Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


REFOMASI SUCI- YANG MASIH JAUH PERJALANANNYA - 1

Sejak mutakhir ini , pergerakan dan tuntutan untuk menegakkan Islam semakin kuat dan bertambah kukuh berkembang seiring dengan pergolakkan yang belaku di tanah air. Semakin banyak penyelewengan, kezaliman dan penganiayaan dan kebusukan yang dilakukan oleh pemerintah yang diketuai Maha haprak , maka semakin ramailah lagi insan-insan yang lari meninggalkannya dan berpaut rapat dalam pelukan Islam. Fenomena yang berlaku di tanah air kita sejak akhir ini adalah satu rahmat melalui cubaan dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk menguji iman kita. Kita bersyukur dengan cubaan dan dugaan ini.

Perjuangan yang telah berjalan masuk ke era setengah abad telah memberikan kita kemenangan dari segi politik menawan dua buah negeri daripada pegangan musuh kita. Kemenangan ini adalah satu pertanda awal bahawa tidak mustahil untuk mita terus memeperolehi kemenangan yang seterusnya. InsyaAllah.

Punca sebenarnya yang membolehkan gerakan pembangkang berjaya menawan dua buah negeri Kelantan dan Terengganu dari tangan UMNO tidak lain dan tidak bukan ialah semangat reformasi suci insAn yang telah lama bertapak dikedua buah negeri ini. Semangat yang dipusarkan oleh gelombang kebangkitan Islam yang sebenar telah mengubah pendirian amalan insan-insan di dua buah negeri ini. Mereka yang berada di sini lebih kukuh dan lebih kuat pendirian adan amalan Islamnya. Penghayatan Islam di sini bukanlah baru berputik tetapi telah lama bertapak semenjak sebelum era Tok Kenali lagi. Pemupukan ilmu oleh Tok-Tok Guru yang secara ikhlas menabur dan memeperkembangan ilmu kalam Allah telah memantapkan amalan dan penghayatan insan-insan disini.

Insan-insan yang ada di dua buah negari ini telah bersepakat menolak sebarang tawaran yang boleh menjejaskan iman dan akidah mereka. Mereka tidak mudah digoyahkan oleh tawaran keduniaan. Bagi mereka politik mesti berlandaskan Islam , tiada sebarang kompromi dalam soal ini. Iman dan akidah tidak boleh dijual beli. Ini lah tahap pertama kejayaan reformasi suci kita setelah 50 tahun berjuang.

Apakah kejayaan ini sudah menunjukkan kita sudah berjaya dalam erti kata yang sebenarnya ? Jawapannya ialah TIDAK jika kita bercakap dari segi perjuangan refomasi suci yang sebenarnya untuk menegakkkan sebuah negara Islam yang sebenarnya. Kita baru berada di anak tangga awal untuk satu perjuangan yang lebih suci yang masih jauh perjalanannya. Masih terlalu banyak halangan dan rintangan yang berliku yang perlu dilalui oleh setiap insan yang mengaku dirinya khalifah Allah dan inginkan tertegaknya kalimah Allah dibumi ini.

Dalam menempuh perjuangan reformasi suci untuk menegakkan kalimah Allah ini, yang menjadi musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Dalam diri kita sendiri ada musuh utama yang selalu melemahkan kita dan perjuangan kita iaitu nafsu.Ini lah yang menjadi faktor utama yang boleh melumpuhkan perjuangan kita. Musuh-musuh kita yang terdiri daripada syaitan dan pengikut-pengikut yang sewaktu dengannya setiap saat akan memerangkap, menyesatkan dan melemahkan kita. Pelbagai elemen dan instrumen godaan untuk memikat nafsu kita dipromosikan supaya kita tergoda dan terus kecundang. Jadinya , dalam membina suatu benteng pertahanan yang ampuh supaya kita berjaya meneruskan reformasi suci ini , nafsu perlu dikekang dengan amalan-amalan kudus ikhlas menyerahkan diri ini untukNya. Diri kita perlukan refomasi total yang menyerah diri dan seiringannya menjadikan amalan Islam adalah budaya kehidupan seharian. Amalan ikhlas yang berteruskan akan membina sedikit demi sedikit semangat juang yang akhirnya akan menjadi kental secara otomatis menolak apa sahaja umpan godaan syaitan dan pengikut-pengikut yang sewaktu dengan sewaktu dengannya. Ketika ini sebarang kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita akan kita tolak dan tebas rapat ke hujung akarnya.Dengan sendirinya amalan kemungkaran , kezaliman dan penganiayaan akan terkubur.

