Assalamualaikum,
Hujung minggu semalam saya tengok laku sungguh suratkhabar Utusan
Malaysia; berebut-rebut orang pakat nak beli bila tengok mukadepan
gambar Dewan Tunku Canselor (DTC) University Malaya terbakar.
Beritanya jadi gempar sebab kebakaran itu berlaku sehari sebelum PM
dijadualkan bertemu perwakilan mahasiswa/i dari berbagai IPT/IPTS
seluruh negara daalam sebuah simposium bersama Perdan Menteri di
dewan berkenaan.
Berita itu jadi bertambah gamat apabila Tan Seri Rahim Tamby Chik,
bekas Ketua Menteri Melaka yang dikatakan pernah merogol seorang
budak, dengan mulut yang lancang berserta lidah yang lancar lagi
fasih, menuduh:
"Ini adalah satu konspirasi untuk mensabotajkan majlis simposium
berkenaan"
[The STAR 1/7/01]
ISH - LAMA DAH AIH KITA TAK DENGAR PERKATAAN 'KONSPIRASI' NI, NOO!!
Opps, lupa nak habag, kalau hangpa tak tau, saja nak habag mai bahawa
Rahim Tamby Chik adalah orang yang menjadi engerusi/Pengarah/
Director/Dalang etc kepada majlis Simposium berkenaan.
Mungkin kerana itu kot, semalam, lepas solat zohor, masa nak turun
tangga masjid, bila ada seorang sahabat bukak cerita kes kebakaran di
UM itu; ada seorang sahabat mencelah:
"Ish, susah nak percayalah kalau kata budak2 U pi bakaq; entah-entah
UMNO (sebut kepala konspirator seperti Rahim Tambhi Chik dll) yang pi
bakaq, saja nak bagi orang marah kat lecturer2 dan budak2 UM yang
majoritinya sokong pembangkang itu."
Saya tak kata apa sebab saya dengar Polis kata:
" Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi
mengenai punca kebakaran yang memusnahkan Dewan Tunku Canselor (DTC),
Universiti Malaya (UM) di sini kelmarin. - Meor Chek Hussin" [Utusan
2/7/01]
Walaupun dalam hati ini teringin sangat nak tumpang spekulate sekaki
macam Rais Yatim, Puteri Azlina dan Dr Mahathir dok buat itu.
Misalnya, Dr Mahathir dengan selambanya kata:
"Masuk Universiti bukan untuk bakar dewan. Tak payah belajar
tinggi-tinggi pun orang boleh bakar dewan. Orang bodoh tongong pun
boleh bakar!!"
[Utusan Malaysia 1/7/01]
Dok esoknya, dalam ucapan di simposium berkenaan di dewan yg
berdekatan, the STAR memetik beliau sebagai berkata:
"Earlier in his speech, Dr Mahathir lamented that universities were no
longer used by students to gain knowledge but to get involved in
undesirable activities, including burning down buildings, in apparent
reference to the fire."
[The STAR 2/7/01]
Tu dia aih, Mahathir ceroii saja dok pi tuduh kata budak-budak U itu
yang pi bakaq bangunan TDC berkenaan.
MACAM MANA NIE DATO' MEOR; POLIS TAK BOLEH BAWAK KELUAR WARAN KA PI
TANGKAP DIA - MACAM YANG DEPA PI TANGKAP BEKAS KETUA MENTERI TAMIL
NADU KELMARIN DULU???
Macam tu kalu, kalau Polis tak buat apa, tak acilah, saya pun nak
tuduh jugak la macam nie:
Saya tuduh kata:
"Bahawa kebakaran itu sengaja dirancang dan disempurnakan secara
professional oleh geng2 Rahim Tambhi Chik dan rakan-rakan - sesempurna
konspirasi politik peringkat tertinggi yang mereka lakukan terhadap
DSAI tempoh hari - tujuannya ialah untuk memberi laluan atau pun
membuka jalan kepada upacara pembasmian secara besar-besaran terhadap
pensyarah-pensyarah dan mahasiswa/I UM yang terlibat secara sembunyi
atau pun secara terang menyokong pembangkang!!"
Tu dia, nampak dak, line mana yang depa nak pi. Ish, tak pa aih, polis
tak boleh dakwa saya punya sebab Dr Mahathir pun dok tuduh tanpa bukti
juga; kira 2x5 lah!!
So, dengan tujuan untuk mempastikan konspirasi ini menjadi realiti,
jangan terkejut kalau selepas ini berbagai bukti-bukti akan sengaja
diada-adakan untuk memecat atau membuang pensyarah2 dan pelajar2
malang yang berkenaan.
Langkah yang pertama misalnya ialah kenyataan daripada pihak yg tak
ada sangkut paut dengan isu kebakaran berkenaan, seperti yg berikut:
"National Higher Education Fund (NHEF) chairman Datuk Husni Hadnazlah
said the corporation would not hesitate to revoke the study loans of
students who were found to violate the loan agreement."
