Assalamualaikum,
Salam sejahtera pada semua pendokong keAdilan untuk tatapan anda semua
di mana jua berada.Di sini teman menulis untuk tatapan pembaca
diruangan ini supaya dapat menilai apa itu keAdilan.
Sudah maklum bahawa isu Pos Malaysia yang dibeli oleh Phileo sebulan
yang lepas masih samar-samar,tetapi itu bukan isu sebenarnya apa yang
ingin teman berkongsi sama ketika YB Rahman membentangkan isu ini dua
bulan yang lalu.
Untuk itu teman mengucapkan syabas pada YB dengan berani mendedahkan
mungkin satu"penyelewengan" terhadap syarikat rakyat walaupun sesetengah
darinya perasan Pos Malaysia depa yang punya.
Apa yang teman hendak sebut tentang ucapan ketika mula-mula Pos
Malaysia mendapat seorang pengerusi Ekeskutif selepas dikopratkan pada 1
Januari 1992 yang mana banyak perubahan-perubahan yang dilakukan oleh beliau
setelah menerajui Pos Malaysia sehingga diarahkan meletak jawatan yang
amat disayangi itu.
Ucapan beliau pada 4hb Okt 1992 di Pusat Islam Kuala Lumpur beliau
mengatakan jangan kakitangan menjadi gunting dalam lipatan.Waduh...betapa
bisanya kalau didengari oleh kakitangan terutama yang bawahan.
Mungkin sebilangan kakitangan ramai "mudah lupa" dengan ucapan tersebut
kerana teman sangat tahu tahap pemikiran mereka khasnya posmen.
Bukan teman sengaja merendah-rendahkan daya ingatan posmen tetapi
begitulah hakikatnya yang sebenar.Itu belum termasuk untuk berbincang pasal
politik semasa kerana alasan depa "aku tetap posmen" atau "kawe memey
posmen" atau setidaknya janji aku ada OT.
Disini teman ingin bertanya apa khabar wahai Tan Sri Zainol dan Datin
Rajimin dimanakah anda berada.Sudah berapa banyak anda mefaraidkan duit
company ini?
Teman ingin bertanya juga apa ke jadahnya ditubuhkan puteri Pos
tersebut.Dimana kepentingan untuk kakitangan?Bagi hamper ketika menyambut Idul
Fitri saja ke?Untuk mengharapkan kesatuan usah dicakap kerana hangpa
semua boleh dibeli.Yang senang bertambah senang yang susah bertambah
derita.
Bagi kakitangan yang suka menonjol diri ketika mak Datin "nya" berada
di Pos Malaysia dahulu cepatlah naik pangkat yang tidak tahu satu hapah
kerja pun kerana ini sudah menjadi satu kelaziman manusia kalau terlalu
menonjol jangan diharap tahu buat kerja.Teman berani cabar baik
kakitangan mau pun kesatuan.
Jika tidak percaya cuba saudara tanya orang kesatuan berapa ramai yang
tahu buat tugas yang disandang melainkan tugas kesatuan tetapi di sini
teman suka bertanya hasilnya datang dari langit untuk membayar gaji
yang beribu-ribu lemon tu kot!Tepuk dada tanya akal.Sekian.
--