Untuk sampai ke tahap ini perlulah ada satu bentuk gerakan reromasi suci melalui dakwah amal makruf nahi mungkar yang bergerak lancar lagi berkesan oleh kita melalui organisasi kita. Tidak cukup melalui ceramah yang telah pun dihalang oleh puak-puak musuh kita. Kita perlu kepada agenda yang lebih berkesan melalui cara dan usaha yang bersungguh saiang dan malam mentarbiahkan insan dengan semangat dan cahaya Islam yang tulin. Jiwa-jiwa yang telah dicelikkan agama dan dicelikkan kemungkaran yang ramai ada diseluruh tanah air , yang lari meninggalkan perjuangan syaitan dan puak-puak yang sewaktu dengannya perlu diisi dengan roh Islam yang sebenarnya. Jiwa-jiwa ini perlu dibaja dan disiram dengan cahaya Islam yang kudus supaya berkekalan bermatlamatkan kehidupan akhirat yang lebih kekal. Setiap jiwa orang Melayu khususnya yang bangun memberontak secara diam perlu diikat dengan tali penghayatan dan amalan Islam yang kuat agar kemana jua jiwa ini berada dan dalam apa jua keadaan, Islam adalah pegangannya dan kebahagiaan akhirat adalah matlamatnya. Jiwa-jiwa ini bukan sekadar di'turning over' melalui caramah menjelang pilihan raya sekadar mendapatkan undi untuk kemenangan pilihan raya yang akan mejadi lemau selepas tamatnya musim pilihan raya.

Suatu bentuk program dakwah dan pendidikan insan melalui agenda Islan yang teratur perlu disusun oleh pihak pembangkang terutamanya PAS dengan apa jua cara. Kaedah ini adalah kaedah jangka panjang yang bukan bermatlamatkan kemenangan untuk parti dalam bentuk perjuangan politik tetapi perjuangan yang lebih suci dan mulia secara lansung, menegakkan agama Allah dibumi ini.Perjuangan ini adalah perjuangan suci yang setiap usaha dan langkah yang dijalankan akan mendapat ganjaran dan pertolongan daripadaNya. Kalau perjuangan kita dan diri kita sendiri masih bermatlamatkan keduniaan dan berpaksikan nafsu gembalaan syaitan , usahlah kita mengharapkan pertolongan daripadaNya walau apa pun jua doa siang malam kita bacakan.Kalau kita menang pun adalah sekadar ujian daripadaNya untuk tempuh yang masa singkat. Lepas itu kita akan kecundang lagi sepertimana keporakperandaan yang sedang dialami puak-puak musuh kita.

Jiwa-jiwa insan yang kita tarbiahkan adalah untuk berjuang mempastikan kalimah Allah SWT akan membiak dan membenihkan satu demi satu jiwa lain melali urutan kekeluargaan dan kemasyarakatan setempat. Gerakan ini akan menghasilkan sebuah masyarakat Islam yang sebenarnya dan tulin mengamalkan suruhan Allah dalam kehidupannya. Gerakan kita perlu menyadarkan bahawa usaha refomasi suci ini adalah usaha mulia untuk menegakkkan kalimah Allah yang ganjarannya tidak ternilai bukan dalam bentuk kebendaan tetapi ganjaran yang cukup tinggi yang menjadi sesalan para pejuang di zaman Rasulullah jika tidak berjaya memperolehinya iaitu 'syahid'. Kita perlu menyedar dan menanam kukuh dalam jiwa insan-insan ini bahawa usaha-usaha perjuangan lain yang tidak berpaksikan Allah SWT, adalah usaha yang sia-sia, tiada keberkatan malahan perjuangan itu dibayar dengan balasan dosa dan jika kita mati dengannya , mati kita adalah mati katak yang tidak dipandang oleh Allah.

