Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MEMBINA RUMAH SEWA BAGI KAKITANGAN

KENYATAAN MEDIA TERHADAP KENYATAAN YAB MENTERI BESAR SELANGOR UNTUK MEMBINA RUMAH SEWA BAGI KAKITANGAN KERAJAAN.

Kenyataan YAB Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2001 bahawa kerajaan negeri akan membina rumah-rumah untuk disewakan kepada kakitangan-kakitangan kerajaan dengan sewa yang murah adalah dialu-alukan.

Namun begitu kami berharap agar pengagihan rumah-rumah tersebut perlulah dilaksanakan dengan adil dan telus.

Kami juga berharap agar kakitangan-kakitangan kerajaan yang telah diberikan harapan yang tinggi oleh YAB Menteri Besar itu tidak dihampakan atau dikecewakan. Janganlah sampai jadi seperti pengagihan rumah-rumah kos rendah yang amat mengewakan bagi kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah.

Ramai yang mendakwa bahawa pengagihan rumah kos rendah adalah tidak telus, tidak adil dan mengamalkan konsep pilih-kasih.

Terdapat banyak kes di dalam penempatan-penempatan semula setinggan di mana mereka yang rapat kepada pemimpin-pemimpin politik diperuntukan unit-unit rumah yang lebih dari keperluan mereka. Rumah-rumah ini kemudiannya diberikan kepada saudara-mara mereka atau dijadikan rumah sewa.

Malah terdapat kes di mana permohonan akan lambat diproses atau pemohon akan sengaja diberikan rumah berpuluh-puluh kilometer dari penempatan asal jika pemohon didapati merupakan penyokong parti-parti pembangkang.

Oleh itu kami dan kami yakin rakyat Selangor juga berharapan-tinggi agar perkara yang sama tidak akan berlaku di dalam rancangan terbaru kerajaan negeri ini. Walau bagaimanapun jika tidak berlaku sebarang penyelewengan di dalam pengagihan rumah-rumah kos rendah maka sudah tentu rancangan yang terbaru ini tidak perlu dilaksanakan. Tetapi jika penyelewengan di dalam pengagihan terus berlaku maka tidak akan ada program yang dapat menyelesaikan masaalah perumahan di negeri Selangor.

JAWATANKUASA PENYELIDIKAN PERBANDARAN*
( Urban Research Committee )
Kuala Lumpur
10 Julai 2001

* Sebuah unit penyelidikan bagi sebuah NGO berdaftar - PP/WP.26/99






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com