Model sebuah Negara Islam telah pun wujud 1400 tahun yang lalu, justeru
apakah ciri-cirinya dan bagimanakah prinsip-prinsip asas sistem
pemerintahannya, juga perundangannya telah pun ada. Kita ada banyak pakar
dan ilmuan mengenai macam mana negara Islam itu, ramai Profesor di UIA dan
Universiti lain boleh bentangkan. Kenapa anda dan UMNO tidak meminta mereka
membentangkannya melalui seminar atau ceramah di TV secara bersiri?
Puak anda sikit-sikit mengaitkan adanya fakta bahawa Malaysia ini
penduduknya (rakyat) terdiri daripada berbilang kaum dan menganut pelbagai
agama. Tidak sedarkah anda bahawa sikap anda sedemikian adalah lebih
mengutamakan mereka yang bukan Islam itu, daripada orang Melayu yang
beragama Islam sendiri? Di manakah jati diri anda sebagai umat Islam? Dan
di mana, serta apakah yang anda banggakan bahawa anda adalah beragama
Islam? Saya sudah beberapa kali, menyatakan bahawa kita umat Islam dalam
menangani mereka yang bukan islam yang berkaitan dengan Islam, jangan kita
ketepikan perintah Allah s.w.t. melalui Surah Al-Kafirun di dalam Al-Qur'an
itu. Apakah anda dan UMNO tidak faham kenapa Allah s.w.t. berfirma DUA KALI
melalui ayat yang sama, iaitu ayat 3 dan ayat 5 dalam surah Al-Kafirun itu?
Apakah tujuannya Allah s.w.t. firmankan sampai 2 kali?
Anda silap besar mengaitkan bahawa abapila orang sebut Negara Islam, anda
dan puak UMNO sekluaris tafsirkan itu adalah "negara Islam ala PAS".
Pernahkah mana-mana pihak autoriti PAS mengatakan bahawa mereka nak
perjuangkan agar tertubuhnya Malaysia sebagai negara Islam, negara Islam itu
adalah "negara islam ala PAS"?
"Negara Islam ala PAS" ini adalah konsep yang dicetuskan oleh puak UMNO
yang sekularis, kerana jika ahli UMNO itu sebenarnya memahami Islam, ia
tidak akan hendak katakan adanya Islam ala itu dan ala ini, kerana Islam itu
hanya satu.
Kita umat Melayu yang beragama Islam, sepatutnya bersyukur kepada Allah
s.w.t. kerana adanya pihak umat Melayu sendiri, iaitu PAS memperjuangkan
agar Malaysia ini dijadikan negara Islam. Adalah tidak patut sangat anda
dan puak UMNO anda selaku umat Melayu dalam UMNO yang juga beragama Islam
pandai-pandai pula mengatakan negara Islam yang nak diwujudkan oleh PAS itu
sebagai negara Islam ala PAS". Apakah Islam bagi anda ia wujud di dunia ini
oleh cetusan idea dari PAS dan Islam itu hanya milik PAS, dan ia bukannya
termasuk agama yang anda anuti jua?
Anda dan puak anda UMNO mewujudkan kefahaman adanya "negara Islam ala PAS",
bukannya pihak PAS dan juga pihak lain. Implikasinya ialah anda sekalian
tidak sedar bahawa puak andalah yang sebenarnya yang mahu mewujudkan di
Malaysia ini bahawa Islam itu ada dua jenisnya, iaitu ala PAS dan Islam
tulen. Anda tidak sedar, itulah kesan psikologi yang oleh pengaruh
sekularisme, iaitu satu mekanisme yang paling mudah bagi memecah-belahkan
umat Melayu Islam sendiri.
Kita umat Islam, jangan melihat sesuatu yang berkaitan dengan Islam melalui
kaca mata sekularisme dan lain-lain, melainkan hendaklah dari sudut Islam
itu sendiri semata-mata. Adalah amat memalukan umat Nabi Muhammad s.a.w. di
Malaysia khasnya, dan dunia amnya apabila adanya pula puak seperti anda,
yang mengaku beragama Islam, tetapi melabel puak lain yang ingin menegakkan
Islam sebagai perjuangan mereka itu adalah Islam ala itu dan ala ini. Awas
bercakap mengenai Islam, jangan semborono dan memperlekehkan mana-mana
pihak yang memperjuangkan Islam bagi memartabatkan Islam, kerana ia boleh
membatalkan akidah dan juga membatalkan syahadah anda!
Adalah amat memalukan jika anda adalah umat Islam, anda dan puak anda
tertanya-tanya dan meminta pihak PAS menjelaskan apakah itu negara Islam ala
PAS? Sepatutnya anda bertanyalah kepada pemimpin UMNO sendiri yang
mencetuskan adanya "negara Islam ala PAS" itu, kerana PAS tidak ada
mempunyai konsep atau cadangan pun mengenai "negara islam ala PAS"!!!
Apakah ulama dalam UMNO jahil sangat dan tidak tahu itu negara Islam,
hinggakan untuk menjelaskan apakah itu negara Islam kepada mereka yang bukan
Islam pun, nak minta pihak PAS menjelaskannya?
Saya ingin menasihatkan semua pihak, termasuk diri saya sendiri, jika ingin
nak komen mengenai perkara yang berkaitan dengan perjuangan bagi
memartabatkan Islam, berhati-hatilah, dan pastikan dalam hati jangan adanya
terpaut iblis dan syiatan. Justeru komen-komen itu hendaklah berpaksikan
kepada Islam itu sendiri. Misalnya, jika anda tidak suka pihak PAS
memperjuangkan agar Hukum Hudud itu dilaksanakan dan anda tidak suka
Malaysia dijadikan seagai sebuah Negara Islam, kemukakanlah nas-nas
daripada Al-Qur'an dan Sunah (Al-Hadis) yang menjelaskan bahawa umat Islam
tidak perlu melaksanakan Hukum Hudud dan menubuhkan negara Islam. Tanpa
nas-nas tersebut, komen-komen anda adalah bersifat dan berpaksi kepada
sekularisme. Sesungguhnya sekularime itu adalah musuh Islam yang nyata,
kerana ia berpaksi kepada "matlamat menghalalkan cara".
Wasalam.
Dpd:
Ex-Student Pak Rampa