[The STAR 2/7/01]
Intisari penuh berita di atas memuatkan kenyataan Pengerusi Tabung
Pendidikan Tinggi Kebangsaan yang menyatakan bahawa mereka tidak akan
teragak2 menarik balik pinjaman pelajaran (asalnya adalah duit royalti
politik/biasisiwa untuk org Melayu yg ditukarkan menjadi wang
ehsan/pinjaman pelajaran oleh UMNO) terhadap pelajar2 di UM yg
terbukti terlibat dgn masalah dsiplin.
Tu dia - hangpa nampak tak; itu baru peluru no satu; hangpa tunggu la,
banyak lagi nak mai nu!!
On serious notes, kenyataan melulu Dr Mahathir ini mengingatkan kita
kepada tuduhan melulu beliau tempoh hari dalam kes budak-budak sekolah
bakar bilik darjah (lupa dah sekolah mana); bila heboh kes itu dulu,
Dr Mahathir dengan selambanya pi tuduh kata "Itu pembangkang punya
angkara, depalah yang ajar budak-budak sekolah benci kerajaan lalu pi
bakar bangunan sekolah!!".
Kenyataan beliau dlm kes kebakaran di UM ini pun lebih kurang serupa
saja bunyinya; walaupun Polis dan Jabatan Bomba & Jabatan Kimia masih
dok siasat, tak tau kepala ekor; dia boleh dok pi kata budak2 U itu yg
pi bakaq.
Kisah Mahathir ini mengingatkan kita kpd cerita budak gembala kambing
dan harimau; dok kerja bohong orang, nanti orang tak percaya dah kat
kita. Kerana itu, katakanlah nak dijadikan cerita, tiba-tiba Dr
Mahathir ternampak Mahfuz & Mat Sabu dok tengah bakar Mahligai dia di
Putrajaya; kemudian Dr Mahathir talipon bomba kata:
"Tolong, tolong!! - Mahfuz dan Mat Sabu tengah dok bakaq rumah
saya!!"
Nanti, bomba-bomba itu pakat gelak kata kata:
"Betoi ka Datuk Seri? Ka Sandiwara Semasa Lagi Nie???"
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA ANDA BOLEH JADI MACAM PERDANA MENTERI!!
Okeylah, sebagai penutup kata; dalam banyak-banyak kenyataan yang
bersimpang siur berkaitan dengan isu kebakaran ini; saya tertarik
dengan reply balas daripada vice-chancellor UM, Datuk Dr Anuar Zaini
Mohd Zain terhadap memorandom daripada Azlina, mewakili Puteri UMNO
yang meminta beliau meletakkan jawatan ekoran insiden berkenaan:
Kata beliau;
"As far as I am concerned, if they (Puteri Umno) want to accuse me, I
will ask them to look at themselves first. They should develop some
professionalism in the way they react and they should be sensible. "
[The STAR 1/7/01]
Terjemahan ringkas:
"Saya rasa kalau Puteri UMNO nak tuduh saya, Puteri UMNO kena tengok
cermin dulu la; nak bukak mulut tu, biaq la nampak professional
sikit!!"
Ha-a, saya setuju benar dengan kenyataan Dr Anuar itu; kalau nak
nampak professional, bila kita nak kritik orang, kita kenalah bagi
solution atau pun cadangan balas kepada apa yang dikritik itu.
Misalnya, kalau nak suruh dia letak jawatan, bagilah alternatif pula
siapa yg nak ganti tempat dia.
Kan bagus kalau Puteri UMNO kata macam ini:
"Menyedari bahawa Datuk Dr Anuar Zaini Mohd Zain sebagai
vice-chancellor UM telah gagal dalam melaksanakan misinya untuk
membenteras gejala anti-Mahathir di kampus University Malaya; maka
kami, Puteri-Puteri dan Dayang-Dayang Istana Mahathir dengan ini
mendesak beliau meletakkan jawatan; dan sebagai alternatifnya, kami
mencadangkan Ayahanda kami, Tan Seri Rahim Tambhi Chik mengambil alih
jawatan berkenaan".
Ha, kan bagus; nampaklah professional sikit.
Baguslah tu - Aziz Shamsudin dah pun jadi Timbalan Menteri Pelajaran;
apalah salahnya bagi Rahim Tamby Chik jadi Vice-Chancellor. Senanglah
sikit nak kontrol bahang Reformasi kat kampus UM itu!!
Cumanya, kalau sungguh Rahim Tamby Chik jadi Vice Chancellor; kita dok
risau dengan adik-adik kita, mahasiswi/mahasiswi kat sana nu. Manalah
tahu, kot-kot ada yang pula yang kena kidnap masuk bilik Vice
Chancellor...
-Ru Antara-