Untuk mencapai tahap refomasi suci secara total ini adalah suatu pergerakan yang perjalannya masih jauh tetapi bukan mustahil untuk dicapai dan dijayakan. Dua buah negeri telah pun bermula refomasi suci ini. Jika kita mulakan secara bersungguh tanpa menghiraukan sebarang halang dan rintangan, kita jalankan dengan ikhlas keranaNya, kita bergiat untuk menegakkan kalimahNya, kita berjuang untuk menghapuskan musuh-musuhNya, kita rindukan sebuah negara yang terpacu indah dan tegak meninggi agamaNya, pasti pertolongan daripadaNya spertimana yang dijanjikan akan menyusul tiba. Ketika iitu tidak akan ada jiwa yang tidak menghamburkan air mata mengecap kegembiraan suatu kejayaan suci yang lain daripada sebarang kejayaan yang pernah dirasakan.MasyaAllah !

Jika inilah matlamat perjuangan yang disetkan matlamatnya, rintangan, tekanan dan halangan yang datang daripada pemerintah bertuhankan syaitan yang ada ini adalah perkara kecil, remeh dan 'kacang' sahaja untuk dihadapi. Tekanan dan tentangan daripada tentera syaitan ini akan gugup dn gementar menghadapi jiwa-jiwa kental yang bermatlamatkan syahid dan kesejahteraan diakhirat.Sedangkan musuh kita berjuang besandarkan arahan nafsu gembalaan syaitan yang bermatlamatkan menguasai dunia dan kemewahan materialnya. Kita akan mudah mengalahkan mereka dalam apa sahaja bentuk perjuangan ,apatah lagi dibelakang jiwa-jiwa ini ada janji daripada YANG MAHA BERKUASA UNTUK MEMBANTU DAN MENOLONG! Siapakah yang akan membantu syaitan-syaitan musuh kita itu ? Ingatlah perjuangan kita ini perjuangan suci yang dilakukan oleh jiwa-jiwa yang suci bagi menegakkan agama Allah yang suci.

Oleh yang demikian kita perlu bergerak ke arah gagasan refomasi suci ini dengan mengubah paradigma diri sendiri dengan memenuhkan ruangan masa kehidupan dengan amalan yang ikhlas untukNya dalam apa jua aktiviti kita. Kita perlu mengubah paradigma ahli keluarga kita dan masyarakat disekeling kita supaya kembali mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya dan meninggalkan kemungkaran. Kita perlu menanam cita-cita supaya Islam yang luhur lagi suci akan tertegak suatuhari nanti, jika tidak dizaman kita , ianya tertegak dizaman anak-anak kita, jika tidak dizaman anak-anak kita, mungkin tercapai dizaman cucu cicit kita. Inilah perjuangan hidup sebenar kita yang dijadikan oleh Allah. Jika inilah matamalat kita , hidup kita akan terbela dibela oleh DIA YANG MAHA TINGGI dan hidup dan mati kita penuh bererti daripada kita berhempas pulas berjuang untuk puak-puak yang bercitakan kebahagian dan kemakmuran didunia melalui kaedah dan instrumen yang nyata sesat lagi menyesatkan.

Tiada ada lagi apa-apa dogma dan agama lain yang diberi pengiktirafkan oleh Allah menjadi sebaik agama melainkan Islam. Kalau ianya telah diiktiraf oleh suatu bentuk piawaian MAHA TINGGI yang bukan bikinan manusia sebaliknya pengiktirafan oleh DIA YANG MAHA AGUNG , buat apalah kiTA bersusah payah mensia-siakan usia hidup ini dengan mencari dan mengamalkan amalan lain yang nyata tidak diiktirafNya. Kan ke bangang namanya tu !

INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA. ALLAHHU AKBAR !!!!!
ALLAHHU AKBAR !!! ALLAHHU AKBAR !!!

Sekian. Wassalam.

ROBO GE-MEN






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com