiti, sebagai subjek wajib.
Bagi yang hanya tamat membaca al-qur'an saja, janganlah mudah-mudah nak
berkata bahawa kita belum mampu nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam
dan hukum hudud masih belum mampu kita nak laksanakan, tetapi kembalilah
baca dan fahamilah Al-Qur'an, iaitu berguru; bukan hanya memmbaca
terjemahannya saja. Terjemahannya bukannya Al-Qur'an. Al-Qur'an ialah
yang bahasanya adalah bahasa Arab Al-Qur'an. Membaca terjemahannya, itu
bukannya membaca Al-Qur'an, tetapi membaca bahasa terjemahan oleh
penterjemahannya. Bahasa penterjemah bukannya ayat-ayat dan firman Allah
s.w.t. Dengan sebab itu bagi anak-anak umat Islam, wajibkan memahami bahasa
Arab, iaitu bahasa Al-Qur'an itu sendiri, iaitu ada sebabnya disebutkan di
dalam Al-Qur'an kenapa Al-Qur'an itu menggunakan bahasa Arab. Rujuk Surah
Yusuf (12) ayat 2, Allah nyatakan sebabnya kenapa bahasa Arab adalah
digunakan bagi Al-Qur'an.
Wasalam.
Dpd:
Student Pak Rampa